Khamis, 26 Ogos 2010

MALAYSIA LAWAN INDONESIA SIAPA YANG UNTUNG ?

Sebagai warganegara Malaysia sudah tentu saya rasa sangat marah dengan tindakan biadap sebilangan kecil rakyat Indonesia di Jakarta yang bertindak secara emosi berlebihan terhadap krisis terbaharu antara dua Negara itu. Saya percaya anda pembaca dan seluruh rakyat Malaysia juga berasa marah dengan tindakkan tersebut.

Perbuatan memijak dan membakar jalur gemilang memang menimbulkan sakit hati seluruh rakyat Malaysia lebih-lebih lagi perbuatan membaling najis Manusia ke dalam kawasan kedutaan Malysia di Jakarta. Tindakkan itu di percayai di lakukan oleh satu kumpulan yang mengelarkan mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (BENDERA), Lumbung Informasi Rakyat (LIRA) dan Laskar Merah Putih (LMP).

Apapun saya tetap menzahirkan rasa terima kasih kepada pihak berkuasa Indonesia terutamanya pihak Polisnya yang bertugas memastikan keselamatan semua lokasi berkepentingan Malaysia di Jakarta dikawal polis..Antara langkah diambil oleh pihak berkuasa Indonesia ialah menempatkan sebanyak 200 anggota polis mengawal kediaman rasmi Duta Besar Malaysia ke Indonesia dan polis juga ditempatkan bagi mengawal keselamatan di Kedutaan Besar Malaysia, Pejabat Petronas dan Bank CIMB Niaga.

Sejauh mana demonstrasi ini dapat menyelesaikan masalah?.
Setahu saya isu ini seharusnya sudah menuju jalan penyelesaian bilamana kedua-dua belah pihak telah pun memulangkan ”tahanan” masing-masing. Tapi mengapa sehingga hari ini isu ini masih di mainkan?. Apa tindakan Kerajaan Republik Indonesia?. Inilah kelemahannya bila kerajaan terlalu percaya pada kebebasan rakyat dan prinsip demokrasi. Di maklumkan demonstrasi itu disertai oleh ramai penunjuk perasaan kerana mereka mahu mengambil kesempatan untuk mendapatkan 'duit raya' kerana semakin hampirnya sambutan Hari Raya Aidilfitri. Kalau betulah teori ini bermakna demonstrasi ini adalah di bayar dan di dalangi oleh mereka yang berkepentingan untuk merosakkan hubungan dua hala keedua-dua negara. Siapakah yang membayar?. Tentunya pihak-pihak yang ingin melihat Malaysia dan Indonesia berperang kerana merasakan mereka tersepit di antara dua negara yang akan saling bantu membantu dalam strategik peperangan wilayah. Dan mereka yang bercita-cita untuk mengulingkan kerajaan kedua-dua negara.

Apakah yang rakyat Malaysia harus sedar dari tindakkan demonstrasi ini?.
Di Indonesia demonstrasi jalanan adalah di benarkan, malah merupakan punca pendapatan bagi sesetengah penduduk malah pemimpin politik dan persatuan menggalakkan ahli parti atau persatuan mereka berdemonstrasi, dan inilah yang cuba di hidupkan oleh sesetengah pemimpin parti di negara ini, yang mereka percaya bahawa negara akan lebih baik dengan adanya demonstrasi. Itu sebabnya mereka begitu bersugguh-sungguh supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di hapuskan. Agar mereka senang melakukan demonstrasi hingga menganggu ketenteraman dan kesejahteraan rakyat.Akhirnya kerajaan akan menjadi lumpuh dan mereka akan menggantikan kerajaan.

Apakah kesanya jika Rakyat Malaysia juga terikut dengan provokasi yang di lakukan?.
Saya rasa rakyat Malaysia tidak perlu terikut-ikut dengan rentak segelintir warga Indonesia yang terlibat dalam demonstrasi menghina negara ini dan.tidak perlu terpengaruh dengan provokasi lantas membalas dengan tindakan yang sama kerana ia hanya menunjukkan sikap tidak matang, tidak mencerminkan budaya, kesopanan dan tatasusila dalam menangani isu hubungan dua hala kedua-dua negara. Perbuatan kumpulan pro-demonstrasi itu memaksa Kedutaan Besar Malaysia menghantar nota protes kepada Kementerian Luar Negeri Indonesia dan Polis Republik Indonesia kerana pihak polis gagal melindungi harta benda kedutaan itu daripada dirosakkan, selaras dengan perlindungan yang dinyatakan di bawah Konvensyen Vienna.

Jika kedua-dua negara gagal mengawal emosi rakyat dalam isu ini maka tidak mustahil peperangan akan berlaku antara dua negara ini. Jika ini berlaku maka hubungan rapat dan saling bantu membantu antara ”rumpun melayu” itu berjaya di hapuskan oleh mereka yang anti melayu.

Tiada ulasan: