Ahad, 23 Mei 2010

TSMY - Jangan cepat MELATAH

Salam.

akhbar arus perdana hari ini melapurkan dalam tajuk beritanya "Lesen Perguruan tidak akan dilaksanakan" yang di petik dari kata-kata Menteri Pelajaran Malaysia merangkap Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO, satu pertubuhan melayu yang paling ramai ahlinya di dunia.

Aku sentiasa berharap agar pemimpin melayu terutama asal Johor agar selalu berhati-hati buat kenyataan, takut nanti jadi macam menteri amaran yang tunggu masa utk di singkirkan.

Cadangan memberikan lesen kepada guru bukan satu perkara yang menyusahkan tetapi satu idea pembahruan yang sepatutnya di perbincangkan lebih lanjut di peringkat kabinet. Bukan sekadar keputusan seorang menteri, Walaupun cadangan itu di kemukakan oleh timbalan menteri ianya langsung tak menggangu jawatan menteri apa nak takut untuk terima. Lagi pun Fuad Zarkasi cadangkan adalah hasil dari program "retreat" yang di hadiri oleh pengetua,guru besar dan guru-guru. Menyingkirkan cadangan tanpa perbincangan di peringkat kabinet sebenarnya menidakkan keupayan pengetua,guru besar dan guru-guru dalam memberikan idea untuk pembaharuan.

Profesion keguruan harus di naik tarafkan dengan pelbagai usaha agar lebih profesional. Kalau Imam,Ustaz,penceramah agama perlu ada tauliah kenapa tidak guru?. kalau Peguam dan doktor mesti ada sijil guaman dan sijil amalan kenapa tidak Guru?. Hari ini kalau guru buat salah laku takkan nak pecat, tu sebab ada guru-guru yang salah guna dan bawa kuasanya sebagai guru, sekurang-kurangnya bila ada lesen tak lah guru-guru berkenaan sewenang-wenangnya membawa fahaman politik pembangkang dalam sekolah.Lesen Guru harus di lihat bukan sahaja untuk dalam sekolah tetapi, juga ke dalam masyarakat. Mengajar bukan di sekolah sahaja di mana-mana sahaja selagi ada pelajar atau orang yang belajar.

Cuba TSMY lihat statistik di Kementerian Pelajaran kaum mana yang paling ramai menjadi pendidik.Kenapa tak nak bagi taraf kepada golongan ini, mana tahu akan datang Malaysia mampu mengeksport tenaga pengajar pula ke seluruh dunia,ini merupakan business baru kepada negara mengeksport modal insan.

4 ulasan:

Wake UP! berkata...

TPM paling bodoh selain dari Anwar Ibrahim. Mansuhkan PPSMI akan memburukkan lagi keadaan akademik negara.

Majority rules

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya lesen guru da lama ada berbentuk buku biru..dan kena update pulak dari semasa ke semasa..oleh kerana wujudnya sistem emis yang boleh terus mengakses data guru secara online ..lesen ni tak digunakan lagi dan kini segala data dikemaskini setiap tahun dlam talian..jangan terlalu cepat menghakimi sesaorang kalau tak tahu fakta sebenar terutama dalam bidang pendidikan.

Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan anon 1.55..tak usahlah komen dgn bahasa2 yang tak berkaitan..jgn nak paksa orang lain terima idea kita..membodohkan orang lain bermakna kita nilah yang bodoh sangat..perkara pokok ialah sesuai atau tak sesuai..dan adakah semua guru2 setuju atau tidak..ni bukan soal menteri ke tidak menteri yang putuskan.tanya diri apa sumbangan kita kepada negara dan bangsa..

Wake UP! berkata...

Kenapa graduan Melayu sukar mendapat pekerjaan? Itu patut dianalisakan. Soalan temuramah kerja pun di dalam bahasa Inggeris. Itu hakikat di kebanyakan tempat.

Kalau bercakap pun tunggang terbalik, apatah lagi nak jawab soalan peperiksaan. Baca buku dalam bahasa Inggeris pun tak faham.

Kalau tak percaya, tengok di universiti. Kenapa prestasi UM pun setiap tahun semakin menurun? Apa sumbangan TSMY dalam memperkasakan orang Melayu? Tindakannya ini akan membuatkan Malaysia lebih terbelakang dalam bidang akademik dan penyelidikan sains.

Holocaust