Rabu, 12 Mei 2010

11hb.Mei 2010 - SELAMAT ULANG TAHUN UMNO KE - 64

Tanggal 11hb.Mei tahun ini UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu mencapai ulang tahunnya yang ke 64. Satu jangka hayat yang belum dapat di atasi oleh mana-mana pertubuhan sebagai paling lama bertahan. Syukur alhamdulilah. Sempena Ulangtahun UMNO kali ini aku ingin menonjolkan perkara-perkara penting yang orang UMNO perlu tahu yang ada dalam Perlembagaan UMNO. LAMBANG Lambang ini adalah daripada ringkasan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dalam huruf jawi "fa"."kaf""mim""ba""ra"". yang disusun secara vertikal dari atas ke bawah dan di grafikkan secara simitrikal. BENDERA UMNO Merah dan Putih (separuh-separuh) iaitu merah di atas dan putih di bawah. Di tengah-tengah mengandungi bulatan kuning.di dalam bulatan kuning terletak sebilah keris berwarna hijau terhunus dari kiri kekanan. (Hulunya menghala ke sebelah atas penjuru kiri dan hujungnya menghala ke sebelah bawah ke penjuru kanan). Merah bererti berani. Puti bererti bersih. Kuning,kebesaran raja-raja. Hijau,agama dan Keris,pusaka Melayu. COGAN KATA UMNO BERSATU - BERSETIA - BERKHIDMAT ASAS DAN TUJUAN UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara. 3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara 3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan. 3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama. 3.4 Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya. 3.5 Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu. 3.6 Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.

Tiada ulasan: