Sabtu, 28 Januari 2012

DEBAT PERDANA : PEMIMPIN KITA dan PEMIMPIN DIA

1. Pemimpin BN bertungkus lumus menstabilkan harga bahan makanan dan minyak ketika dunia menghadapi tekanan kenaikan harga makanan dan minyak.

Pemimpin Pakatan Pembangkang sebagai punahsiat ekonomi selangor dah buat apa di negeri2 dan rakyat yg dinaungi oleh mereka?

2. Pemimpin BN turun padang temui rakyat menjelaskan dasar kerajaan menolong rakyat dengan slogan 1 Malaysia,rakyat di dahulukan,pencapaian di utamakan.

Pemimpin pakatan pembangkang, sibuk turun dengan kes TBH , Liwat 2, Mat Indera hero negara, demo Bersih 1,Bersih 2, demo 901. Sibuk pasal kapal tak boleh selam, jet hilang enjin, lembu masuk kondo, cincin Rosmah 24 juta, Anak-anak PM belanja sakan di Australia, perkara yang mereka sibuk-sibuk itu tidak ada satu pun mendatangkan keuntungan pada rakyat.

3. Pemimpin BN sibuk keluar negara tarik pelabur agar rakyat dan negara terus menerus menikmati kesenangan hidup dan kemakmuran ekonomi.

Pemimpin Pakatan Pembangkang sibuk keluar negara memburuk-burukan negara dan mencari sokongan kes liwat dan kebebasan seksualiti LBGT.

4. Pemimpin BN berhempas pulas keluarkan negara dari kemelesetan ekonomi akibat diserang oleh penyangak mata wang? Sedangkan sekelian negara asean..Filipina, Thailand, Indonesi tersungkur jatuh melukut pada kaki IMF

Pemimpin Pakatan Pembangkang berhempas pulas menjemput Geoge Soros meliwat sistem kewangan negara,

5. Pemimpin BN sibuk keluar negara tarik pelabur agar rakyat dan negara terus menerus menikmati kesenangan hidup dan kemakmuran ekonomi.

Pemimpin Pakatan Pembangkang sibuk keluar negara memburuk-burukan negara dan mencari sokongan kes liwat dan kebebasan seksualiti LBGT.

6. Pemimpin BN usahakan dana bantu rakyat Malaysia harungi tekanan hidup.RM100 utk pelajar, Baucher Buku RM 200.Bantuan Ralyat 1Malaysia RM 500, Kedai Rakyat 1 Malaysia, Perumahan Rakyat 1 Malaysia, Saham Amanah Rakyat 1 Malaysia, Sekolah free yuran. Subsidi untuk kurangkan harga, dll

Pemimpin Pakatan Pembangkang sibuk pula selamatkan anwar, sibuk macamana nak tawan Putrajaya.

7. Pemimpin BN sibuk cari jalan penyelesaian agar Selangor tak kontang menjelang 2014.

Pemimpin Pakatan Pembangkang sibuk sabotaj kerajaan Pusat agar nampak kerajaan pusat zalim.

8. Pemimpin BN sibuk menyatukan rakyat dan mengitiraf ilmuan agama dan ulamak melalui penubuhan Sekrateriat Ulama Muda.

Pemimpin Pakatan Pembangkang sibuk menendang keluar ulama dan Ilmuan Islam. Serta meletakkan mereka untuk menjaga adat dan sukan ( Exco adat bersukan).

9. Pemimpin BN sibuk membantu meningkatkan ekonomi masyarakat peneroka FELDA/

Pemimpin Pakatan Pembangkang sibuk menakut-nakutkan peneroka FELDA,

10. Pemimpin BN sibuk berdebat dan berbahas di Parlimen untuk kepentingan rakyat dan negara.

Pemimpin Pakatan Rakyat sibuk pakat keluar dewan dan ajak berdebat di tengah padang.

11. Pemimpin BN sibuk dengan plan dan perlaksanaan Transformasi.

Pemimpin Pakatan Rakyat sibuk dengan plan dan perlaksanaan LBGT (lisbian,Biseksual,Gay dan Transgender).

Jumaat, 27 Januari 2012

SINDIRAN TAJAM ULAMA MUDA

Salam MPG sangat teruja apabila membaca tulisan anak muda yang berilmu dalam mengupas isu akidah sestengah orang yang merasakan dirinya lebih Islamik dari orang lain.moga dengan membaca penuh tulisan Abu Amru Mohd Radzi Othman - Timb.Setiausaha Sekreatariat Ulama Muda Umno (ILMU) akan membuka pintu hati mereka yang yang masih hitam.


ADA pepatah yang menjelaskan sebuah hakikat diri seseorang: "Ketika dia diam, kita menyangka dia orang pandai. Namun ketika dia mula berbicara maka jelaslah kejahilannya". Kata-kata hikmah ini sangat tepat malah sering terlihat dalam masyarakat kita. 

Betapa banyak orang yang pada mulanya kita sangka mempunyai minda 'genius' ketika dia diam. Sebaliknya apabila mulutnya mula ternganga dan lidahnya terjelir saat berkata-kata, terus sahaja kita menjatuhkan hukuman terhadap dirinya: "Ternyata orang ini tidak memahami apa-apa".
Kesalahan ini terletak pada lidahnya. Kerana pulut, santan binasa kerana mulut, badan binasa. Orang mengetahui dia jahil apabila dia bersuara. Seandainya dia hanya mendengar dan diam sampailah tamat isu yang dibangkitkan, nescaya tiada sesiapa yang tahu akan hakikat dirinya yang jahil. Malah diamnya itu sebagai sebuah tanda bijaksana kerana dia mengetahui hakikat dirinya yang tidak berilmu.

Ironinya betapa banyak orang yang binasa kerana lidahnya di dunia ini? Betapa banyak manusia yang nantinya akan dihumban ke neraka kerana silap berkata-kata. Lantaran itu Islam tidak mengajar kita untuk mengeluarkan kata-kata yang tidak bermanfaat kepada sesiapa hatta kepada musuh atau orang yang kita tidak suka. Malah kepada seorang kafir pun kita disuruh untuk menjaga lidah dan adab.

Kita selalu menyangka lidah kita tidak pernah berdusta, tidak pernah tersasul dan tidak pernah tersilap bicara. Kita tanpa sedar seperti menetapkan bahawa diri kita adalah maksum seperti nabi. Tambahan pula kalau orang ramai menobatkan kita dengan gelaran keramat iaitu 'ulama'. Semakin kuatlah iman kita untuk menafikan kebarangkalian kita tersilap kata, tersalah langkah.
Padahal Rasulullah SAW berkata: "Setiap anak Adam akan melakukan kesilapan, dan yang terbaik adalah yang paling cepat taubatnya." (Hadis Tarmizi).

Ketika kita menggunakan hadis "ulama itu adalah pewaris nabi", kita tergelincir dengan membuat takwilan batil. Kita beranggapan sebagai pewaris nabi kedudukan kita sama seperti nabi di zaman ini. Natijahnya apa yang kita benarkan itu berupa perintah dan apa yang kita tegah berupa larangan. Barang siapa yang menyelisihi kita diancam neraka dan barang siapa yang mentaati kita diberi syurga. Sekiranya begitu, moleklah kita tuliskan dihujung nama kita "Alaihissalam". Atau hadiahkanlah kita sebuah Kursi Alaihissalam.
Tahukah apabila keadaan itu terjadi, umat juga akan menuruti jejak langkah ulama mereka. Ketika ulama mereka mendengar sebuah berita yang tidak dipastikan kesahihannya, maka terus sahaja sang ulama itu menyampaikan kepada umat. Apabila cuping telinga umat terdengar khabar tersebut, mereka cepat-cepat menyebarkan kepada masyarakat. Akhirnya merebaklah sebuah berita yang tidak sahih di tengah-tengah manusia.

Saat ini, ulama dan umat yang menjadi penyebar khabar tersebut sudah tidak memerlukan sebarang bukti terhadap tuduhan yang mereka lemparkan. Hujah adalah diri mereka; apabila mereka berkata "shahih" maka benarlah khabar tersebut. Ketika mereka berkata "ini dusta" maka palsulah khabar tersebut. Walhal Rasulullah SAW bersabda: "Sekiranya setiap manusia diberikan haknya berdasarkan dakwaan atau tuduhan mereka, sudah tentu akan ada orang-orang yang akan menuntut harta dan darah milik suatu kaum yang lain. Oleh itu pembuktian diwajibkan bagi yang mendakwa dan bersumpah bagi pihak yang yang dituduh." (Hadis Riwayat Baihaqi)

Lihatlah apa yang berlaku dalam masyarakat Islam kita. Betapa banyak berita yang tidak dapat kita pastikan kebenarannya namun kita tetap bercerita kepada jiran tetangga, kita siarkan dalam laman peribadi kita, dan kita teguh mempertahankannya ketika ada orang meminta bukti. Malah kita mencela pula orang yang menagih pembuktian dari kita.

Malangnya, kita berhadapan dengan dua keadaan yang mana kedua-dua keadaan itu akan membuatkan kita berdosa. Ibarat timun dan durian; menggilis luka, digilis pun luka. Jika benar khabar itu shahih maka kita tetap berdosa kerana Syubail bin 'Auf berkata: "Dikatakan barang siapa yang mendengar sebuah kekejian lalu menyebarkannya, maka orang itu seperti orang yang melakukan perbuatan keji tersebut" (Shahih. Adabul Mufrad).

Sebaliknya jika ternyata khabar tersebut tidak shahih maka kita juga akan berdosa kerana Rasulullah SAW bersabda; "Cukup seseorang itu dikatakan sebagai pendusta apabila dia menyampaikan setiap apa yang didengarnya." (Hadis Tarmizi)

Dua contoh yang hangat disebarkan oleh umat walhal mereka tidak mempunyai bukti walau sekelumit pun. Pertamanya ada seorang tokoh agama yang berkata kepada anak muridnya bahawa Sekreatariat Ulama Muda UMNO (iLMU) menerima wang sebanyak RM15,000 sebulan setiap orang: "Ulama Muda; ulama gila. Masuk parti sekular, masuk berenang dalam air najis. Terima RM15,000 khabarnya seorang sebulan, tapi duduk dalam najis sekular. Sekular ini keluar dari Islam, sesat dunia akhirat". 

Pertamanya ustaz ini menuduh iLMU menerima wang hampir RM 0.6 juta sebulan dan keduanya ustaz ini telah mengkafirkan iLMU. Sedangkan masalah takfir (mengkafirkan orang) merupakan satu perkara yang sangat besar dalam Islam. Ulama Ahlus Sunnah sangat berhati-hati dalam menjatuhkan hukum kafir, sehingga kelompok sesat seperti Khawarij dan Mu'tazilah hanya dihukum sesat walaupun mereka menyeleweng jauh daripada Islam.

Keduanya adalah kes Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan yang mengeluarkan fatwa bolehnya wang zakat digunakan untuk pembayaran kos guaman Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan; Datuk Seri Jamil Khir ketika disaman oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lucunya, segelintir masyarakat kita mengatakan Jamil Khir telah memakan wang zakat, padahal perbuatan beliau dilakukan setelah fatwa dikeluarkan oleh Mufti. Apakah kita ini lebih alim daripada mufti atau sebenarnya kita mahu melawan mufti? Jika kita diminta bukti terhadap tuduhan itu, ternyata kita tidak mempunyai hujah walau setitik pun.

Mufti mengeluarkan hukum atas ijtihad beliau yang disandarkan kepada Syeikh Rasyid Redha dalam Tafsir Al Manar: "Pendapat yang benar dalam jihad fi sabilillah ialah segala yang menyentuh kepentingan umat Islam dalam menegakkan urusan agama dan pemerintahan".
Sementara Imam As Son'ani dalam Subulus Salam berkata tentang jihad fi sabilillah adalah: "Termasuk mereka yang berkerja untuk kepentingan orang muslimin, seperti bidang peradilan, pemberian fatwa dan pengajaran, walaupun mereka termasuk orang kaya".
Ingin dilontarkan satu pertanyaan: Jika Anwar menang dalam kes ini, ke manakah wang zakat yang digunakan MAIWP itu pergi?

Isnin, 23 Januari 2012

JOM SOKONG ANWAR IBRAHIM


Kau orang nak marah ke, nak maki aku ke aku tak peduli, kali ini akun nak jugak sokong Anwar Ibrahim @ al-juburi wal yahudi. Aku sokong Brother Anwar Bin Ibrahim (BABI) nie bukan pasal dia suka main depan belakang TAPI aku sokong dia pasal dia nak pinda undang-undang liwat, mana ada orang UMNO, Menteri-menteri UMNO, malah Presiden PAS waima Mursyidul AM PAS pun tak berani nak buka mulut nak pinda undang-undang berkaitan liwat.


Seksyen 337B kanun Keseksaan bermaksud sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii secara sukarela, akan dihukum penjara maksima 20 tahun, termasuk sebatan.

Seksyen 377C pula bermaksud sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii tanpa persetujuan atau memaksa, akan dihukum penjara tidak kurang daripada 5 tahun sehingga maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Aku gesa ahli parlimen meluluskan udang-undang pindaan terhadap seksyen 377B dan 377C menjadi.

Mansuhkan B & C, jadikan seksyen 337 kanun keseksaan bermaksud sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii secara sukarela dan paksaan atau memaksa, akan dihukum SULA DI KHALAYAK RAMAI ATAU REJAM SAMPAI MATI ATAU POTONG "ANU" DIA SAMPAI KEPANGKAL.

 Ayuh sokong Anwar Ibrahim pinda undang-undang liwat........

 

Rabu, 18 Januari 2012

PAS JAGA MUZIUM, DI SELANGOR

Portfolio Agama Islam tidak lagi di beri kepada PAS. Inilah realiti politik, sedarlah bahawa rakan sekutu juga tidak mengitraf PAS dalam memperjuangkan Islam. PAS hanya di beri jawatan hal ehwal adat istiadat melayu satu jawatan yang umpama menjaga Muzium. Jawatan yang hanya di perlukan bila ada majlis perkahwinan orang melayu, bila ada majlis berkhatan ,potong jambul, jawatan yang di perlukan bila ada majlis kenduri kendara dan sakit mati orang melayu.

SEDIH......inilah yang terjadi bila melayu berpecah, Apakah ahli PAS tidak dapat berfikir dengan waras, kenapa tiada juak-juak PAS berbaring di jalanraya membantah rampasan yang di buat PKR?. Betapa hinanya PAS di mata rakan pembangkang. Moga Allah memberi hidayah kepada semua ahli PAS agar kembali ke perjuangan asal untuk sama-sama UMNO mengurus negara, tak pe lah nak terus dalam PAS pun ,tak payah lah masuk UMNO pun, yang penting kembalilah ke perjuangan asal agar orang melayu dapat menumpang pejuangan.

khalid ibrahim exco hal ehwal Isalm Sealngor

Khamis, 12 Januari 2012

SHARIZAT JALIL LEBIH HEBAT DARI ANWAR IBRAHIM

Datuk Seri Sharizat Jalil, Ketua Wanita UMNO Malaysia mengumumkan cuti untuk 3 minggu bagi memberi peluang dan tidak mahu menggangu siasatan SPRM terhadap isu NFC. Satu tindakkan yang sangat "Gentlemen" walaupun beliau bukan "Gent" macam orang tu, yang sanggup mengheret rakyat ke jalanan semata-mata untuk meraih simpati rakyat.

Selasa, 10 Januari 2012

PAS TOLAK PEJUANG ISLAM

Dewan Pemuda Pas yang menyokong penuh pemecatan Hasan tetapi masih mengharapkan Hasan tidak meninggalkan perjuangan parti itu apabila Ketuanya, Nasruddin Hassan berkata, ''Kepada Datuk Dr. Hasan Ali, jika anda benar-benar ikhlas dengan perjuangan Islam, anda tidak lari meninggalkan perjuangan ini."


Kita ingin bertanya siapa yang meninggalkan perjuangan Islam - Pas atau Hasan? Dan benarkah dalam Pas masih adalah perjuangan seumpama itu? Kalau masih ada, kenapakah Pas menggugurkan perjuangan negara Islamnya? Kenapakah Pas begitu takut untuk memasukkan pelaksanaan undang-undang syariah dan hukum hudud dalam manifesto pilihan raya parti?

Dan kita juga ingin tahu kenapakah Pas tidak memberi sokongan kepada perjuangan Hasan menentang gejala murtad sehingga menganggap perhimpunan Himpun sebagai agenda UMNO?

Kalau betul Pas memperjuangkan Islam, kenapakah mereka tidak selesa apabila Hasan bercakap soal penyatuan orang Melayu yang turut melibatkan kerjasama antara UMNO dan Pas?

Tidak payahlah Pas mendakwa mereka memperjuangkan Islam sebaliknya akui sahaja parti itu kini tidak ada apa-apa kuasa hatta untuk membuat keputusan bagi menentukan nasib pemimpinnya dan juga hala tuju parti itu. Segala-galanya perlu dirujuk kepada PKR dan DAP, kalau kedua-dua parti itu memberi lampu hijau barulah Pas boleh melakukan sesuatu, jika tidak mereka perlu akur terhadap keputusan sekutu mereka itu.

Sumber : Zulkiflee Bakar-Utusan Malaysia.

Isnin, 9 Januari 2012

KEPUTUSAN MAHKAMAH - KEMBALIKAN FITRAH WARGANEGARA

Bahawasanya, Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:


  • Kepercayaan kepada Tuhan



  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara



  • Keluhuran Perlembagaan



  • Kedaulatan Undang-Undang



  • Kesopanan dan Kesusilaan
  • Ahad, 8 Januari 2012

    PERHIMPUNAN 901 - ROS HARAMKAN SAHAJA PKR

    Kerajaan Barisan Nasional terlalu lembut dalam melayan karenah pertubuhan-pertubuhan yang mencetuskan huruhara dan mengancam keselamatan negara, ada akta dan undang-undang tapi takut nak pakai. Demi keselamatan dan keamanan negara kerajaan perlu berubah dengan lebih berani untuk bertindak tegas dalam hal ini.Kalau Menteri berkenaan tak berani buat pecat sahaja.

    Terdapat banyak sebab pendaftaran sesebuah pertubuhan itu boleh dibatalkan. Di antara sebab-sebabnya adalah seperti berikut:-
    1. Pertubuhan telah dibubarkan oleh ahli-ahlinya di bawah Seksyen 13(1)(a).
    2. Pertubuhan yang didapati bertentangan dengan keselamatan negara, ketenteraman awam atau akhlak negara dan perintah di buat oleh Menteri mengikut Seksyen 5 seperti yang diperuntukan di bawah Seksyen 13(1)(b).
    3. Pertubuhan yang didaftarkan di atas penipuan atau kesilapan atau salah nyataan di bawah Seksyen 13(1)(c)(i).
    4. Pertubuhan digunakan bagi maksud-maksud yang menyalahi undang-undang atau bagi maksud-maksud yang bertentangan dengan keamanan, kebajikan, ketenteraman atau akhlak di bawah Seksyen 13(1)(c)(ii).
    5. Pertubuhan didapati telah berusaha mencapai tujuan-tujuan lain daripada tujuan-tujuan yang ia didaftarkan di bawah Seksyen 13(1)(c)(iii).
    6. Pertubuhan didapati sengaja melanggar Akta Pertubuhan 1966, Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984 atau undang-undang tubuh atau melanggar Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, di bawah Seksyen 13(1)(c)(iv).
    7. Pertubuhan yang tidak wujud lagi di bawah Seksyen 13(1)(c)(v).
    8. Pertubuhan yang telah gagal mematuhi perintah meminda undang-undang tubuh pertubuhan seperti yang dikehendaki oleh Pendaftar mengikut Seksyen 13A, seperti disebutkan di bawah Seksyen 13(1)(c)(vi).
    9. Pertubuhan yang gagal mematuhi peruntukan di bawah Seksyen 2A seperti disebutkan di bawah Seksyen 13(1)(c)(vii).
    10. Pertubuhan yang melanggar peruntukan mengikut Seksyen 52 seperti disebutkan di bawah Seksyen 13(1)(c)(viii).
    11. Pertubuhan yang menghadapi pertikaian dikalangan ahli-ahli atau pemegang jawatan dan gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 16(1) seperti disebutkan di bawah Seksyen 13(1)(c)(ix).
    12. Pertubuhan yang gagal mengemukakan penyata tahunan seperti disebutkan di bawah Seksyen 13(1)(d).

    Sabtu, 7 Januari 2012

    SOI LEK YANG BERMARUAH, ANWAR YANG PUNAH

      Chua Soi Lek , Anwar Ibrahim kedua-duanya orang politik, bezanya sartu ahli parlimen satu lagi bukan, kedua-duanya pemimpin parti bezanya satu mengangkat diri jadi ketua umum satu lagi di lantik jadi presiden, Kedua-duanya warganegara Malaysia bezanya satu memusnahkan negara satu membina negara, Kedua-duanya ADA KOLEKSI VIDEO SEKS, Bezanya satu bagai nak mampos menafikan hingga sanggup buat laporan palsu walaupun pakar kata 99.99 peratus mirip, satu lagi tak payah nak tuduh-tuduh dengan BERMARUAHNYA mengaku perbuatan dan minta maaf kepada keluarga dan seluruh rakyat Malaysia dan akhirnya di angkat menjadi Presiden bagi kaumnya.

    Jumaat, 6 Januari 2012

    MAHASIAWA UPAHAN MENJATUHKAN NEGARA

    Rasa terhina dan memalukan kerana perbuatan segelintir penuntut di institusi pengajian tinggi bertindak bodoh semua Mahasiswa  mendapat label sebagai mahasiswa upahan. Terima kasih MEZA-Sungai Buloh, Selangor.


    Kisah mahasiswa upahan, manusia pengecut

    SENARIO terkini negara amat menyedih dan membosankan. Menyedihkan kerana terlalu ramai yang terkorban di jalan raya akibat kecuaian dan kealpaan. Semoga Allah mencucuri RahmatNya ke atas roh mangsa yang beragama Islam serta menyedarkan pemandu lain agar berhemah dan bersopan di jalan raya.
    Membosankan apabila ada mahasiswa (kononnya berpelajaran) menjadi 'lembu upahan' puak-puak tertentu untuk menghuru-harakan negara. Mengajar anak-anak yang kononnya sudah cerdik dan pandai tapi rupa-rupanya dungu dan kurang cerdik untuk berhimpun dan menuntut keadilan yang kononnya tidak terdapat di negara ini.
    Membosankan apabila peguam bela dan Majlis Peguam seakan- akan menghalalkan tindakan membelakangkan perundangan negara. Menentang hukuman yang bakal dijatuhi mahkamah di mana mereka 'mencari makan'.
    Membosankan apabila peguam bela kepada yang tertuduh tidak bersuara apabila anak guamnya merancang untuk mengadakan demonstrasi jalanan agar keadilan dihakimi rakyat. Pengecutkah dia?
    Hukuman belum dijatuhi. Belum tahu siapa benar dan siapa bersalah. Melalak ke hulu dan ke hilir memukul canang agar rakyat turun ke jalanan menuntut keadilan. Nampak sangat peguam bela beliau dan Majlis Peguam menghalalkan perancangan 'rakyat menjadi hakim' ini.
    Saya cadangkan 'rakyat menjadi hakim' ini jangan dibantah. Cuma saya nak tahu, yang hendak diterima pakai nanti adakah jumlah bilangan yang 'menjadi hakim' atau jumlah kerosakan yang akan dilakukan?
    Jika benar mahu kepada jumlah bilangan, ayuh kita turun beramai-ramai dan memberi sokongan kepada kedaulatan undang-undang. Jika untuk mencari suatu kehancuran, biarlah golongan penderhaka ini saja yang turun dan biar pihak polis pula yang mengajar mereka apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.
    Kepada para mahasiswa, belajarlah. Anda di menara gading di atas belas ihsan pihak kerajaan yang memperuntukkan belanja untuk anda belajar. Lihat kepada keputusan peperiksaan anda yang melayakkan anda ke menara gading itu. Cemerlangkah atau sekadar mengharapkan belas ihsan dan pertolongan orang lain?
    Kalau sudah boleh dijadikan 'lembu suruhan' rasanya anda lebih baik mentelaah buku-buku ilmu sebelum melalak bak katak di bawah tempurung. Jangan salahkan saya berbahasa kurang ajar kerana perbuatan anda sebagai mahasiswa menghina Perdana Menteri Malaysia, merusuh, berdemonstrasi, serta tidur di atas jalan adalah perbuatan yang teramat kurang ajar.
    Tahukah betapa malunya ibu bapa anda melihat anak-anak mereka berkelakuan sedemikian? Kalau ibu bapa anda menyokong perbuatan anda, itu menunjukkan mereka juga adalah dari kalangan berkopiah dan berjubah yang merusuh dan tidur di atas jalan menghalang perjalanan DYMM Raja Muda Perak satu ketika dulu.
    Keputusan siapakah yang mahu Anwar terima? Rakyat atau mahkamah? Kalau mahkamah tentunya ada rayuan dan masuk penjara. Tapi jika memilih rakyat dan keputusan rakyat mendapati anda bersalah, mahukan anda dihalau keluar dari negara yang sering anda hina ini?
    1

    Rabu, 4 Januari 2012

    BUKAN TAKUT BERSUMPAH, SOLAT HAJAT PUN TAKUT

    Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di pelawa menghadiri solat hajat di Masjid Negara pada 5 Jan, jam 9 malam untuk memohon petunjuk Allah dalam menentukan kebenaran sekiranya salah seorang daripada mereka berbohong di atas dakwaan melakukan seks luar tabie, pada 26 Jun 2008, di Kondominium Desa Damansara, Kuala Lumpur. Pelawaan itu dibuat oleh YB Datuk Zulkifli Noordin, bekas salah seorang peguam bela Anwar dalam kes liwat I.

    Zulkifli yang juga Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkata, solat hajat yang akan diadakan pada 5 Januari itu dicadang diadakan di Masjid Negara manakala pada 6 Januari di Masjid Kampung Baru, Masjid Wilayah Persekutuan atau Masjid Jamek Kuala Lumpur.

    “Saya pelawa Anwar dan Mohd. Saiful Bukhari supaya turun pada hari tersebut bagi memohon petunjuk dan hidayah Allah bagi membuktikan siapa yang benar dan siapa yang berbohong. Kita juga minta dalam solat hajat tersebut supaya yang mana berbohong agar dilaknat Allah. “Alhamdulilah, baru sebentar tadi saya dapat respons daripada Mohd. Saiful Bukhari yang bersedia untuk hadir… Sekarang saya hanya tunggu jawapan Anwar… Kalau beliau di pihak yang benar, jangan berdalih dan bersembunyi di sebalik kononnya mahkamah rakyat,” katanya.

    KOMEN MPG
    Ada berani ke Anwar dan pengikut-pengikut nya sahut pelawaan itu setelah Allah s.a.w taala menunjukkan beberapa bukti besar selepas 40 hari solat Hajat Perdana di lakukan di Stadium Malawati tempohari?.

    Isnin, 2 Januari 2012

    KEMPEN 901 TINDAKKAN SUBVERSIF

    Macam-macam usaha dilakukan untuk rampas Putrajaya dari siri pembohongan 16 Sept hingga himpunan haram Bersih 2.0 , terbaharu gunakan Mahasiswa untuk dapatkan simpati dan akan datang himpunan haram 901 pula, semuanya hanya untuk satu tujuan iaitu menjadikan Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia.

    Semua tindakkan itu mendatangkan ketidaktenteraman awam dan menggugat keselamatan dan keamanan Negara. Masih berdiam diri lagi ke pihak berkuasa?. Hampir 170 laporan polis telah di buat untuk menghalang berlakunya gerakan 901, Kenapa belum ada apa-apa tindakan kepada penganjurnya, apakah bila semuanya sudah tidak terkawal baru nak bertindak?. Tangkap dan tahan reman aje lah kepala penyangak - penyangak tu, bersama bosnya di sungai buluh.


    Perkara 149. Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.
    (1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau diancam oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan—
    (a) untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; atau
    (b) untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan; atau
    (c) untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan; atau
    (d) untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang; atau
    (e) yang memudaratkan penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau
    (f) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatannya,
    maka apa-apa peruntukan undang-undang itu yang bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perkara 5, 9, 10 atau 13, atau walaupun, jika tidak kerana Perkara ini, peruntukan itu akan terkeluar daripada kuasa perundangan Parlimen; dan Perkara 79 tidaklah terpakai bagi Rang Undang-Undang untuk sesuatu Akta yang sedemikian atau bagi apa-apa pindaan kepada sesuatu Rang Undang-Undang yang sedemikian.
    (2) Sesuatu undang-undang yang mengandungi sebutan seperti yang disebut dalam Fasal (1), jika tidak terlebih dahulu dimansuhkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen yang mengungkaikan undang-undang itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelum itu menurut kuasa undang-undang itu atau tanpa menjejaskan kuasa Parlimen untuk membuat suatu undang-undang baru di bawah Perkara ini.

    Ahad, 25 Disember 2011

    HANYA BN BANTU KAUM INDIA

    Pemimpin India terus tiada tempat dalam Pakatan Rakyat. Berapa ramai pemimpin masyarakat India akan di goreng dalam Pakatan Pembangkang?. Berapa ramai yang di nafikan hak untuk bertanding dalam parti?. Terbaharu Pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh menyeru Prof. P.Ramasamy mengundurkan diri daripada menjadi timbalan ketua menteri II Pulau Pinang.

    Karpal Singh berkata Ramasamy sepatutnya meletakkan jawatan secara rela hati disebabkan gagal mematuhi arahan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP supaya tidak membuat kenyataan terbuka mengenai parti itu dan menyerang para pemimpinnya. "Kedudukan Ramasamy dalam kerajaan negeri tidak lagi dapat dipertahankan kerana dia mengenepikan keputusan jawatankuasa tiga anggota parti supaya tidak mendedahkan masalah dalaman parti kepada akhbar," katanya kepada pemberita di George Town.

    Karpal Singh menambah Ramasamy sedang berpakat menentangnya kerana dia tidak memenuhi permintaan mereka untuk dapatkan projek dan juga tidak melayan mereka. "Ia memberi implikasi serius bahawa kedudukannya selaku timbalan ketua menteri kini tidak lagi boleh dipertahankan. Ini adalah satu dakwaan serius. Setakat ini Ramasamy tidak pula menafikan kenyataannya itu," katanya.

      

    Sabtu, 24 Disember 2011

    Konsep Wasatiyah sebagai penjana 1Malaysia 1 Ummah

    05/02/2010 6:01pm

    PUTRAJAYA 5 Feb. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, umat Islam perlu menghayati dan mengamalkan konsep Wasatiyah yang akan melahirkan 1 ummah yang progresif.
    Katanya, Wasatiyah yang bermaksud sederhana, pertengahan dan seimbang akan melahirkan ummah yang berpaksikan kekuatan keimanan kepada Allah, tanpa mengabaikan kebajikan rakyat, tanpa mengira bangsa dan agama, dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia.
    Najib berkata, dalam merealisasikan Gagasan 1Malaysia yang lebih memfokus hala tuju umat Islam di negara ini, satu konsep yang bersifat komprehensif dan bersepadu perlu dirintis selaras dengan tuntutan agama Islam bagi menangani pelbagai isu dan masalah semasa yang berlaku.
    Konsep Wasatiyah atau kesederhanaan ini adalah baik dan sangat digalakkan oleh Islam kerana perbuatan yang lebih daripada yang sepatutnya dilakukan adalah dianggap melampau begitu juga perbuatan yang kurang daripada yang sepatutnya dilakukan adalah dianggap suatu kecuaian.
    "Maka umat Islam tidak boleh jumud dan ekstrim begitu juga tidak boleh terlalu bebas lepas tanpa sempadan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Perjumpaan Bersama Ulama dan Umara dan pelancaran Gagasan 1Malaysia dan Logo 1 Ummah peringkat agensi-agensi agama seluruh Malaysia.

    Rabu, 21 Disember 2011

    SEDEKAH AL-FATIHAH KHAS BUAT NIK AZIZ

    Al fatihah khas buat Nik Aziz, moga mudalilul-am PAS ini tidak merasa sakit lagi, moga allah s.w.t segera menamatkan kesengsaraan beliau menghadapi kesakitan. Moga beliau mendapat rehat yang cukup.
    KLIK SINI

    KHALID GEREJA NAK SELAMATKAN HASSAN ALI?

    Lawak sungguh kenyataan Khalid Gereja nie, dia dengan sombongnya berkata apa yang berlaku adalah kerana hendak selamatkan Hassan Ali. Dia juga berkata kalau Hassan Ali tak jadi ADUN Gombak Setia ada banyak lagi DUN lain yang Hassan Ali boleh bertanding.

    Selamatkan Hasan Ali dari siapa? Selamatkan Hassan Ali dari duduk sekandang dengan haprak-haprak PAS yang sanggup menjual agama demi kuasa?, Selamatkan Hassan Ali dari menjadi duri dalam daging kepada pakatan pembangkang yang menentang sultan, Selamatkan Hassan Ali dari menjadi penentang ketika semua haprak-haprak PAS nak gadaikan negara kepada DAP?.

    Isnin, 19 Disember 2011

    WASIAT TERAKHIR BUAT UMMAT ISLAM


    Adalah wajib bagi seluruh manusia yang mengucap dua kalimah syahadah untuk membaca dan menghayati wasiat terakhir Rasullah S.A.w agar kehidupan sempurna hingga hari kiamat, melanggar wasiat ini bermakna hancurlah kehidupan dan sengsaralah di akhirat.

    KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.
    Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
    Tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

    Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

    Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

    Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

    Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

    Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

    Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

    Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

    Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

    Sabtu, 17 Disember 2011

    WARNA SEBENAR POLITIK PEMBANGKANG

    Edisi Pra-PRU 13.
    Sedarlah wahai ummat Melayu Islam.

    Isnin, 12 Disember 2011

    PAS UMUM MANIFESTO KETINGALAN 57 TAHUN

    Dulu zaman arwah Datuk Fadhil Noor, cita-cita PAS sangat tulen, agenda parti sangat asli, perjuangan sangat beistiqamah dan arwah sangat di kagumi di parlimen kerana perbahasannya yang banyak membantu memajukan negara terutama berkaitan dengan soal aqidah umat melayu islam. Hari ini kepimpinan PAS memang nyata HAMPAS.

    Hari ini Hj. Hadi baru nak umumkan 10 manifesto yang menjanjikan kebajikan kepada rakyat (kalau menang) sedangkan semua yang di tulis dalam manifesto itu, kerajaan Barisan Nasional dah laksanakan sejak merdeka lagi.

    PAS di bawah kepimpinan Hj.Hadi sangat celaru dalam perjuangannya, sekejap negara Islam, sekejap  Islam for All dan mukhtahir selepas muktamar PAS ke 54 PAS jadi negara kebajikan,

    PAS mengadaikan perinsip dan mengadaikan maruah perjuangan semata-mata kerana kuasa. Paling malang semua idea dan manifesto PAS seolah - olah MENIRU Barisan Nasional.  UMNO sudah 57 tahun  berkerjasa dengan parti-parti orang cina dan india membentuk Perikatan yang kemudiannya di tukar kepada Barisan Nasional seterusnya sama-sama memerintah negara.

    Parti-parti komponen ini semuanya taat dan setia kepada Kepimpinan BN yang di terajui oleh UMNO, ringkasnya mereka ini adalah golongan kafir zimmi yang wajib di lindungi.  Hari ini kerana ingin takluk Putrajaya (yang satu masa dulu nak di lelongnya) PAS sangup mengadakan perkongsian dengan golongan kafir (DAP) yang menentang negara Islam .Semua in di lakukan adalah kerana ingin berkuasa, dan baru sedar dari fahaman asyobiahnya, bahawa PAS tidak mampu menawan puterajaya jika tanpa bantuan bukan Islam. Maknanya PAS sudah 57 tahun ketinggalan dari UMNO.

    PAS baru nak perjuangankan Islam for All, sedangkan UMNO dah praktikkan kesejahteraan @ keselamatan untuk semua dengan mengekalkan prinsip kebebasan beragama sejak merdeka 1957 lagi.

    Jumaat, 9 Disember 2011

    PKR MULA SERAM SEJUK DENGAN PAPA GOMO

    Sejarah baru bakal tercipta, ketakutan yang teramat sangat menjenguk PKR menjelang PRU 13, baru kali ini puak-puak PKR rasa ketakutan yang amat sangat terhadap bloger pro- kerajaan, baru sekarang mereka sedar bloger-bloger ini mampu melenyapkan seluruh organisasi PKR dengan hanya satu posting di alam syber.

    MPG mendapat maklumat AMK seluruh negara di arahkan oleh ketuanya agar membuat laporan polis terhadap bloger pro- kerajaan yang juga sahabat baik MPG iaitu papa gomo. Kononnya Papa gomo mengeluarkan artikel yang memfitnah, tidak de modal, tak de fakta yang kukuh....lawak sungguh, Nampak sangat anwar al juburi sangat terseksa dengan racun berbisa papa gomo tak de cara lain melainkan mengarahkan orang suruhannya AMK untuk membuat laporan polis.

    Ca-cite, tang mananya fitnahnya tu kalau polis sendiri dah sahkan 99.99 peratus video tu tulen. Kalau fitnah saman lah trio datuk "T", kalau fitnah samanlah ummi Halfida, kalau fitnah samanlah saiful, tapi awas jangan pulak kau orang kena siasat dengan polis kerana buat laporan palsu...heee...heee..eeee

    Khamis, 8 Disember 2011

    MENGALAH MELAYU BUKAN BERERTI LEMAH

    KUALA LUMPUR 6 Dis. - Kaum lain tidak seharusnya menganggap sifat mengalah orang Melayu sebagai satu kelemahan sehingga boleh mengambil kesempatan terhadap mereka dengan sewenang-wenangnya.
    Tokoh budaya dan bahasa, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah A. Karim berkata, orang Melayu sudah lama bersabar dan mengalah walaupun masih ada pihak yang cuba mempertikaikan hak serta keistimewaan mereka."Orang Melayu sudah mengalah sejak dulu lagi walaupun hak mereka dipersoalkan. Namun, ada sesetengah pihak yang menganggap sifat mengalah itu sebagai satu aspek kelemahan dan cuba mengambil kesempatan ke atasnya.

    "Orang Melayu tidak pernah mempertikaikan hak kaum lain. Kita beri mereka hak kewarganegaraan, kita hormati hak mereka. Jadi, tidak seharusnya mereka mempertikaikan hak orang Melayu yang sememangnya sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas amaran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada semua pihak agar tidak lagi mencuit perasaan orang Melayu dengan cuba mempertikaikan hak dan keistimewaan kaum itu yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
    Sementara itu, Canselor Universiti Kolej Sedaya International (UCSI), Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad berkata, orang Melayu perlu lebih prihatin terhadap masalah tersebut kerana bimbang Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan akan hilang hak serta kepentingannya.

    "Orang Melayu perlu sedar dan bersama menjaga kepentingan Melayu serta bumiputera agar tidak ada pihak yang sanggup mempolitikkan isu tersebut," ujarnya.

    Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, isu berat sebelah terhadap sesebuah kaum tidak seharusnya timbul kerana setiap usaha dan langkah yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri berpandukan kepada Perlembagaan Persekutuan. "Gagasan 1Malaysia merupakan langkah bijak kerajaan untuk memberi hak dan keistimewaan yang sama rata kepada semua kaum," ujarnya.

    Sumber : Utusan Malaysia

    Sabtu, 3 Disember 2011

    UMNO MEMBINA NEGARA


    Hayati asas dan tujuan UMNO di tubuhkan sepertimana yang terdapat di dalam perlembagaan UMNO nescaya orang yang berakal sedar bahawa segala perjuangan melalui parti pembangkang adalah sia-sia, Kerana sejak 1946 lagi UMNO telah memperjuangkan semuanya .

    PERLEMBAGAAN UMNO
    FASAL 3 – Asas & Tujuan

    UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

    3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.

    3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.

    3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.

    3.4 Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

    3.5 Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.

    3.6 Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.

    Selasa, 29 November 2011

    MENUNJANGI SURVIVAL BANGSA : SATU JIHAD

    Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

    Barisan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri

    Saudara-saudari sidang perwakilan dan pemerhati sekalian.

    1. Marilah kita dahului dengan sembah tahmid ke hadrat Allah S.W.T. dan selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama-sama berhimpun pada malam yang bersejarah ini untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) bagi tahun 2011.

    2. Perhimpunan tiga sayap penting parti UMNO ini adalah kemuncak manifestasi suara akar umbi umat Melayu yang mahu melihat perjuangan bangsa diperkasa, kesucian agama dibela, kedaulatan pertiwi dipertahan dan keutuhan parti UMNO sebagai gerakan pembela umat Melayu yang tiada galang-ganti ini diperkukuh dan diperteguhkan. Inilah perhimpunan terbesar umat Melayu yang mengangkat suara keramat rakyat dari segenap ceruk desa dan kota, dari segenap lapisan warga, untuk dijadikan suluhan, panduan dan sempadan dalam melayari bahtera di samudera perjuangan meninggikan agama, memartabatkan bangsa, mendaulatkan nusa dan menobatkan siasah parti UMNO yang tercinta.

    Kesatuan kita ini ibarat kata pepatah Melayu:

    Bulat Air kerana Pembetung
    Bulat Manusia kerana Muafakat
    Kata seia kata sepakat
    Setuju sependirian setuju sependapat
    Kata dibulati kata bertepati
    Janji termeteri, kejayaan dinikmati

    3. Maka dalam semangat Maal Hijrah, marilah kita perkukuhkan kesatuan hati sesama kita, marilah kita semarakkan muafakat yang membawa berkat, supaya terpancar darinya sinar azimat yang menyuluh lorong-lorong perjuangan kita. Demikianlah ajaran junjungan besar kita Rasulullah S.A.W yang membentuk kesatuan Ansar dan Muhajirin, yang mendamaikan permusuhan ‘Auz dan Khazraj.

    4. Sesungguhnya, harapan umat Melayu terhadap UMNO tinggi menggunung. Sebagai parti yang tertubuh atas semangat kental perjuangan, UMNO memikul amanah besar untuk terus membela kesucian agama, menjulang maruah bangsa dan mempertahankan kedaulatan negara. Di atas jemala UMNO, terhimpun sejuta harapan dan cita-cita umat Melayu yang mahu melihat bangsa Melayu menjadi bangsa yang bermaruah, bermartabat dan merdeka jiwanya.

    Saudara dan Saudari Sekalian,

    5. Langit tidak selalunya cerah, laut tidak selalunya tenang. Tsunami politik yang melanda ketika Pilihan Raya Umum 2008 dilihat oleh banyak pihak sebagai titik mula perubahan landskap politik yang ketara di negara kita. Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen. Kedudukan UMNO dan parti-parti komponen BN tidak sekuat dulu. Kuasa politik Melayu semakin goyah.

    6. Tidak semena-mena timbul persepsi bahawa UMNO tidak lagi mampu untuk membela nasib orang Melayu. Malah, pelbagai tuduhan liar dilempar kepada UMNO. Ada yang kata UMNO tidak berbuat apa-apa untuk orang Melayu selama 54 tahun memerintah; UMNO parti rasis; UMNO pemuflis negara; UMNO anti-demokrasi; malah ada yang mengatakan UMNO adalah ibu segala kejahatan. Na’uzubillahi min zalik.

    7. Segala fitnah terhadap UMNO ini ibarat api yang memamah setiap helaian jasa dan bakti UMNO. Malah, dalam zaman fitnah yang menggila ini, pemimpin nombor satu kita tidak terkecuali daripada menerima percikan api fitnah. Hinggakan keheningan mengerjakan ibadah haji pun diganggu oleh kilang-kilang fitnah yang bekerja lebih masa. Kepada YAB Presiden, usah resah, usah gelisah, usah gundah, usah gulana. Teruskan perjuangan. Ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni, ke lautan sama direnangi. La takhaf wa la tahzan innallaha ma’ana.

    8. Sesungguhnya, percikan api fitnah mereka menyambar dan merebak ke segenap sudut kehidupan, menyemarak sentimen kebencian. Matlamat penyebar fitnah jahat ini amat jelas - hilangkan keyakinan rakyat terhadap pemimpin utama UMNO dan meruntuhkan harapan orang Melayu terhadap parti keramat ini. Tujuan mereka tidak lain hanya mahu merampas kuasa politik.

     9. Pada masa yang sama, parti-parti pembangkang mengambil kesempatan atas hakisan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum 2008 untuk menunjukkan tembelang mereka yang sebenar. Parti DAP tanpa segan silu membuat kenyataan demi kenyataan menghina Islam dan orang Melayu. Daripada soal kedudukan Raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, segala-galanya cuba dipertikai dan dirobek satu demi satu oleh parti DAP.

    10. Kemenangan DAP di Pulau Pinang dan kejayaannya mendominasi kerajaan pembangkang di Selangor, dan sebelum itu di Perak, seolah-olah memberikan lesen paling besar kepada parti paling rasis ini untuk menyerlahkan sikap cauvinis melampau. Mereka langsung tidak menghormati institusi Raja-raja Melayu, menghina pegawai-pegawai kerajaan yang majoritinya berbangsa Melayu, mencerca pasukan keselamatan dengan penghinaan yang keterlaluan, mempertikai institusi penguatkuasaan, menjatuhkan wibawa institusi kehakiman dan memperkuda sekalangan orang Melayu dengan tujuan mendapatkan kuasa bagi diri mereka sendiri.

    11. Tembelang DAP untuk menubuhkan sebuah negara republik dengan mengetepikan nilai, sejarah dan jati diri Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan semakin jelas kelihatan. Masakan tidak, mereka berani mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihan raya tanpa perlu dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong. Apa maknanya ini? Maknanya, sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembangaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak sesuai lagi dengan tembolok mereka untuk melahap kuasa.

    12. Ketika umat Islam bangkit bersatu mempertahankan akidah umat daripada diruntuhkan oleh kumpulan yang berniat jahat, DAP dan konco-konconya, bertubi-tubi mempersenda umat Islam. Semakin nyaring suara umat Islam membela kesucian agama, semakin ghairah mereka menjalankan dakyah jahat ke atas umat Islam atas nama kebebasan beragama. Agenda mereka yang sebenar ialah ingin melihat perpecahan di kalangan umat Islam dan melaga-lagakan umat Islam dengan bukan Islam.

    13. Parti DAP ini tidak pernah melihat apa-apa kebaikan yang ada pada orang Melayu dan Islam. Bagi DAP, walaupun ia mendakwa ia parti demokratik pelbagai kaum, ironinya dari dulu hingga sekarang DAP hanya dipimpin oleh kelompok tertentu daripada satu kaum saja. Atau lebih tepat lagi, dari keluarga tertentu dalam kelompok tertentu dari kaum tertentu saja. Namun kita yakin dan percaya DAP tidak mewakili keseluruhan suara kaum itu.

    14. Hari ini kita dengar DAP sedang giat memancing orang Melayu untuk menyertai parti itu. Mereka ditawarkan jawatan dalam parti dan dijanjikan menjadi calon dalam pilihan raya. Jika menang, mereka berpeluang dilantik sebagai ahli Exco atau Menteri Besar di negeri-negeri tertentu. Ganjarannya tampak sungguh lumayan.

    15. Namun, orang Melayu mesti berwaspada. Jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP. Tujuan sebenar parti paling rasis ini bukanlah untuk memberi kuasa kepada orang Melayu, jauh sekali menyerahkan kepimpinan parti itu kepada orang Melayu. DAP hanya mahukan si Melayu yang malang ini menjadi kuda tunggangan yang kerjanya sekadar menjaga kepentingan cauvinis DAP. Orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah pengkhianat bangsa. Janganlah jadi pembelot seperti Si Kitol. Janganlah jadi seperti tikus membaiki labu. Janganlah jadi seperti Pak Kaduk, menang sorak, kampung tergadai. Janganlah sudah terhantuk, baru terngadah. Jangan sampai nasi menjadi bubur. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. DAP sudah pasti bukanlah parti untuk orang Melayu dan Bumiputera.

    16. Begitulah juga dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR). PKR ini ketandusan agenda untuk orang Melayu dan Islam. PKR sebuah parti ultraliberal yang tiada asas moral dalam perjuangannya. Jika tidak, masakan orang yang sedang dibelenggu krisis kredibiliti yang serius terus diangkat memimpin parti itu secara tidak demokratik. Mana mungkin kedudukan agama, bangsa dan negara boleh dijaga oleh PKR jika yang diangkat menjadi pemimpin pun bergelumang dengan masalah kredibiliti.

    17. Ringkasnya, PKR sebuah parti yang amat tenat. Hampir kesemua pengasas parti ini telah meninggalkan parti dan menyokong UMNO. Sudahlah tiada matlamat perjuangan yang jelas, retak dalam parti itu juga sedang menunggu belah. Masing-masing sedang menilik nasib Ketua Umum mereka. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Yang mahu terus timbul, mereka menggunakan pelbagai cara untuk menyucikan Ketua Umum mereka. Yang petah berceramah menggunakan pentas Islam untuk menjaja pelbagai konsep fikah – daripada fiqh maqasid kepada qazaf – semata-mata untuk membela Ketua Umum mereka. Bagi yang berfikiran ultraliberal, mereka mengambil kesempatan atas kemelut moral yang berlaku untuk mewajarkan pelbagai amalan yang bertentangan dengan budaya masyarakat Timur atas nama kebebasan. Mutakhir ini, pemikiran pluralisme agama yang amat mengelirukan umat Islam juga cuba dimurnikan oleh golongan ini semata-mata untuk mewajarkan pemikiran Ketua Umum mereka yang semakin bercelaru.

    18. Walaupun satu pihak dalam PKR menggunakan hujah agama manakala satu pihak lagi menggunakan hujah ultraliberal melampau, matlamat mereka cuma satu, iaitu mempertahankan Ketua Umum mereka. Dari satu segi, PKR dulu, kini dan selamanya tidak pernah berganjak daripada tujuan penubuhannya, iaitu mempertahankan seorang individu. Untuk itu syabas kita ucapkan kepada PKR, walaupun sebenarnya:

    Hisap rokok dalam kelambu,
    Terbit asap menjadi abu
    PKR umpama golok kayu
    Tetak tak lut gadai pun tak laku.

    19. Lain pula halnya dengan PAS. Suatu ketika dulu, PAS begitu komited dengan agenda mendirikan negara Islam. Bagi mereka, Islam adalah ghayah atau matlamat dan PAS adalah wasilah atau alat untuk mencapai matlamat. Mereka begitu komited sehinggakan sanggup menuduh sesiapa saja yang tidak menyokong perjuangan parti itu sebagai kafir. Malah, UMNO dikatakan parti taghut kerana tidak menyokong agenda negara Islam acuan PAS. Akibatnya, umat Islam berpecah dan berbalah sesama sendiri lantaran fatwa songsang PAS.

    Saudara dan Saudari Sekalian,

    20. Mutakhir ini, tak semena-mena PAS sudah tidak lagi memperkatakan tentang matlamat menubuhkan negara Islam. Tatkala sekali-sekala terpacul perkataan negara Islam dari mulut pemimpin PAS, berpakat-pakat pemimpin PKR dan DAP mengecam PAS. Bagi mereka, negara Islam bukanlah matlamat pakatan politik yang mereka bentuk.

    21. Anehnya, PAS tidak pula mengatakan PKR dan DAP sebagai parti taghut. Jauh panggang dari api, PAS sebaliknya mengangkat kedua-dua parti itu sebagai rakan sekongkol dan sekedudukan mereka. Negara Islam sudah tidak ada lagi dalam kamus politik PAS. Ternyata, tsunami politik yang melanda dalam pilihan raya umum lalu telah menghanyutkan istilah negara Islam dari kamus politik PAS. Bagi PAS, dalam menghadapi landskap politik baharu ini, sokongan DAP dan PKR lebih penting berbanding mempertahankan prinsip perjuangannya sendiri.

    22. Nampaknya, apa yang berlaku hari ini bukan PAS Ganti UMNO seperti yang dicanang oleh mereka. PAS takkan boleh menggantikan UMNO kerana UMNO tiada galang-ganti. Yang sebenarnya berlaku ialah DAP Ganti PAS. DAP bercakap mengenai Islam, PAS mengiyakan saja. Pemimpin DAP menyebut dua tiga patah ayat al-Qur’an walaupun salah, PAS mempertahankan. Pemimpin DAP menggelar dirinya Khalifah Umar Abdul Aziz, PAS memberi pengiktirafan. Pemimpin DAP berceramah, penyokong PAS bertakbir. Tetapi apabila PAS menyebut tentang Negara Islam, pemimpin DAP lah yang pertama sekali mengecam PAS. Dan apabila dikecam, PAS diam seribu bahasa. Apa maknanya ini? Maknanya, DAP lah yang memberi definisi kepada Islam yang dianuti oleh PAS. DAPlah yang menjadi penentu arah aliran Islam yang dibawa oleh Pakatan Pembangkang. Bukankah ini maknanya DAP menggantikan PAS?

    23. Untuk menutup kegagalan mereka mempertahankan kesucian Islam, PAS mengemukakan agenda Negara Berkebajikan. Kini, mereka mengatakan konsep Negara Islam tidak disebut dalam al-Quran, yang ada hanyalah Negara Berkebajikan. Malang bagi PAS kerana setelah puluhan tahun memperjuangkan negara Islam, tetapi akhirnya mengatakan konsep negara Islam tiada dalam al-Quran. Maknanya, selama ini PAS membohongi umat Islam dengan perjuangan palsu

    24. Walau apapun, kita hendak bertanya kepada PAS. Negara Berkebajikan bagaimana yang mereka ingin wujudkan? Yang kita tahu, bekalan air bersih pun tidak mampu mereka sediakan kepada rakyat Kelantan. Bukankah air adalah keperluan rakyat paling asas yang mesti dipenuhi oleh mana-mana kerajaan. Justeru, kita nak katakan kepada PAS, kalau bekalan air bersih pun tak dapat disediakan, janganlah simpan angan-angan hendak wujudkan Negara Berkebajikan. Selesaikan dulu masalah air di Kelantan, kemudian barulah bercakap soal Negara Berkebajikan.

    25. Sebenarnya PAS bukanlah beriya-iya benar hendak mewujudkan Negara Berkebajikan. Mereka sendiri pun tak faham apa maksud Negara Berkebajikan. Slogan Negara Berkebajikan hanyalah helah politik PAS untuk menutup kelemahan sendiri kerana tergadainya matlamat untuk mendirikan negara Islam. Apa yang penting bagi PAS, slogan Negara Berkebajikan boleh diterima oleh DAP.

    Saudara dan Saudari Sekalian,

    26. Perkembangan mutakhir ini semakin meresahkan orang Melayu. Mereka tertanya-tanya apakah nasib masa depan umat Melayu di tanah air sendiri. Terbangunkah ekonomi Melayu dan Bumiputera jika apa saja usaha untuk membantu mereka dianggap sebagai rasis dan berpilih kasih? Apakah orang Melayu dan Bumiputera akan mendapat bahagian yang adil dalam pengagihan kekayaan? Wujudkah peluang-peluang ekonomi untuk orang Melayu dan Bumiputera dalam dunia yang semakin kompetitif?

    27. Bagaimana dengan peluang pendidikan untuk anak-anak Melayu dan Bumiputera? Masihkah boleh mereka bergantung harap kepada biasiswa daripada kerajaan? Apakah ada ruang untuk mereka membangunkan potensi diri dalam rancangan pembangunan modal insan negara? Bagaimana pula dengan peluang-peluang pekerjaan untuk mereka? Selain itu, apakah kedudukan istimewa agama Islam akan terus terjamin? Terbelakah agama Islam jika serangan bertubi-tubi kepada institusi-institusi Islam berterusan? Terpeliharakah kesucian Islam jika parti seperti DAP lebih berpengaruh mentakrifkan

    28. Seterusnya, orang Melayu bertanya, akan kekalkah kuasa politik Melayu jika pembangkang terus melakukan serangan demi serangan terhadap institusi-institusi Melayu? Mampukah UMNO untuk membela nasib umat Melayu? Mampukah UMNO untuk terus bersuara mewakili mereka seperti dulu? Mampukah UMNO untuk terus memenuhi harapan orang Melayu? Atau adakah UMNO akan terus terperangkap dalam psikologi politik pasca-tsunami 2008 yang meresahkan orang Melayu?

    29. Sebenarnya, jawapan kepada persoalan-persoalan ini ada pada kita semua. Sebagai ahli UMNO, sebagai pemimpin UMNO, kita semua memikul amanah besar untuk terus membela agama, bangsa dan negara yang menjadi asas dan matlamat perjuangan UMNO.

    30. Hakikatnya, UMNO telah bangkit daripada rempuhan tsunami 2008. Kita tidak pernah menyerah kalah kepada tujahan kuasa politik pembangkang yang ingin merobek segenap sudut perjuangan UMNO dalam membela orang Melayu. Ketika umat Melayu resah memikirkan apakah ada pembelaan terhadap mereka dalam sektor ekonomi, kerajaan Barisan Nasional yang diterajui UMNO tanpa rasa apologetik telah menubuhkan Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera (MTAB) yang dipengerusikan sendiri oleh YAB Presiden selaku Perdana Menteri. MTAB bertanggungjawab untuk memastikan penyertaan orang Melayu dan Bumiputera dalam sektor ekonomi terus diperkasa. Lantaran itu, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) juga ditubuhkan untuk menyelaraskan penyertaan Bumiputera dalam sektor ekonomi yang semakin

    31. Terkini, YAB Perdana Menteri telah pun melancarkan Program Transformasi Ekonomi Bumiputera dengan memberi tumpuan kepada tiga fokus strategik iaitu, (i) pengukuhan pendidikan serta pembinaan keupayaan Bumiputera; (ii) pembaharuan instrumen dasar dan rasionalisasi sistem penyampaian; dan (iii) penumpuan kepada pemerolehan, penciptaan dan pembangunan perniagaan berskala besar. Tiga fokus strategik ini diharapkan dapat melonjakkan pencapaian Bumiputera dalam bidang ekonomi. Selain itu, penyertaan Bumiputera dalam sektor ekonomi akan terus dipertingkatkan melalui pelbagai projek pemula di bawah Program Transformasi Ekonomi dan juga melalui Program Transformasi Luar Bandar. Semua ini adalah kesinambungan daripada usaha-usaha yang telah dilakukan UMNO selama ini dalam perjuangan mengangkat martabat ekonomi

    32. Begitu juga ketika orang Melayu resah memikirkan sama ada pendidikan anak-anak mereka akan terus terbela, pemimpin UMNO tegas mempertahankan hak pelajar Melayu dan Bumiputera yang berkelayakan untuk mendapatkan biasiswa dan lain-lain bantuan pendidikan daripada kerajaan. Terbaru, kita telah menubuhkan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera untuk membantu anak-anak Bumiputera mendapatkan pembiayaan pendidikan. Dengan dana sebanyak 500 juta ringgit, kita mensasarkan 12,000 pelajar Melayu dan Bumiputera akan menerima manfaat dalam tempoh 5 tahun akan datang. Semua ini adalah manifestasi komitmen UMNO untuk memastikan anak-anak Melayu dan Bumiputera yang cemerlang dapat melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan berjaya dalam

    33. Yakinilah, sebagai parti yang bertanggungjawab, UMNO akan terus membela hak anak-anak Melayu dan Bumiputera untuk mendapatkan segala bantuan pendidikan yang layak bagi diri mereka. Pada masa yang sama, atas dasar keadilan, kita juga tidak menafikan hak anak-anak kaum-kaum lain untuk mendapat kemudahan yang sama. Inilah prinsip al-‘adl wal ihsan yang ditekankan dalam agama

    34. UMNO juga akan terus mempertahankan institusi-institusi agama dari terus dipersenda dan diperleceh. Kedudukan Raja sebagai Ketua Agama akan dijunjung. Kewibawaan institusi mahkamah syariah, agensi penguatkuasa agama dan undang-undang Islam akan terus dibela. Pendidikan Islam akan diperkasakan lagi. Kerajaan Pusat komited untuk membantu sekolah-sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri dari segi pembangunan infrastruktur, kurikulum, latihan guru dan sebagainya. Bantuan akan diberikan kepada semua sekolah agama melangkaui batas ideologi politik. Ini adalah keikhlasan UMNO untuk memastikan pendidikan Islam terus bermartabat di negara

    35. Fokus kepada pendidikan Islam adalah selari dengan pendekatan wasatiyyah UMNO, iaitu sederhana dan berimbang, dalam melakukan lonjakan terhadap Islam dan hubungannya dengan pembangunan dan ketamadunan. Al Quran memberikan asas tentang ummatan wasata sebagai strategi terbaik membangunkan Islam, bukannya pendekatan ekstrem yang hanya terpancar dengan retorik dan kenyataan-kenyataan yang umum sifatnya dan tidak memberi kesan kepada pembangunan institusi dan sistem.

    Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 143:

    Yang bermaksud:

    Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan

    36. Dengan pendekatan wasatiyyah ini kita seimbangkan pembangunan rohani dan pembangunan fizikal, antara tuntutan fardhu ‘ain dan fardhu kifayah. Kedua-duanya adalah dituntut oleh Islam. Dalam konteks ini, Islam harus diberi makna yang luas. Ianya bukan sahaja satu sistem kepercayaan, tetapi juga cara hidup yang mencakupi segenap segi kehidupan. Al-Quran dalam Surah Al-Asr yang memberi maksud orang-orang yang beriman adalah orang-orang yang melakukan amal soleh. Ertinya, syi’ar Islam tidak hanya terpancar melalui amalan ritual semata-mata, tetapi juga melalui amal soleh dan pembangunan yang membawa kesejahteraan hidup

    37. Inilah komitmen UMNO. Kita mengambil pendekatan seimbang dan bijaksana supaya umat Melayu diperkasa dan Islam dimartabat. Ini jugalah tekad politik UMNO dalam memastikan umat Melayu semakin maju dan berwibawa dalam segala bidang dan

    38. Namun sebagai parti tunjang di dalam Barisan Nasional, UMNO telah membuktikan komitmen mensejahterakan rakyat merentasi batas kaum. Dengan konsep perkongsian kuasa, UMNO telah membuktikan keikhlasannya memimpin dalam kepelbagaian bangsa dan kelainan agama. Sebagai contoh, sewaktu kita memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru, walaupun kita dikritik hebat, hakikatnya limpahan nikmat turut sama dikongsi oleh semua kaum. UMNO tetap sedar bahawa bagi meneruskan kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara, realiti landskap politik negara yang majmuk sifatnya mesti dipelihara. Jangan kita tanamkan kebencian kepada kaum-kaum lain. Jangan kita lemparkan kehinaan kepada agama-agama lain. Jangan kita titipkan prasangka kepada budaya-budaya lain. Kita bukan rasis seperti DAP.

    Saudara dan Saudari Sekalian,

    39. Saya mengambil sedikit masa untuk menyentuh tentang persoalan-persoalan yang berlegar di benak fikiran orang Melayu, tentang beberapa isu yang amat penting kepada kelangsungan mereka, supaya generasi muda dan sayap-sayap parti memahami apakah psikologi dan minda Melayu yang kita hadapi hari ini. Sesungguhnya, kita sedang berada dalam satu situasi yang amat kritikal. Pilihan raya umum ke-13 adalah ibu segala pilihan raya yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu. Apakah kuasa politik kekal berada di tangan kita? Atau akan terlepas ke tangan orang lain?

    40. Sanggupkah saudara-saudari melihat kuasa politik terlepas dari genggaman kita? Sanggupkah kita membenarkan pembangkang menawan Putrajaya? Sanggupkah kita melihat orang Melayu hilang kuasa di bumi sendiri? Jawapannya tentu sekali tidak.

    41. Ayuh, gerakkan seluruh kekuatan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO untuk menjadi benteng parti. Datuk Seri Shahrizat, Pergerakan Wanita adalah srikandi UMNO. Pengaruh wanita amat kuat dalam masyarakat. Setiap undi wanita amat penting kepada UMNO. Perkukuhkan gerak kerja Jalinan Rakyat. Perhebatkan aktiviti Skuad Sayang dengan pendekatan yang tersusun dan teratur. Kajian sikap mesti tepat, penyelarasan dan kerjasama dengan kepimpinan bahagian mesti mantap.

    42. Saudara Khairy, andalah panglima perang paling muda dalam UMNO. Gerakkan barisan pemudamu, jadilah benteng UMNO yang kukuh. Turun ke akar umbi, dekati dan selamilah aspirasi generasi seangkatan denganmu. Persiapkan hulubalang pemuda untuk bertarung dalam peperangan yang paling perit dalam sejarah parti kita. Bersedialah dengan kekuatan mental dan fizikal. Biar putih tulang, jangan putih mata!

    43. Landskap politik kini adalah milik orang muda. UMNO komited untuk memberikan keyakinan, kepercayaan dan ruang kepada generasi muda. Kepada pemimpin-pemimpin UMNO, berilah laluan kepada generasi muda untuk sama-sama mencurahkan bakti kepada parti. Bimbinglah mereka. UMNO tidak akan menjadi parti yang kekal selama-lamanya tanpa dokongan orang muda.

    44. Datuk Rosnah, Puteri adalah permata UMNO. Pimpinlah Puteri dengan kesatuan hati dan matlamat. Dalam kelembutan Puteri, serlahkan peranan anda untuk membawa golongan wanita muda ke pangkuan UMNO. Bingkaslah untuk menarik sokongan rakyat kepada parti. Perhebatkan program Puteri di segenap peringkat. Kembalikan kegemilangan Puteri sebagai sayap tempat bernaung remaja dan wanita muda untuk bersama-sama mencorak hala tuju Negara. Laksanakan peranan anda dengan berkesan supaya parti kita menjadi lebih kuat.

    45. Atas segalanya, kitalah yang menentukan kekuatan parti kita. Jika kita bersatu hati (wahdatul qalb), bersatu minda (wahdatul fikr), bersatu amal (wahdatul amal) dan bersatu matlamat (wahdatul hadf) parti kita akan kuat. Ketepikan perbezaan dan persengketaan. Lemparkan segala sifat tercela jauh ke lautan hitam. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Yakinlah, perjuangan ini adalah jihad untuk agama, bangsa dan negara. Jihad untuk keadilan. Jihad untuk pertahan hak. Percayalah, pilihan raya umum nanti mempunyai makna yang cukup dalam kepada kelangsungan kita. Pilihan raya ini adalah medan jihad dan saudara-saudari adalah para mujahid dan mujahidah.

    46. Calon adalah senjata parti untuk menang. Berilah sepenuh keyakinan kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya. Yang penting, calon kita mesti berkaliber, berpendidikan, berwibawa, berjiwa rakyat, bersih, jujur, amanah, tinggi moralnya dan diterima oleh rakyat. Akurlah dengan keputusan pucuk pimpinan. Berilah sokongan padu kepada setiap calon. Gerakkan jentera untuk membantu mereka.

    47. Tumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada parti dan pemimpin. Marilah kita bersatu menjayakan agenda transformasi yang dibawa oleh YAB Presiden. Pendekatan berani YAB Presiden dalam memperkenalkan transformasi politik, dalam menunjangi perubahan, perlu disambut oleh segenap lapisan ahli-ahli UMNO.

    48. Pertahankan parti dengan seluruh jiwa dan raga. Jangan lari dari medan perjuangan. Jangan mengaku kalah sebelum berjuang. Jangan kita mencalit arang ke muka parti. Jangan sabo. Jangan boikot. Jangan cah keting. Jangan peteh sama sendiri. Jangan ‘mandikan’ calon-calon kita. Jangan tutup bilik gerakan. Jangan lari ke luar negeri. Jangan tikam kawan. Jangan lakukan apa sahaja yang boleh menjejaskan peluang parti untuk menang dalam pilihan raya. Ingat, pilihan raya nanti adalah pertandingan hidup atau mati. Ingat, pilihan raya nanti bukan untuk kemenangan diri tetapi adalah untuk kemenangan parti.

    49. Sebagai sebuah organisasi, UMNO tidak sunyi daripada kelemahan dan kekurangan. UMNO bukanlah malaikat. Kita insaf dan sedar. Kita sentiasa mengorak langkah melakukan perubahan dan memperbaiki kelemahan tanpa menggadai prinsip perjuangan.

    50. Dalam perjuangan ini, UMNO tidak boleh bersendirian. Ajaklah, serulah, panggillah, pujuklah seluruh umat Melayu untuk bersama kita. Raih setiap sokongan dan keyakinan seluruh persatuan Melayu, gabungan Melayu, badan-badan ekonomi, sosial, pendidikan, agama, belia, budaya untuk bersama kita di bawah panji UMNO dalam mempertahankan survival umat Melayu. UMNO melihat seluruh organisasi Melayu sebagai pejuang. Mereka ada sumbangan dan peranan yang besar. Ajaklah penyokong pembangkang yang sudah hilang kepercayaan kepada perjuangan parti mereka yang sia-sia untuk bersama-sama kita. Demi kelangsungan umat Melayu, marilah kita bersatu. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Ali Imran Ayat 103:

    Yang bermaksud:

    Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya.

    51. Gendang perang sudah dipalu. Langkah pendekar sudah disusun. Bangunlah! Berjuanglah! Pergilah ke seluruh 222 Parlimen, 576 Dewan Undangan Negeri dan 7470 Pusat Daerah Mengundi. Jangan ada yang tertinggal, tersisih dan tercicir. Jangan ada satu pun yang terlupa. Raih setiap undi di setiap kawasan. Ingat, walaupun satu undi ia akan menentukan kemenangan kita.

    52. Beri tumpuan kepada masalah rakyat. Rasai denyut nadi mereka. Dengar rintihan dan keluhan mereka. Bantulah mereka. Kita adalah mata, telinga dan suara rakyat. Paling utama, kita mesti bertanggungjawab. Lunaskan tanggungjawab moral kita sebagai pejuang UMNO dengan membantu rakyat.

    53. Membujur lalu melintang patah, jangan hanya dilaungkan tapi buktikan kita tidak rela membiarkan pembangkang terus menghina perjuangan parti kita. Kita tidak akan berganjak walau seinci daripada memastikan rakyat tidak diperdaya dan diperalatkan.

    Patah sayap bertongkat paruh,
    Patah paruh bertongkat siku,
    Patah siku bertongkat dagu,
    Patah dagu bertongkat kuku.

    54. Medan perang di hadapan kita. Kita tiada banyak pilihan. Maralah ke hadapan dengan semangat kental Tariq bin Ziyad, panglima muda yang menakluki Andalusia. Ketika menyeberangi Selat Gibraltar dengan bilangan tentera yang kecil, Tariq berkata kepada tenteranya:

    “Dengarlah semua! Ke mana kamu semua dapat lari? Lihat apa yang menanti kamu. Lautan di belakang dan musuh di hadapan. Pada diri kamu semua hanya tinggal keikhlasan dan kesabaran ... Musuh di hadapan sedang menanti dengan pasukan tentera dan peralatan yang lengkap ... Ingat, perlindungan daripada pihak musuh hanyalah pedang-pedang di tangan kamu. Sekiranya pasukan kita lambat mencapai kemenangan, peluang keemasan untuk terus hidup akan hilang. Ketakutan yang melanda pihak musuh berganti menjadi berani untuk menentang pihak kita. Oleh itu, berjuanglah bersungguh-sungguh bagi mempertahankan nyawa kamu”.

    55. Ayuhlah srikandi UMNO! Ayuhlah hulubalang UMNO! Ayuhlah permata UMNO! Rapatkan saf perjuangan parti! Berdiri teguhlah di belakang YAB Presiden parti. Bangkitlah pertahankan kelangsungan umat Melayu! Bangunlah menjulang panji perjuangan! Maralah tewaskan musuhmu di hadapan. Pastikan kemenangan milik kita!

    Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya merasmikan Persidangan Serentak Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2011.

    Tan Sri Mahyuddin Bin Mohd Yassin
    Timbalan Presiden UMNO
    29/11/2011 @ 9.30pm
    PWTC

    Ahad, 27 November 2011

    NFC RAKYAT TUNTUT CERITA SEBENAR ; SALAH BETUL RAKYAT PUTUSKAN

    Pada  pandangan MPG siapa dan apa tujuan kontrovesi NFC di lakukan bukanlah persoalan pokok, yang amat penting ialah rakyat ingin mengetahui bagaimana peruntukan kerajaan sejumlah 250 juta itu mencapai matlamat dan tujuan kementerian pertanian dan industri asas tani.Sebelum ini MPG ada membuat posting berkaitan NFC, menurut firasat MPG isu NFC menyebabkan kerusi Lembah pantai kekal di tangan PKR. Walaubagaimanapun adalah tidak adil bagi MPG untuk tidak menyiarkan artikel yang berkaitan NFC yang perlu juga di baca oleh pengunjung blog ini dan membuat pertimbangan sendiri,

    NFC:kontroversi berpunca dari DAP part 1

    Kontroversi NFC berpunca dari DAP part II