Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi,Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan gagal memberi jawapan kepada pertanyaan "Geng" Sendiri pada persidangan Dewan Undangan Negeri. Azami Mohd Nor (PAS-Kadok) mengutarakan soalan berkenaan berapa jumlah projek dan nilainya yang telah di laksanakan oleh Kerajaan Kelantan dari 1990 hingga 2009.
Husam menjawab dia memerlukan masa satu hari satu malam untuk menjawabnya kerana terlalu banyak pembangunan telah dibuat, fuyoooo banyak nya projek pembangunan, tapi yang peliknya dia cuma cerita pasal projek Masjid cina di Rantau Panjang. Tak tahulah aku kalau memang nama masjid nie Masjid Cina atau betul-betul bina masjid untuk orang cina (tokong lah tu).Tanya lah Husam sendiri.
Kalau Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi,Kewangan dan Kebajikan Negeri sendiri tak boleh jawab, memang sahlah tak de pembangunan pun di Kelantan yang di buat oleh kerajaan negeri. Inilah bahananya gara-gara berpolitik tak habis-habis.
Masa berceramah kat luar kelantan bukan main lagi berkokok kononnya pembangunan rakyat tu tanggungjawab kerajaan, mendabik dada kononnya kalau PAS perintah PAS boleh buat pembangunan lebih baik dan bersih dari kerajaan Barisan Nasional.
Kalau macam nie lah cara perintah dan tadbir negeri, aku yakin satu hari nanti generasi baru kelantan pasti akan buta huruf semuannya, macamana nak majukan rakyat kalau pembangunan untuk rakyat tidak di buat.
Atau duit untuk pembangunan rakyat telah di gunakan untuk membayar kickdiffela RM 4 juta, melabur dalam Kohilal @kohilang, beli kek harijadi pok nik, bayar elaun 13 assistant exco dan lain-lain tanya sendiri husam.
Menteri Besar Kelantan sangat cerdik kerana meletakkan MUSANG dalam reban Ayam.
"Orang dahulu berjuang, pertama hilang, kedua terbilang, tetapi orang sekarang berjuang, pertama cari menang, sudah menang cari wang, dapat wang jatuhkan orang,hidup di awang-awang, akhirnya jatuh terlentang". ~Tan Sri Abdul Aziz Tapa
Selasa, 22 Jun 2010
HUSAM MUSANG " THE CHICKEN RUN" KANTOI
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi,Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan gagal memberi jawapan kepada pertanyaan "Geng" Sendiri pada persidangan Dewan Undangan Negeri. Azami Mohd Nor (PAS-Kadok) mengutarakan soalan berkenaan berapa jumlah projek dan nilainya yang telah di laksanakan oleh Kerajaan Kelantan dari 1990 hingga 2009.
Husam menjawab dia memerlukan masa satu hari satu malam untuk menjawabnya kerana terlalu banyak pembangunan telah dibuat, fuyoooo banyak nya projek pembangunan, tapi yang peliknya dia cuma cerita pasal projek Masjid cina di Rantau Panjang. Tak tahulah aku kalau memang nama masjid nie Masjid Cina atau betul-betul bina masjid untuk orang cina (tokong lah tu).Tanya lah Husam sendiri.
Kalau Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi,Kewangan dan Kebajikan Negeri sendiri tak boleh jawab, memang sahlah tak de pembangunan pun di Kelantan yang di buat oleh kerajaan negeri. Inilah bahananya gara-gara berpolitik tak habis-habis.
Masa berceramah kat luar kelantan bukan main lagi berkokok kononnya pembangunan rakyat tu tanggungjawab kerajaan, mendabik dada kononnya kalau PAS perintah PAS boleh buat pembangunan lebih baik dan bersih dari kerajaan Barisan Nasional.
Kalau macam nie lah cara perintah dan tadbir negeri, aku yakin satu hari nanti generasi baru kelantan pasti akan buta huruf semuannya, macamana nak majukan rakyat kalau pembangunan untuk rakyat tidak di buat.
Atau duit untuk pembangunan rakyat telah di gunakan untuk membayar kickdiffela RM 4 juta, melabur dalam Kohilal @kohilang, beli kek harijadi pok nik, bayar elaun 13 assistant exco dan lain-lain tanya sendiri husam.
Menteri Besar Kelantan sangat cerdik kerana meletakkan MUSANG dalam reban Ayam.
Ahad, 20 Jun 2010
GEMPAR !!!!! KAYVEAS KATA DIA SINGA, MURUGIAH MUSANG
Sabtu, 19 Jun 2010
KHAIRY DI CABAR SAMAN ANWAR AL-JUBURI
INI ADALAH PETIKAN UCAPAN KHAIRY MENGAYAT RAKYAT DENGAN CABARANNYA.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mencabar penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bukti dalam tempoh 48 jam berhubung dakwaan bahawa anggota Parlimen Bebas diberi imbuhan RM2 juta untuk meninggalkan parti itu.
Beliau berkata, sekiranya Anwar gagal mengemukakan bukti berhubung dakwaannya itu sehingga Isnin ini, maka anggota Parlimen Permatang Pauh itu boleh dianggap telah melakukan satu pembohongan besar kepada rakyat.
Bro khairy... pembangkang dah lama berubah, awak masih lagi dengan ideologi lama nak cabar,cabar,cabar tak habis habis cabar sampai tersembur ayer lioq.... awat nak cabar lagi. SAMAN aje lah...saman, tak tahu ke nak saman macamana???. kenapa bingai sangat asyek-asyek cabar...saman lah kurang-kurangnya dapat cover balik amount saman yang al juburi menang dulu,sebab kebodohan dan ke egoan kau tak hadir ke mahkamah dulu.
Pemuda UMNO kalau macam ketuanya nie memang sampai bila tak kan berubah, retorik lebih tak de action.Dari bekas ketua Pemuda yang asik amaran,amaran,amaran dan kau sekarang cabar.cabar,cabar...Tak payah lah nak kata ahli Parlimen Pematang Pauh itu pembohong besar pada rakyat, semua itu rakyat dah tahu, yang rakyat nak tahu apa tindakkan pemuda Melayu mengajar pembohong besar itu...
APA MUSLIHAT KARPAL SINGH JAHANAM
Melihat senario politik sekarang, adalah satu yang agak menghairankan apabila Pengerusi DAP Kebangsaan tetiba mengeluarkan fatwa bahawa Kerusi Parlimen Batu perlu di kosongkan mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa seorang Ahli Parlimen hilang kelayakan jika beliau disabitkan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan dia tidak mendapat pengampunan.
Memang aku anti pembangkang dan berharap Barisan Nasional dapat tambahan kerusi di Parlimen, tetapi aku harus mentafsirkan ke HAIRANan ini sebagai satu MUSLIHAT, sepertimana Allah berfirman:
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang, di luar kalanganmu (kreana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.” (QS. Ali Imran[3]: 118)
Semasa Pilihanraya Kecil di Bukit Gantang, Hulu Selangor dan Sibu, Bangsa apa yang mendapat keuntungan?. Tak mustahil kalau ada lagi pilihanraya di Parlimen Batu sekali lagi kerajaan Barisan Nasional di ”kencingkan” oleh pengundi bangsa pendatang di kawasan tersebut. Bagi aku, kalau kerajaan nak juga melayan juga Kapal sink nie, Barisan Nasional buat selamba je, letak lah calon dari MCA ke, Gerakan ke, atau PPP ke, let’s them survive kat kawasan tu, lepas tu PM DS Najib dan TPM jangan nak memandai guna duit rakyat tabur kat kawasan tu. Kalau BN kalah pun kat situ nothing happen.
Ingatan aku pada Datuk Ahmad Mazlan dan jentera yang lain, tumpukan perhatian kepada PRU 13 lebih baik dan penting dari PRK Batu.
Rabu, 16 Jun 2010
CADANGAN MENGATASI MASALAH KEKURANGAN BARANGAN KAWALAN DI PASARAN -MENTERI KOPERASI DAN HAL EHWAL PENGGUNA KENA BACA.
Selasa, 15 Jun 2010
PM Najib tokoh Umara' yang memperjuangkan Islam
Isnin, 14 Jun 2010
MUKTAMAR PAS KE 56 - MEMBUKA WAJAH SEBENAR PARTI AJARAN SESAT
Jumaat, 11 Jun 2010
PAS TIDAK PERCAYA PADA PAKATAN
SIAPA SEBENARNYA YANG MENGAMALKAN POLITIK SE-SUKU?
Khamis, 10 Jun 2010
KETUA MILITAN PAS MELUDAH KE LANGIT, KENA BATANG HIDUNG SENDIRI
Nak tergelak aku dengar ucapan Ketua militan Dewan Pemuda PAS Pusat nie.
Dia menyeru dan merayu agar negeri–negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat tidak memberi kerjasama kepada kerajaan pusat pimpinan BN dalam isu judi, dan menambah, Negeri–negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat mesti dilihat lebih baik dan mulia berbanding kerajaan Persekutuan. Kerajaan Pakatan Rakyat mestilah memberikan komitmen serupa tidak lagi memperbaharui lesen premis perjudian yang beroperasi dibawah wilayah penguasaan mereka.
Komen aku.
Ucapan sekadar retorik dan memperbodohkan perwakilan yang memang dungu tanpa melihat apa yang sedang berlaku di negeri di bawah pemerintahan PR. Di Selangor terdapat lebih 4, 500 rumah urut, premis judi “haram” dan berlesen. Haram bermaksud ia dilesenkan di bawah kafe siber tetapi dijadikan tempat melakukan pertaruhan. Rumah urut pula berselindung di sebalik lesen pusat kesihatan dan refleksologi tetapi menawarkan kegiatan seks.
Bukankah Pas menganggap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz. Jadi sudah berapa banyak premis judi di Pulau Pinang ditarik balik lesen perniagaan mereka oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
Di Kedah sendiri yang di bawah pemerintahan langsung Pas masih mempunyai premis judi berlesen dan tidak berlesen. Mengapa Pemuda Pas tidak mendesak Ustaz Azizan Razak untuk mengarahkan PBT menarik balik semua lesen premis judi di sana,
Janganlah sekadar nampak kuman di sebarang tetapi bangkai gajah di depan mata buat tak tahu sahaja.
Rabu, 9 Jun 2010
TAHNIAH TOK GHANI DAN TOK ZAINAL - Sekolah Agama Kerajaan Negeri Macamana pula ?.
Kira-kira 8,830 orang guru dan murid di 27 Sekolah Agama Rakyat (SAR) Negeri Johor bakal menikmati pelbagai kemudahan dan bantuan apabila sekolah mereka didaftarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). SAR di Johor mempunyai sebanyak 19 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat dengan 577 guru dan 5,563 pelajar manakala 8 buah Sekolah Rendah Agama Rakyat pula memiliki 208 guru dan 3,227 murid.
Isu ini sudah tertunggak sejak sekian lama, dengan menjadikan SAR ini sebagai SABK maka tenaga pengajar akan menerima elaun, kemudahan dan tangga gaji yang serupa dengan guru-guru di sekolah di bawah kementerian Pelajaran. Dengan perkembangan ini juga secara langsung golongan pelajar akan dapat ditingkatkan lagi kecemerlangan menerusi tenaga pengajar dan infrastruktur serta kemudahan sekolah yang lebih berkualiti dan lengkap. Tenaga pengajarnya pula akan di ambil dari mereka yang berkelayakan setaraf dengan tangga gaji. Di samping itu juga ibu bapa tidak lagi di bebani dengan yuran yang tinggi, bilamana di bawah SAR ibu bapa terpaksa mengeluarkan wang untuk menampung gaji dan elaun tenaga pengajar
Sebagai anak watan Johor yang pernah terlibat dengan sekolah Agama di negeri Johor ini saya amat berterima kasih kepada YB Adun Endau merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman ,yang telah menyambung usaha mereka yang terdahulu untuk membantu sekolah yang 100% muridnya adalah Berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Di kesempatan ini saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Datuk Zainal Abidin, selaku Pengerusi J/kuasa Agama Islam Negeri. Selain dari sekolah- sekolah di bawah kategori SAR dan SABK. Terdapat juga di Negeri Johor ini, Sekolah Agama Kerajaan Johor yang merupakan sekolah pendidikan Islam yang ditadbir terus oleh Kerajaan Johor melalui Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor. Sekolah Agama Kerajaan Johor diwujudkan atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Almarhum Sultan Abu Bakar, masyarakat Islam negeri Johor meraih manfaat yang besar sehinggalah amalan menghantar anak untuk mengikuti pengajian agama sudah menjadi sebahagian daripada budaya orang Johor.Kini, Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor telah diterima oleh masyarakat Islam Johor sebagai satu keperluan walaupun di masa yang sama anak-anak mereka mendapat pendidikan agama menerusi matapelajaran pendidikan Islam yang diajar di Sekolah Rendah dan Menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Justeru itu saya juga mengesa Yang Berhormat Datuk Zainal agar dapat membantu Sekolah Agama Kerajaan Negeri ini mendapat bantuan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, kerana sehingga hari ini lebih 389 buah Sekolah Agama kerajaan Negeri hanya bergantung sumber kewangan daripada Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Negeri untuk menampung kos gaji dan elaun guru serta pembinaan sekolah. Pada masa ini di anggarkan seramai 218,000 orang murid dan 5,000 guru terbabit dengan sistem persekolahan ini. Sebanyak hampir 121 buah Sekolah Agama Negeri yang masih belum mempunyai bangunan sendiri, tindakkan diambil bagi mengatasi masalah kekurangan bangunan sekolah agama yang semakin kritikal dengan guru dan pelajar terpaksa menumpang di bangunan sekolah kebangsaan, masjid dan juga menyewa rumah kedai atau lot bawah rumah pangsa yang di ubahsui sebagai bilik darjah.
Saya khuatir jika tiada campurtangan pusat melalui kementerian Pelajaran suatu hari nanti Sekolah Agama Kerajaan Negeri ini akan terhapus kerana tiada kemampuam kewangan untuk menguruskannya sama seperti nasib yang menimpa Sekolah Agama Rakyat (SAR)
Selasa, 8 Jun 2010
Jemputan Pelancaran Rally 1 Malaysia
Semua Rakyat Malaysia di jemput ke Stadium Bukit Jalil pada 12hb.Jun 2010, sempena pelancaran program "Rally 1 Malaysia" yang di anjurkan oleh Pemuda Barisan Nasional bersama beberapa badan bukan kerajaan (Ngos'). Program ini antara lainnya bertujuan untuk menemui rakyat dan memberi penerangan serta mendapatkan maklumbalas berkenaan polisi kerajaan.
Selain itu juga Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan mengadakan bantahan terhadap tindakkan kejam tentera Israel terhadap sukarelawan yang cuba menghantar bantuan kemanusiaan ke gaza baru-baru ini.
Program sehari itu akan di rasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sabtu, 5 Jun 2010
DIRGHAYU TUANKU
Jumaat, 4 Jun 2010
Gempar - KJ tawar diri sebagai Sukarelawan ke GAZA
Rabu, 2 Jun 2010
Pengambilan Sukarelawan ke Gaza
ZAHID MD.ARIP GANTI KHAIRY JAMALUDDIN
NEGARA BANKRAP ATAU JATUH MISKIN?
Selasa, 1 Jun 2010
JEMPUTAN HANCURKAN ISRAEL
JEMUTAN KEPADA SELURUH UMAT ISLAM BERHAMPIRAN
SATU PROGRAM YASSIN DAN SOLAT HAJAT ANJURAN PERGERAKKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN PASIR GUDANG, BAGI MEMOHON PERTOLONGAN DARI ALLAH S.W.T AGAR KONVOI BANTUAN KEMANUSIAAN KE GAZA DI SELAMATKAN DARI TENTERA ISRAEL.
TARIKH : 1HB.JUN 2010
MASA : LEPAS MAGHRIB
TEMPAT : SURAU AL – KAUTHAR
RUMAH PANGSA SRI ALAM
JALAN TASEK 64.
SRI ALAM, PASIR GUDANG .JOHOR.
Isnin, 31 Mei 2010
Kenyataan Menteri Berkaitan isu penganjuran program syarahan Barry Wain di UM
Isytihar Perang terbuka terhadap Israel
Seluruh dunia di kejutkan dengan tindakkan tentera Israel menyerang konvoi kapal bantuan (NGO) yang membawa bekalan makanan, ubat-ubatan dan keperluan harian untuk penduduk gaza sehingga membunuh 16 orang sukarelawan, adalah tindakan yang melampau dan di luar perikemanusiaan. Amat malang bagi rakyat palestin yang rata-ratanya beragama Islam tidak dapat bantuan kemanusiaan ini.
Dan apa yang paling mendukacitakan adalah tiada tindakkan drastik dan berani dari negara-negara OIC, yang di anggotai oleh seluruh negara Islam seluruh dunia, kenapa jadi begini?. kenapa tentera laut dari OIC tidak boleh mengiringi kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ini?.Apakah OIC sengaja ingin melihat berjuta - juta umat Islam di hapuskan dari muka bumi ini.Atau memang peranan OIC cuma Ooooo I See.
Aku kira sudah sampai masanya seluruh umat Islam bersatu mengerakkan tentera untuk melancarkan serangan terhadap Israel, selama ini kita cuma melancarkan gerakan memboikot barangan dan hubungan diplomatik dengan negara zionis ini, namun sehingga ini tidak memberikan kesan kepadanya. sudah banyak kenyataan mengutuk kekejaman Israel di buat namun tidak ada satu pun tindakkan di lakukan.
Bila umat Islam akan bangkit menentang kazaliman dan kekejaman puak zionis ini.
Al Juburi - PM realiti atau fantasi.
Melihat kepada senario kedudukan PKR hari ini, agak sukar bagi al juburi wal yahudi untuk memenuhi impiannya menjadi Perdana Menteri kerana PKR tidak menjadi majoriti dalam Pakatan Pembangkang. (DAP 28, PKR 27,PAS23).Dalam prinsip asas demokrasi, mana-mana pihak yang memperolehi majoriti maka pihak itulah layak dan berhak mengetuai sesuatu organisasi atau kumpulan. Bagi Negara kita Malaysia pula, parti yang memenangi kerusi secara majoriti berhak mengetuai kerajaan negeri ataupun kerajaan persekutuan,
Walaupun beliau masih di beri peluang sebagai ketua pembangkang, peluang untuk menjadi Perdana Menteri tidaklah semudah itu, kerana semua ketua / presiden parti-parti di dalam pakatan pembangkang juga mengidamkan jawatan itu.
Setelah usaha al juburi pada 16 Sept. gagal hanya ada satu peluang lagi kepadanya untuk menjadi Perdana Menteri iaitu PKR kena jadi majoriti dalam pakatan pembangkang dan pembangkang mesti menang paling kurang 112 kerusi di parlimen pada PRU 13 nanti. Persoalannya mampukah PKR dan al juburi merealiasasikan impian ini, sanggupkah DAP dan PAS membiarkan PKR menjadi dominan dalam pakatan. Jalan pintas mungkin yang ada ialah Al-juburi masuk jadi ahli DAP. Meramal dari keputusan PRK Hulu Selangor dan PRK Sibu, saya membayangkan PRU 13 adalah medan penentuan untuk orang melayu terus berkuasa memerintah melalui Barisan Nasional atau perubahan berlaku apabila Pakatan Pembangkang mengambil alih dengan majoriti kerusi adalah dari parti DAP dari kaum cina dan india. Yang mewakili 40% penduduk Malaysia manakala al juburi akan membawa 20% lagi undi melayu menyokong pembangkang, menjadikan pembangkang menguasai 60% undi rakyat Malaysia. Tapi bagaimanakah kesan keputusan mahkamah terhadap kes liwatnya?. Apakah beliau tetap di terima menjadi Perdana Menteri kalau telah sabit kesalahan?. Rakyat akan tentukan.
Jumaat, 28 Mei 2010
KEMUNGKARAN JUDI : SALAH SIAPA?
Aku menulis sebagai maklumbalas terhadap satu cabaran debat yang di buat oleh Nasaruddin Hassan kepada PERKASA. Menurut malaysiakini, Nasaruddin mencadangkan debat perdana itu dengan tajuk ”Kemungkaran judi bercambah dalam negara : tanggungjawab siapa”.
Pandangan aku,
Cabaran ini menyerlahkan lagi ke BEBALan ketua Dewan Pemuda PAS ini.
Dalil : Tajuk besar macam nie tak kan nak berdebat dengan PERKASA. Cabar lah Pemuda UMNO, ini persoalan system pemerintahan Negara. tak kan tak dapat beza PERKASA dan UMNO.
Tapi tidak apalah, dia dah memang bebal biarkanlah dengan kekebalannya..
Menurut sistem pemerintahan di negara ini, ada tiga badan utama yang menentukan corak dan sistem pentadbiran negara iaitu badan eksekutif, legislatif dan judisial. Ketiga-tiga badan pentadbiran ini mampu memainkan peranan masing-masing berhubung dengan tajuk di beri, walaubagaimanapun saya memilih badan legislatif sebagai jalan penyelesaiannya. Menurut sistem legislatif, tugas mengubal.meminda dan meluluskan sebarang akta dan peraturan adalah di bawah tanggungjawab badan ini. Dan keahlian badan ini adalah dari mereka yang di pilih oleh rakyat di dalam Pilihanraya. Persoalannya?.Apa peranan ahli-ahli PAS yang di pilih mengangotai badan legislatif ini?. Adakah PAS sudah memungkiri janji terhadap rakyat untuk memperjuangkan agama?. Adakah PAS juga memainkan peranan membiakkan lagi kemungkaran judi dalam negara?. Inilah akibatnya ahli PAS di dalam badan legislatif yang terlalu banyak berpolitik hingga meninggalkan perjuangannya.
Kemungkaran judi bercambah kerana kegagalan Ahli Parlimen dan ADUN PAS memainkan peranan sebagai check and balance dalam badan perundangan negara atau negeri. Demi kuasa politik dan cita-cita menguasai Puterajaya segalanya di biarkan termasuklah penghinaan dan pencabulan terhadap Agama Islam.
Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah mengeluarkan fatwa bahawa judi itu HALAL. Apa yang dilakukan adalah untuk membenteras kegiatan judi haram yang tidak mendatangkan keuntungan kepada negara. Anda perlu faham makna menghalalkan dan melesenkan. Dengan adanya lesen maka kerajaan berhak untuk mengutip cukai sebagai pendapatan. Tanpa lesen kerajaan tidak boleh mengutip cukai. Bila kita tidak melesenkan premis-premis judi ini maka kita sebenarnya menggalakkan lagi pencabahan judi, bilamana orang akan membuka pusat judi sesuka hati dia. Dengan adanya sistem perlesenan sekurang-kurangnya percambahan pusat judi ini boleh dikawal. contohnya hanya satu premis judi di satu kawasan Majlis Perbandaran. soal hukum Judi tetap HARAM. tetapi sekurang-kurangnya kerajaan berjaya mengawal PERCAMBAHAN PUSAT JUDI DALAM NEGARA. Apa pula peranan PAS dalam hal ini. Membiarkan pusat judi di buka seseka hati macam kat negeri yang perintah oleh Pakatan Pembangkang?.
Fikir-fikirkanlah.
Khamis, 27 Mei 2010
DI MANA KITA, SEBAGAI ANAK BANGSA DI BUMI BERTUAH INI
Rabu, 26 Mei 2010
USUL PERCUMA UNTUK MUKHTAMAR PAS PADA 9 JUN
Aku bukan nak campurtangan dalam urusan dalaman mahupun luaran parti HamPAS kau orang, Jauh sekali menawarkan diri untuk kerusi Mudalilul Am PAS. Jadi tak payahlah nak maki hamun aku lepas baca nie.
Sempena mukhtamar yang akan berlangsung mulai 9 Jun ini, sebagai orang Islam, sukalah aku nak bagi usul kat kau orang yang jadi perwakilan cabang / ranting PAS untuk di usul dan BAHASKAN demi maslahah ummah.
Usul 1 : Gugurkan Perkataan Islam dalam nama Parti Islam Semalaysia, gantikan PARTI AGAMA SEMALAYSIA
Hujah : PAS sekarang telah meninggalkan perjuangan menegakkan syiar Islam, malah sanggup melacurkan agama untuk kepentingan politik.
Usul 2 : Lantik/Pilih bukan Islam dalam Dewan Ulama,Majlis syura, Dewan Pemuda dan Dewan muslimat PAS.
Hujah : PAS sudah libral dan boleh terima semua orang bukan muslim sebagai ahli.
Usul 3 : Isytiharkan Kalimah Allah untuk semua.
Hujah : Tok Guru mu @ Mudalilul AM dah bagi kebenaran.
Usul 4 : Masukkan dalam Perlembagaan Parti, tujuan penubuhan PAS adalah untuk menubuhkan kerajaan Islam ala PAS.
Hujah : Memang kerajaan sekarang ini kerajaan Islam sejak mula merdeka, Tapi tidak ikut cara PAS atau ala PAS.
Usul 5 : Tarik balik Fatwa Hj.Hadi yang menfatwakan undi BN kafir kerana BN berkerjasama dengan orang kafir @ bukan islam.
Hujah : Kau orang pandai-pandai lah berhujah.
Usul 6 : Halalkan darah orang Islam yang menentang PAS.
Hujah : Nik Najis @ Mudalilul AM dah keluarkan Fatwa tentang perkara ini pada PRK Manek Urai.
Usul 7 : PAS for ALL
Hujan : Pas semua boleh, Mudalilul Am boleh tentukan sapa boleh masuk syurga, sapa boleh masuk neraka, PAS boleh berkompromi dengan elly meLANJANg, Khalid Paderi, Ronnie gangster, Hassan take beer. Dan sekutu dengannya.
Usul 8 : Keluar PAS ramai-ramai.Hujah : PAS dah tak relevan kerana gagal mengusul dan membahaskan 7 usul di atas.
Langgan:
Catatan (Atom)
