Selasa, 15 Jun 2010

PM Najib tokoh Umara' yang memperjuangkan Islam

Pengumuman PM DS Najib, untuk menyemak dan membuat sesuatu kepada elaun guru KAFA (Kelas al-Quran dan Fardu Ain ) dan Penyelia KAFA amat di hargai. Sesuai dengan perlembagaan Negara yang meletakkan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan maka tidak perlu ada yang mempertikaikan usaha dan niat PM ini. Yang jelas dan pasti ialah jika elaun guru KAFA ini di naikkan yang mendapat manafaatnya tentulah guru-guru kafa yang di beritakan seramai sekitar 34,000 orang di seluruh Malaysia. Dan sudah pastinya mereka itu terdiri dari orang-orang melayu yang beragama Islam yang mengajar anak-anak bangsa tentang al Quran dan Fardu Ain. Ini harus di lihat sebagai satu usaha kerajaan Barisan Nasional dalam memperkasakan institusi Islam. selama ini parti pembangkang terutama PAS selalu melaungkan slogan perjuangan Islam tetapi ternyata tidak mampu untuk memperjuangkan nasib guru agama ini. Justeru itu tidak kertelaluan di katakana bahawa UMNO dan Barisan Nasional lah yang sebenarnya membina dan memperkasakan agama Islam di Negara ini. Jika di lihat dari jumlah elaun yang di perolehi oleh guru-guru KAFA ini,maka benarlah bahawa guru-guru ini merupakan golongan miskin tegar, kerana elaun yang di terima adalah di bawah paras kemiskinan kebangsaan, Dan dari jumlah elaun itu juga menyebabkan terlalu kurang guru KAFA dari kalangan kaum lelaki yang memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Bayangkan dengan hanya RM 500 bagaimana untuk menjadi ketua keluarga?. Di negeri Johor, ada guru KAFA di minta bertugas di sekolah agama terutama di sekolah agama kerajaan negeri bagi mengatasi masalah kekurangan guru agama, bagi keadaan seperti ini, Saya percaya walaupun ianya hanya sekadar elaun, namun dari segi tanggungjawab dan komitmen terhadap pekerjaan tetap sama dengan guru-guru lain Cuma beza mungkin waktu pengajaran dan pembelajaran yang pendek, pun begitu guru-guru kafa ini tidak lah boleh untuk pulang awal atau datang lewat untuk ke sekolah mereka masih juga perlu untuk membuat tugas-tugas sampingan lain sepertimana guru agama biasa, jadi memang tepat dan wajarlah kerajaan menyemak dan membuat sesuatu terhadap guru-guru KAFA ini. Saya juga menyokong Cuepacs (Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam) dalam menggesa kerajaan Malaysia untuk menyerap lebih 30,000 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) ke jawatan tetap untuk menjamin masa depan dan kerjaya yang lebih baik kepada guru guru terbabit.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ya!!!!!!! Ke!!!!!!!!!!