"Orang dahulu berjuang, pertama hilang, kedua terbilang, tetapi orang sekarang berjuang, pertama cari menang, sudah menang cari wang, dapat wang jatuhkan orang,hidup di awang-awang, akhirnya jatuh terlentang". ~Tan Sri Abdul Aziz Tapa
Memaparkan catatan dengan label Minda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Minda. Papar semua catatan
Khamis, 27 Mei 2010
DI MANA KITA, SEBAGAI ANAK BANGSA DI BUMI BERTUAH INI
Rabu, 19 Mei 2010
Gula Kurang - Mak Jah ikat perut, Ah Cong Sendawa
Masalah kekurangan gula telah berlanjutan sejak bulan April 2006 hingga sekarang, Masalah ini telah menimbulkan pelbagai kesulitan kepada pengguna dan yang lebih serius lagi menyebabkan operasi pelbagai industri khasnya perusahaan makanan dan minuman terganggu. Kesannya amat ketara ke atas pengusaha restoran dan penjaja kecil yang tidak dapat mata pencarian mereka kerana kekurangan gula ini. Siapa penjaja kecil yang hidup dengan rezeki dari jualan kuih?. Orang melayu atau bangsa lain?
Pihak KPDHEP telah membuat pelbagai kenyataan rasmi mengatakan bahawa masalah kekurangan gula adalah terkawal. Malah menyebut bahawa satu punca kekurangan bekalan gula di seluruh negara dikenalpasti disebabkan sektor perindustrian membeli gula di pasaran tempatan.Sektor perindustrian yang mengkhusus dalam pembuatan makanan termasuk yang beroperasi di negara asing memilih untuk membeli gula di pasaran tempatan disebabkan harga yang murah berbanding harga gula di pasaran terbuka.
Pengedar-pengedar mengatakan bahawa terdapat pengilang gula yang tidak menghantar bekalan. Walaupun masih ada pengilang yang menghantar bekalan secara biasa namun bekalan adalah berdasarkan kuota bulanan yang ditetapkan mengikut pesanan mereka yang terdahulu. Ini menimbulkan keadaan bekalan yang tidak mencukupi untuk menampung permintaan.
Keadaan ini merumitkan lagi dengan berita pihak tertentu menyorok bekalan gula ini untuk memaksa harga gula naik. Sekiranya benar, pihak Kerajaan tidak harus melayan desakan menaikkan harga gula yang hanya menguntungkan pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab dan membebankan rakyat jelata.
Pihak Kementerian perlu menyiasat samada pihak pengilang gula telah secara sengaja menurunkan pengeluaran mereka untuk menimbulkan satu keadaan ketidakseimbangan pasaran di mana permintaan melebihi penawaran dan memaksa kerajaan bersetuju dengan kehendak mereka untuk menaikkan harga gula.
Pihak Kementerian juga perlu segera menyelesaikan masalah kekurangan bekalan gula yang di sebabkan oleh masalah logistik dan pengedaran dan mengambil tindakan untuk mengatasi segala pemasalahan ini.
Persoalan kepada masalah kekurangan Gula ialah
Siapa dalang kepada masalah ini?
Tauke Kilang gula bangsa apa?
Tauke Gudang Penyimpan bangsa apa?
Tauke Lori Gula bangsa apa?
Tauke supermarket / kedai runcit bangsa apa?
.
.
.
.
.
.
Mereka yang hidup melarat mengharapkan hasil jualan kuih muih bangsa apa?
Pihak KPDHEP telah membuat pelbagai kenyataan rasmi mengatakan bahawa masalah kekurangan gula adalah terkawal. Malah menyebut bahawa satu punca kekurangan bekalan gula di seluruh negara dikenalpasti disebabkan sektor perindustrian membeli gula di pasaran tempatan.Sektor perindustrian yang mengkhusus dalam pembuatan makanan termasuk yang beroperasi di negara asing memilih untuk membeli gula di pasaran tempatan disebabkan harga yang murah berbanding harga gula di pasaran terbuka.
Pengedar-pengedar mengatakan bahawa terdapat pengilang gula yang tidak menghantar bekalan. Walaupun masih ada pengilang yang menghantar bekalan secara biasa namun bekalan adalah berdasarkan kuota bulanan yang ditetapkan mengikut pesanan mereka yang terdahulu. Ini menimbulkan keadaan bekalan yang tidak mencukupi untuk menampung permintaan.
Keadaan ini merumitkan lagi dengan berita pihak tertentu menyorok bekalan gula ini untuk memaksa harga gula naik. Sekiranya benar, pihak Kerajaan tidak harus melayan desakan menaikkan harga gula yang hanya menguntungkan pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab dan membebankan rakyat jelata.
Pihak Kementerian perlu menyiasat samada pihak pengilang gula telah secara sengaja menurunkan pengeluaran mereka untuk menimbulkan satu keadaan ketidakseimbangan pasaran di mana permintaan melebihi penawaran dan memaksa kerajaan bersetuju dengan kehendak mereka untuk menaikkan harga gula.
Pihak Kementerian juga perlu segera menyelesaikan masalah kekurangan bekalan gula yang di sebabkan oleh masalah logistik dan pengedaran dan mengambil tindakan untuk mengatasi segala pemasalahan ini.
Persoalan kepada masalah kekurangan Gula ialah
Siapa dalang kepada masalah ini?
Tauke Kilang gula bangsa apa?
Tauke Gudang Penyimpan bangsa apa?
Tauke Lori Gula bangsa apa?
Tauke supermarket / kedai runcit bangsa apa?
.
.
.
.
.
.
Mereka yang hidup melarat mengharapkan hasil jualan kuih muih bangsa apa?
Ahad, 16 Mei 2010
Apa Lagi Mereka Minta (Part 2)
Setelah lebih 24 jam artikel aku bertajuk "apa lagi mereka minta Part 1" di tulis, aku masih lagi tidak dapat memadamkan perasaan marah, kecewa, sakit hati, dan pelbagai perasaan bercampur baur memikirkan apakah mereka ini semua mahu daripada kita Melayu Islam di negara ini.Selpas solat subuh aku mengadap laptop lagi dam membaca tulisan Ustaz Mohd.Darus Senawi Ali dari Jabatan Mufti Negeri pulau Pinang yang aku linkkan di sini
http://mufti.penang.gov.my/artikel_3.htm"
Jelas menunjukkan bahawa perbuatan VJM mendesak MAIWP menerimanya sebagai Peguam Syarie adalah salah satu daripada 24 resolusi protokol Yahudi.
Intipati resolusi ini lebih kepada perancangan Zionis untuk menakluk dunia dari pelbagai sudut.Di Malaysia ini semua perkara telah di kuasai oleh pemikiran dan tindakan Yahudi dengan menggunakan kaedah "Matlamat menghalalkan cara", cuma satu yang belum mereka kuasai secara terang ialah institusi Islam dan Raja-Raja, justeru itu memohon menjadi peguam syarie oleh orang bukan muslim adalah satu cubaan untuk menguasai institusi perundangan islam bagi memudahkan Yahudi ini menguasai Malaysia.Orang-orang Yahudi mempercayai bahawa mereka adalah tuan kepada dunia ini dan mereka tidak pernah percaya kepada orang lain. Kalau boleh mereka menghapuskan semua agama, terutama Islam dan seterusnya menjadikan orang lain hamba mereka.
Sabtu, 15 Mei 2010
APA LAGI MEREKA MINTA (Part 1)
TINDAKKAN TAK CERDIK OLEH AWANG ADEK
Kecewa,dukacita dan marah apabila mendengar berita Kerajaan pimpinan DS Najib telah meluluskan lesen judi sukan.Satu keputusan yg amat tidak bijak yg pasti akan menimbulkan perasaan dan sentimen lebih kurang sama seperti yg saya rasai,mungkin lebih,dikalangan orang Islam,khususnya orang Melayu.Mungkin ada juga sebahagian daripada mereka yg bukan beragama Islam menentang keputusan itu.Penentangan itu bukan atas dasar agama tetapi ianya dilihat dari sudut keburukan dan masalah yg akan timbul ekoran dari permainan judi akan meningkatlah penyakit sosial yg berkaitan dengan nya. Persoalanya,dimanakah para penasihat Agama dan para ulama dalam Umno dan kerajaan sehingga membenarkan keputusan yg dilaknati Allah ini dibuat oleh PM.Tidak mungkin mereka tidak sedar bahawa mereka juga akan menerima bahagian dan saham dari keputusan itu.
Melesenkan judi secara undang-undangnya memberi tahu kita bahawa kerajaan membenarkan atau menggalakkan Perjudian, jika begini mengapa perlu pula kerajaan mengadakan penguatkuasaan. Pelik sungguh suruh buat lepas tu cari pasal tangkap pulak. Kerajaan tidak berintegriti. Satu yang menteri-menteri kerajaan tidak dapat melihat ialah bagaimana membentuk masyarakat Malaysia. Kalau asas kerana masyarakat bukan islam memerlukan segala perkara yang haram kepada orang islam di negara ini maka kita perlu laksanakan demi sebuah negara yang berbilang kaum dan kebebasan agama. Maka saya berpendapat identiti negara melayu islam itu memang tersasar jauh, saya berpendapat ramai orang bukan islam sebenarnya ingin hidup di dalam sebuah negara islam yang tulen. Mereka akan merasa bangga kerana walaupun mereka berbangsa Cina atau India tetapi mereka betul-betul berbeza dengan Cina dan India dari mainland mereka. Mereka adalah Cina dan India yang di bentuk dari sebuah negara Melayu Islam. Kerajaan seharusnya mengambil prinsip bahawa “kalau nak suruh orang itu masuk Islam tidak perlulah ubah rukun Islam.”
Kelihatannya kerajaan sekarang ini terlalu liberal dalam soal dasar atau asas kewujudan negara bangsa yang berteraskan melayu islam sebagai identitinya.Apa akan jadi jika selepas ini kalau semua menteri-menteri melayu Islam kita berfikir macam awang adek
1. Lesenkan pelacuran bagi mendapatkan lebih pendapatan negara .Sebab tak bagi lesen pun rumah pelacuran atas nama rumuh urut bersepah-sepah. Penguatkuasaan tidak perlu di jalankan sebab dah halal.Awang adek jadi taukeh.
2. Hidangkan arak-arak dalam majlis - majlis kerana ada tetamu bukan Islam. Walaupun kita sendiri tak pasti adakah tetamu bukan islam itu akan minum.
3. Pihak berkuasa boleh saman masjid-masjid dan surau-surau yang melaungkan azan kerana pencemaran bunyi dan menggangu ketenteraman awam kerana ada komplen dari orang awam.
Kalau beginilah cara pemikiran kerajaan UMNO / BN sekarang ini, maka inilah baru betul kerajaan yang di namakan demi kuasa sanggup menghalalkan cara.
Isnin, 3 Mei 2010
PERKASA - yang memperkasakan bangsa - Part 1
Rabu, 28 April 2010
PERINGATAN DARI HULU SELANGOR
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pilihanraya Kecil Hulu Selangor sudah pun tamat dan keputusannya pun telah kita ketahui dengan Pihak kerajaan iaitu Barisan Nasional telah berjaya merampas kerusi Parlimen tersebut dengan majoriti 1725 undi. Alhamdulilah ini adalah Qadha dan qadar dari Allah s.w.t setelah semua pihak berusaha untuk memenangkan pihak atau Parti masing-masing.
Keputusan pilihanraya itu seharusnya membuka mata umat Melayu Islam di negara ini tentang betapa pentingnya kita bersatu padu jika kita betul-betul sayangkan Agama,Bangsa dan Tanahair. Lupakan soal politik keterlaluan yang menimbulkan dendam dan kebencian antara kita sebaliknya bersatulah mempertahankan kedaulatan Melayu sebagai umara'negara ini. Janganlah kita terlalu gila dan mabukkan kuasa hingga sanggup berkrompomi dengan pihak yang ingin menjatuhkan kerajaan Melayu Islam negara Malaysia.Kesannya amat buruk sepertimana telah berlaku kepada negara di Selatan Tanahair kita bilamana Umat Melayu di Sana tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya sebagai kaum peribumi.Perkara itu tidak mustahil berlaku kepada negara kita kerana tiada perpaduan antara Melayu.
Lihatlah dan bukalah mata bagaimana kebanyakkan pengundi kaum cina di Hulu Selangor (menurut Presiden MCA kira-kira 70% atau lebih) tidak memberikan sokongan atau undi kepada BN.Walaupun permintaan kaum tersebut telah di janjikan oleh Datuk seri Najib untuk di tunaikan namun mereka masih lagi mempunyai "agenda lebih besar" lagi bukan setakat meminta apa yang di janjikan tetapi mungkin juga meminta sebuah negara untuk mereka kuasai dan perintah sendiri.Mereka mahu menjatuhkan kerajaan sedia ada di bawah pimpinan BN yang di terajui oleh orang melayu ini. Walhal mereka juga cukup akui bahawa kerajaan sekarang ini telah memberikan keuntungan kepada mereka. Buktinya mereka menguasai lebih 70% ekonomi negara.Justeru itu tidak salah kalau saya mengandaikan bahawa kaum cina ini sebenarnya bukan sahaja menguasai ekonomi malah mahu juga merampas negara ini dari tangan orang Melayu. Gerakan mereka bertambah senang bila orang-orang melayu terlalu taksub berpolitik, dan mereka begitu yakin bila orang melayu gagal bersatu,cita-cita mereka untuk merampas negara ini akan menjadi mudah.
Dalam hal tersebut parti-parti cina yang menyokong kerajaan pun akan berpaling tadah, buktinya di Pilihanraya Kecil Hulu Selangor yang lepas,saya tidak percaya ahli MCA dan Gerakan di Kampung Baru Batang Kali hanya 58 orang iaitu bilangan undi yang di perolehi oleh BN manakala PKR mendapat 202 undi.Di kampung baru Rasa pula BN hanya mendapat 49 undi berbanding PKR 319,adakah ahli MCA dan Gerakan di Kampung baru Rasa hanya 49 orang?.Di Peti undi Kampung Baru Cina Kuala Kubu pula BN hanya mendapat 206 undi manakala PKR mendapat 666.Jadi tidak keterlaluan kalau saya mengandaikan bahawa Ahli-ahli MCA dan Gerakan di kesemua Peti undi yang di nyatakan mengundi pembangkang.Mereka adalah pembelot.
Saya berpendapat kerajaan BN harus berani melakukan pembedahan membuang anggota yang rosak seperti pengidap penyakit kencing manis yang memotong anggota badan yang terkena jangkitan sepaya anggota badan lain tidak berjangkit.Kerajaan BN kena tukar strategi dengan memastikan segala peruntukan dan bantuan di berikan kepada peti undi-peti undi cina yang menyokong BN sahaja, kepada kawasan peti undi yang menyokong pembangkang biarkan mereka meminta dari pembangkang kerana mereka telah memberi undi kepada pembangkang. Atau kerajaan harus menetapkan pendirian bahawa kawasan majoriti orang melayu mesti di letakkan calon melayu, dengan ini MCA dan Gerakan akan hanya berpeluang bertanding di kawasan cina yang di kuasai pembangkang cina atau kawasan majoriti pengundi cina. mungkin baru mereka akan bekerja bermati-matian untuk survive.
Akhir kalam saya menyeru seluruh umat melayu untuk bersatu mempertahankan kerajaan sedia ada demi kesinambungan pemerintahan kesultanan melayu di bumi bertuah ini. Ini bukan penulisan bersifat perkauman tapi sekadar memberi ingatan kepada Umat Melayu di Malaysia ini tentang pepatah lama melayu yang berbunyi, "buat baik berpada-pada ,buat jahat jangan sekali".jangan sampai kera di hutan di susukan anak di pangkuan mati kelaparan. renung-renungkanlah......
Selasa, 13 April 2010
NIK AZIZ - MUSYIDUL AM ATAU MUDALILUL AM
Sabtu, 3 April 2010
1 MALAYSIA YANG SEBENAR
Jumaat, 2 April 2010
BILA PEKERJA TIDAK BEKARJA ATAU TAKUT BEKERJA UNTUK MAJIKAN.
Assalamualaikum w.bkth.
Pelik bunyi tajuk itu, apa pun saya serahkan kepada pembaca semua membuat andaian dan tafsiran terhadap maksud artikel ini.
Jika keadaan dia atas di lihat dalam konteks kerja dan pekerjaan maka sudah tentulah kita akan merujuk kepada peruntukan dan Akta Kerja 1955 (akta 265) dalam Bahagian II Kontrak Perkhidmatan, kepada perkara 12 atau 13 atau 14 atau 15 yang mana akhirnya salah satu pihak akan meninggalkan pihak yang satu lagi. Maka dengan itu selesailah masalah di atas dan tidak perlulah saya menulis tentang tajuk tersebut.
Persoalan daripada tajuk di atas ialah apa tindakan majikan jika pekerja tidak mahu bekerja atau takut bekerja untuk majikan? Kalau saya majikan sudah tentulah saya akan menggunakan segala saluran yang ada untuk mengeluarkan atau menyingkirkan mana-mana pekerja yang tidak boleh memberi sumbangan kepada saya selaku majikan, dan saya percaya bahawa tuan-tuan juga akan berbuat begitu. Ayuh mari kita lihat dalam kontek kakitangan kerajaan pula, kerajaan hari ini yang di perintah oleh kerajaan Barisan Nasional kita anggap sebagai majikan dan kakitangan kerajaan sudah pastinya sebagai pekerja kerajaan atau penjawat awam. Cuba tuan-tuan renungkan dan lihatlah di persekitaran tuan-tuan ada atau tidak sebahagian dari kakitangan kerajaan atau penjawat awam ini yang tidak bekerja atau takut bekerja untuk Kerajaan?. Jika ada sudah pastilah kerajaan tertipu dan di tipu oleh pekerjanya sendiri bilamana setiap bulan mendapat gaji dari kerajaan tetapi kerja tidak di jalankan, tanggungjawab menjaga majikan@kerajaan tidak di laksanakan. Jadi beruntunglah bermajikankan kerajaan Barisan Nasional ini kerana kerja tak jalan pun gaji tetap dapat. Mangsanya adalah tetap kepada rakyat yang tidak berpuashati terhadap perkhidmatan kakitangan tersebut.
Tapi, apa pula tindakan kerajaan sebagai majikan terhadap pekerja atau kakitangannya yang bukan sahaja tidak bekerja atau takut bekerja untuk kerajaan sebagai majikan malah lebih buruk lagi bilamana ada sebahagian daripada kakitangan yang secara terang-terangan MENENTANG KERAJAAN dengan bersekongkol dengan pihak-pihak yang memang di ketahui mempunyai niat dan hasrat untuk menjatuhkan kerajaan. Ada juga jabatan-jabatan kerajaan yang takut untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mempertahankan kerajaan kerana menghormati desakan pembangkang. Amat malang sekali kerajaan Malaysia hari ini bila orang-orangnya sendiri cuba menjahanamkan dan menjatuhkan kerajaan. Kenapa Pengarah-Pengarah Jabatan atau Kementerian tidak mahu mengambil tindakkan terhadap kakitanganya yang menentang kerajaan, adakah kerana Pengarah-Pengarah Jabatan atau kerajaan ini juga sama menentang kerajaan?. Dalam Hal ini saya teringat apa yang Tun Mahathir jawab bila wartawan bertanya soalan terhadap sikap sebahagian kakitangan kerajaan yang menentang kerajaan, Tun Kata ” tarik balik kemudahan yang di berikan kepadanya, baru dia tahu menghargai kemudahan itu”. Satu jawapan yang sangat tepat dan sesuai untuk mereka yang mengkhianati amanah dan tanggungjawab sebagai kakitangan kerajaan. Mempertahankan majikan atau Kerajaan adalah wajib bagi kakitangan majikan atau kerajaan itu.
Lantas apa sumbangan kita untuk membantu kerajaan dalam menangani permasalahan ini?.
1. Kenalpasti individu terbabit dan TARBIAHkan dia. "Hai orang-orang yang beriman, taatlah kamu sekalian kepada Allah dan taatlah kamu sekalian kepada Rasul dan kepada orang-orang yang berkuasa di antara kamu. Maka jikalau kamu berbantahan dalam satu perkara, hendaklah kamu sekalian mengembalikannya kepada Allah dan Rasul, jika kamu sekalian beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu, sebaik-baik dan sebagus-bagus keputusan." (an-Nisa' : 59)
2. Ingatkan dia duit gaji dia untuk membeli makan minum anak bini tu, datang dari kerajaan sebagai majikannya.
3. Lapurkan aktivitinya kepada ketua Jabatan atau Kementerian.
4. Cabar dia letak jawatan dan kerja dengan pembangkang.
5. Buat apa sahaja lah asalkan kita mengingatkan dia seperti kehendak al-quran surah Al-asr ”Demi masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebanaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran”.
Jumaat, 26 Mac 2010
UTUSAN MALAYSIA - UTUSAN UNTUK BANGSA
Akhir-akhir ini begitu banyak tekanan, hentakkan, asakkan, hempasan, himpitan dan segala macam serangan yang di lakukan secara terang-terangan (dulu pun dah ada tapi tak nampak sangat) terhadap akhbar Utusan Malaysia oleh Puak –puak pembangkang yang terlalu teruja dan taksub untuk mendiami @ menguasai Puterajaya.
Apa yang mereka begitu ”Jaki” sangat terhadap Utusan Malaysia ini?.
Jawapannya cukup mudah.
1. UM melapurkan perkara-perkara yang benar-benar berlaku dan bertanggungjawab atas lapurannya – tak macam akhbar dia orang.
2. UM memperjuangkan dan mempertahankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
3. UM menjadi utusan umat melayu.
4. UM hak orang Melayu.
Puak yang jaki dengan Utusan Malaysia ini mempunyai agenda untuk menghapuskan identiti dan perjuangan Melayu di bumi Malaysia ini. Bertambah malang apabila agenda yang di kepalai oleh oleh DAP ini turut di sokong oleh orang Melayu sendiri melalui perjuangan yang sempit untuk kepentingan individu.
Perbuatan membakar akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini oleh sekumpulan lembu-lembu belaan Anwar Ibrahim memperlihatkan betapa mereka begitu terdesak dan tersedak dengan berita yang di siarkan oleh akhbar utusan tersebut.
Utusan Malaysia terlalu banyak bakti kepada negara sebagai wadah perjuangan untuk menuntut kemerdekaan hingga lah sekarang ini sebagai wadah untuk mengisi dan mempertahankan kemerdekaan. Selain memainkan peranannya dalam memperjuangkan bahasa Melayu untuk rakyat Malaysia.
Membakar Utusan Malaysia adalah membakar hati pejuang-pejuang bangsa yang telah berusaha memerdekakan tanah air. Kita generasi merdeka patut mengutuk perbuatan biadap yang di lakukan oleh si Samsul Lembu dan kuncu-kuncunya itu. Ingatlah bangsa melayu mempunyai daulat dan karahmah sesiapa yang cuba menghancurkan bangsa ini pasti akan menerima padahnya.
Langgan:
Catatan (Atom)