Rabu, 19 Februari 2014

YAB KHALED NORDIN BUAT SINGAPURA SESAK NAFAS DAN SAKIT PERUT


Tahniahlah YAB Menteri Besar Johor kesayangan aku, memang wajar kaji semula dan struktur semula harga air mentah yang di jual ke singapura tu.....
Like ·  ·  · 3 hours ago · 
SEJARAH PERJANJIAN BEKALAN AIR JOHOR-SINGAPURA

Singapura menandatangani tiga perjanjian dengan Johor  iaitu Perjanjian Hak Air pada 1927, Perjanjian Air pada 1961 dan Perjanjian Air pada 1962.

Disember 1927, Perjanjian Hak Air ditandatangani antara Sultan Ibrahim dan Pesuruhjaya Majlis Perbandaran Singapura.

Menurut perjanjian itu, Johor memperuntukkan seluas 2,100 ekar tanah di Gunung Pulai sebagai kawasan tadahan dan bekalan air republik itu.

Singapura dikenakan bayaran RM0.30 sen seekar namun tidak dinyatakan harga air yang perlu dibayar.

Johor pula perlu membayar RM0.25 sen bagi 1,00 gelen air jika ingin mendapatkan bekalan air yang dirawat Singapura.

Menerusi Perjanjian Air 1961, Singapura dikenakan bayaran RM0.03 sen bagi 1,000 gelen air selain diberi hak eksklusif mendapatkan air dari Sungai Skudai dan Sungai Tebrau.

Singapura juga dibenarkan menggunakan tanah seluas 120 ekar selama 99 tahun.

Dalam Perjanjian Air 1962, negara itu dibenarkan menggunakan seluas 341 ekar selama 99 tahun dengan bayaran RM5 seekar.

Selepas 30 tahun perjanjian dimeterai, Singapura menyatakan hasrat untuk menyambung perjanjian air tetapi menolak penetapan kadar baru.

Negara itu hanya bersetuju membayar 45 sen sehingga tahun 2011 dan 60 sen mulai 2011 sehingga 2061 dan berterusan sehingga 100 tahun selepas itu.

Malaysia meletakkan syarat negara itu perlu membayar 60 sen dari 2001 hingga 2007 dan dinaikkan kepada RM3 sehingga 2011 dan selepas itu formula baru digunakan bagi kadar air.

Singapura menolak perjanjian tambahan pindaan harga itu.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pulau Pinang pun sama !.....Sampai bila kita nak jadi bodo !!

Tanpa Nama berkata...

Pembeli air lebih bijak dari penjual. Pembeli pulak yang menentukan berapa nak bayar. Sepatutnya penjual yang tentukan harga. Pastu cakap kalau nak beli, beli, kalau tak nak sudah, pegi cari tempat lain.

Barang sendiri, tapi sendiri tak boleh nak letak harga. Orang lain pulak yang tentukan harga.
Bilalah kita ni nak cerdik?
Peliknya.....

Tanpa Nama berkata...

s'pore tak nak beli nak susah apa! taknak sudah. carik la punca air lain. kan s'pore duduk tengah laut. ambik je air laut keliling pulau tu proses jadi air paip. degil dan kedekut, ajar je cara tu...

Tanpa Nama berkata...

Jambatan Benkok bila nak dimulakan.

Tanpa Nama berkata...

Melayu ni boleh di beli..itu aja..