PAS menggesa TUDM membatalkan tindakan pendakwaan terhadap Mejar Zaidi dan menyifatkan pendakwaan ke atas Zaidi adalah satu tindakan yang tidak wajar, malah akan memalukan institusi tentera secara keseluruhannya memandangkan anggota itu hanya menzahirkan haknya sebagai seorang pemilih yang sah.
"Kes ini adalah berkaitan hak dan kebebasan demokrasi berparlimen. Ianya bukan kes salah laku dalam tentera secara khusus.
"Dia buat atas dasar hak dia sebagai seorang rakyat, dan terpanggil untuk menyatakan kepincangan yang berlaku dalam pilihan raya yang dia alami sendiri.
"Jadi kita mintak pihak tentera membatalkan, atau tarik balik pendakwaan kes tersebut," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar kepada Harakahdaily.
Apalah punya sengal Ketua Penerangan PAS si Mahpos Omar nie, semua benda nak dimasukkan dalam kain politiknya. Sojar Zaidi tu di hadapkan ke mahkamah sojar kerana melakukan kesalahan yang bertentangan dengan peraturan - peraturan perkhidmatannya Sojar. Apa kena mengena dengan hak dan kebebasan demokrasi berperlembagaan.
Tiada pula mana-mana larangan atau sekatan kepada si sorjar Zaidi ini untuk mengambil bahagian memilih kerajaan , kerana Sojar ini tetap di beri peluang mengundi di mana sekatan hak dan kebebasan demokrasi berpelembagaan Zaidi di nafikan?.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan