Selasa, 18 Februari 2014

JOHOR - HUB PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

Johor juga berhasrat untuk menjadi ‘the technical and vocational education hub’ bagi rantau ini selain menjadikan Iskandar Malaysia dan Pagoh sebagai pusat kecemerlangan pendidikan tinggi. Saya yakin, Johor berpotensi untuk menjadi penyumbang utama kepada keperluan tenaga kerja teknikal dan vokasional di arena antarabangsa.

Dasar membangunkan keupayaan rakyat adalah strategi penting yang telah dilakarkan dalam Bajet 2014. Johor memerlukan rakyat yang mandiri untuk kelestarian pembangunannya. Tiada strategi lain yang ‘can last the test of time’ kecuali melalui pendidikan dan latihan yang baik. Melalui peluang pendidikan, potensi setiap insan boleh ditonjolkan. Ia bukan sahaja tuntutan biasa, ia juga adalah tuntutan agama dan moral, penyuluh jalan yang boleh menerangi kehidupan manusia. Dan pentadbiran saya amat mengutamakan pendidikan. Ini bukan bermakna semua orang harus ke menara gading. Tetapi setiap orang, mesti merasakan mereka punyai ruang dan laluan untuk menonjolkan bakat mereka. Samada ia dilaksanakan melalui pendidikan tinggi atau latihan kemahiran untuk pasaran kerja global, Johor berhasrat menjadi contoh kepada seluruh Malaysia dalam mendemokrasikan ilmu dan kemahiran. Johor tidak mungkin mampu beranjak kepada ekonomi berasaskan ilmu dan kreativiti serta bersifat saintifik tanpa rakyatnya yang mendambakan pengetahuan.

Sektor perkhidmatan, industri gas dan petroleum, bioteknologi, industri kreatif, pertanian termaju, pelancongan serta pelbagai lagi sektor ekonomi moden memerlukan ‘a globally competitive workforce’. Oleh itu, Johor berhasrat untuk menjadikan pendidikan tinggi dan latihan sebagai agenda besar perubahannya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bagusla...harap lebih ramai anak2 melayu/ bumi dlm bidang yg masih dimonopoli cina. Sekarang nak repair rumah , air cond, plumbing , pasang tiles, kena cari cina... charge mahal. Cina xnak kerja di pejabat makan gaji. Nak ikat batu, plaster simen pun cina n indon. Latih ank2 kita dan bila masuk alam kerja sedakan network dan pastikan mereka terus di asah sampai betul2 mahir...

Tanpa Nama berkata...

Satu usul yang baik walau boleh dikata 'terlambat'. Lebih baik lambat dari tidak ada usaha langsung.

Antara contoh bagi menaik kan semangat kerjaya kemahiran melalui penulisan, penerbitan, penceritaan menerusi drama dan filem.

Kita selalu dihidangkan yang extreme (cerita orang/keluarga kaya) adegan pejabat yang megah tapi apa bisnes nya kurang menyerlah. Adegan yang corot pula menampak kan daif hidup seorang nelayan contoh nya.

Penceritaan drama dan filem luar negara langsung tidak menonjolkan kehidupan seorang nelayan tu begitu daif seperti perfect storm atau program realiti bertema nelayan laut dalam.

Ini semua menyuntik semangat orang muda dan kanak-kanak yang akan lebih terbuka memilih jalan bidang yang hendak diceburi.

Satu lagi, sebagai seorang yang asal mak-bapak datuk-nenek-moyang dari Johor, sudah hampir 30 tahun merantau mencari rezki di benua-benua dunia. Antara yang ramai anak-melayu-muslim berkelana dan berkemahiran dan berilmu dan bertauliah.

Akan tetapi yang sedih nya kalau kita boleh membantu industri luar negara maju dan melatih anak-'omputih' berjaya didalam bidang kemahiran yang kita ada, ni negara sendiri tidak boleh mengiktiraf kelulusan dan kemahiran kita untuk kembali berkhidmat.

Contoh - permohonan ke ITM/UITM, Perusahaan Swasta dan lain-lain semua nya 'SEPI'. Jangan kata di shortlist untuk interview, di zaman email yang mudah dan cepat pun tiada jawapan langsung.

Aku cuma sarankan pandangan je bukan untuk sendiri pun. Cuma kalau ada anak bangsa berusaha untuk memberi khidmat, jangan diperlekehkan.

Cina di Singapura diorang panggil seberapa banyak boleh cina yang rakyat singapura dan yang bukan rakyat balik. Antara program aku hadir luar-negara mereka adalah menyediakan peluang berkerja di Singapura dan aku senantiasa satu-satu melayu yang hadir, lain semua cinabeng Malaysia, Indon, China dan yang dari Singapura! Maka Singapura lebih dikenali sebagai negeri cina dari sebuah negara yang bersejarah Melayu.

Andai melayu-muslim-bumiputera terus bertelagah, kehilangan kuasa dominan melayu itu besar kemungkinan nya.

Doa ku usaha MB Johor ni terus berjaya dan melayu-muslim akan bangkit kuasai ekonomi pula!

In Sya Allah.

Ikhlas.

Overseas Malay