Selasa, 3 September 2013

KESIAN PM NAJIB, RAMAI YB TAK TAHU JAWAB RASIONALISASI KENAIKAN HARGA MINYAK

Apalah punya ahli politik cap semangka nie, bila rakyat dok tanya apa realiti semasa yang menyebabkan PM Najib membuat keputusan yang langsung tak popular dengan menaikkan harga minyak sebanyak RM 0.20 sen seliter semalam. Dia jawab dengan bangga dan suara jantannya " cuba kau orang bandingkan harga minyak negara-negara jiran kita macam di Singapora, Siam dan Indon tu, jauh lebah mahal dari Malaysia. Bangang punya politikus kampungan, rugi betul bagi undi sokong dia jadi ADUN.

Dalam suasana sekarang ini rakyat sangat perlukan  maklumat dan hujah yang bernas serta realistik dari YB- YB yang di pilih, merekalah tempat rakyat mengadu. Kalau YB pun jawab macam ya tak ya gitu macamana rakyat nak yakin penjimatan dari subsidi boleh di manafaat oleh golongan sasar. Kalau YB hanya fikir macamana nak makan percent projek sana,projek sini macamana nak jawab. 

So, MPG dengan rendah diri tolong YB,YB yang kalut tu bagi point-point untuk jawab persoalan rakyat berkaitan rasionalisasi tiada subsidi bagi kenaikan harga minyak semalam.

1. Tidak menaikkan subsidi minyak - untuk memastikan kedudukan ekonomi negera kukuh.

2. Tidak menaikkan subsidi supaya kurangkan defisit fisikal negara.
3. Tidak menaikkan subsidi minyak supaya dapat bersaing dengan pasaran global yang tidak menentu.
4. Kerajaan terpaksa membelanjakan RM 24.8 Bilion jika subsidi minyak di teruskan, ini bermakna kerajaan tidak dapat membelanjakan RM 24.8 Bilion setahun untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

5. Pendapatan boleh guna dapat di kurangkan,rakyat tak membazir kerana perlukan lebih wang untuk bahan api.
6. Membetulkan kedudukan negara dalam unjuran penarafan kredit antarabangsa yang sudah berada di tanda aras negatif.

Point-point dah kasi, pandai-pandailah kau orang explain pada rakyat, janganlah guna lagi jawapan-jawapan yang tidak mencabar minda, janganlah bagi lagi jawapan yang tak tanya pun rakyat dah boleh jawab sendiri.

Tiada ulasan: