Tapi apakah dengan hanya meneruskan Dasar Perumahan Rakyat Negeri (DPRN) sedia ada ,tanpa ada penambahbaikkan sudah memenuhi kehendak rakyat?. Dasar Pembinaan 40% rumah mampu milik sudah di wartakan sejak 1hb.April 2012 lagi. Menurut dasar itu setiap pemaju perumahan mestilah membina 40% dari keseluruhan kawasan pembangunan dengan rumah mampu milik. Rumah mampu milik di takrifkan sebagai rumah yang harganya RM 150,000.00 seunit dan kebawah. Dengan syarat tambahan mestilah keluasannya tidak kurang dari 1,000 kaki persegi.
Kerajaan Negeri harus lebih proaktif dalam menangani masalah perumahan rakyat ini, penambahbaikan harus di lakukan terhadap Dasar Perumahan Negeri Johor, kouta 40% tidak lagi mencukupi untuk memenuhi kehendak rakyat, harusnya kepimpinan baru memikirkan untuk menaikkan lagi kuota tersebut. Estate perumahan yang 100% membina rumah mampu milik (mampu di miliki oleh rakyat Johor) haruslah di wujudkan. Kuota Bumiputera mestilah di teruskan bagi mengimbangi polarisasi penduduk di kawasan bandar-bandar utama. Jangan nanti hanya satu kaum yang memonopoli kawasan bandar. Kadar cukai tanah dan cukai pintu juga perlu di kaji semula selaras dengan perkhidmatan yang di berikan.
Hentikanlah dasar mengurung penduduk setinggan di rumah-rumah pangsa 2 bilik. Walaupun mereka penduduk setinggan yang menceroboh tanah kerajaan mereka juga rakyat yang perlu di bela. mereka juga ada peranan membentuk kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan