Isnin, 9 September 2013

KERANA DAP, LUPAKAN CINA DALAM PRU 14

Tsunami cina dalam PRU 13, tidak memberi sebarang keuntungan kepada masyarakat cina di Malaysia, kesan daripada PRU 13,orang cina tiada dalam kabinet PM Najib, inilah keputusan yang terpaksa di buat oleh pemimpin pemimpin MCA bagi memberi pengajaran kepada kaum mereka yang beralih sokongan kepada pembangkang.

Analisa PRU 13 menjelaskan bahawa walau sekuat mana sokongan kaum cina kepada DAP dengan menangi kesemua kawasan majoriti cina namun masih gagal untuk mengatasi jumlah kerusi BN/UMNO. Ini memberi maklumat penting untuk PRU 14, iaitu BN tidak perlu mengharap kepada Kaum Cina, dalam perkataan yang mudah TANPA SOKONGAN KAUM CINA BN MASIH BOLEH MEMENANGI PRU 14. dengan syarat semua orang Melayu bersatu, kaum India dan Bumiputera Sabah Sarawak terus menyokong BN.

Selagimana kaum cina membenarkan diri mereka di peralatkan DAP selagi itu lah kerugian menyelubungi kaum mereka. Ingatlah kami tidak perlukan kamu semua lagi dalam PRU 14.

Tiada ulasan: