Selasa, 20 Ogos 2013

MUFAKAT JOHOR - 5 FOKUS UTAMA MB JOHOR YANG BAHARU

Tahniah MPG ucapkan kepada YAB Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Nordin (ADUN Permas ) atas perlantikan beliau sebagai Menteri Besar Johor selepas PRU 13. Sebaik memegang tampuk pemerintahan negeri beliau berusaha untuk menyatupadukan rakyat Johor dengan usaha-usaha "MUFAKAT JOHOR".

Cara pengurusan Khaled Nordin sememangnya sinonim dengan budaya mufakat, ini terbukti dengan perlantikan beberapa orang kuat UMNO bahagian Pasir Gudang yang tewas dalam pertandingan akhirnya di lantik mengisi jawatan AJK bahagiannya.

Budaya mufakat juga di teruskan dengan  mewujudkan SUARA HATI JOHOR, satu media altrnatif untuk rakyat menyuarakan pendapat dan pandangan serta mufakat dalam mengurus dan mentadbir Negei Johor, hasil kajian dan pungutan suara dari 17 Jun hingga 24 Julai yang di uruskan oleh 17 penyelidik dan 70 mahasiswa UTM tersebut telah membantu Khaled mengariskan atau mengutamakan 5 tonggak penting kehendak rakyat  dalam pentadbirannya, iaitu 1. Isu Perumahan dan pemilikan harta. 2. Isu Keselamatan dan Perpaduan  3. Memperkasakan Islam  4. Memperkemaskan Infrastruktur 5. Mempertingkatkan Ekonomi.

Moga Allah memberkati pentadbiran Dato' Seri Khaled Nordin. Yang paling penting pesanan dan ingatan Sultan Johor semasa ucapan pembukaan sidang dewan undangan negeri kena pegang baik-baik, antara lain pesanan baginda Sultan ialah, dalam asyik membangunkan negeri , jangan sampai rakyat negeri sendiri yang terpinggir.

Tiada ulasan: