Khamis, 22 Ogos 2013

DASAR PEMILIKAN RUMAH OLEH WARGA ASING DI JOHOR PERLU DI UBAH.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor hari ini diberitahu oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Abd Latiff Bandi. bahawa dasar sedia ada menetapkan kepentingan asing hanya boleh memiliki hartanah bernilai RM500,000 ke atas dengan kuota tertentu iaitu 20 peratus bagi kediaman teres dua tingkat dan rumah jenis kluster dua tingkat, 30 peratus untuk rumah banglo sesebuah dan lot kosong bagi tujuan banglo, serta 50 peratus bagi kondominium, pangsapuri dan pangsapuri servis.

Persoalannya mampukah dasar lapok itu menjaga kepentingan rakyat Johor dalm soal pemilikan rumah kediaman yang rata-rata sekarang ini mencecah ratusan ribu ringgit.Mengapa dewan tidak membincangkan agar dasar ini di gubal semula, di tambah baik agar tujuan dasar tersebut mencapai matlamatnya.?

Tiada ulasan: