Ahad, 18 Ogos 2013

PERATURAN PELIK LAGI MEMELIKKAN

Anak menteri tidak di benarkan bekerja dengan bapak sendiri dalam satu pejabat (jadi PA) kalau dia menerima gaji dari kerajaan, boleh kalau dia hanya bekerja di situ atas dasar sukarela atau tanpa menerima gaji dari kerajaan. Nasib baik MPG bukan anak menteri. Ingat besar sangat ke gaji PA tu? namanya saja kerja sukarela tapi semua projek masyuuukkk, lebih baik kan dari jadi PA....tanya anak Nazri Aziz pasti dia tahu mana yang lebih baik jadi PA atau jadi sukarelawan di pejabat bapak sendirik.

Apa pula peraturan untuk mereka yang kerja dengan menteri kemudian sibuk pula melobi diri sendiri untuk jawatan dalam bahagian?. Tak sama ke dengan kes anak menteri pelancongan tu...bukan untuk kepentingan peribadi menteri itu juga ke .... tak tahu lah sebab MPG bukan kerja dengan menteri atau kerja melobi jawatan.

Apa-apa pun berhati-hatilah kalau mengeluarkan peraturan, Masa Nik Aziz jadi MB Kelantan tak de pula peraturan anak menantu tak boleh jadi YDP Majlis Perbandaran Kota Baharu.

Kadang-kadang pemimpin UMNO nie pelik, pelik yang di buat-buat.


Tiada ulasan: