Ahad, 27 Jun 2010

PAS KAWASAN PASIR GUDANG KETEPIKAN DAP DAN KELAB PENYOKONG PAS

Dalam ketakutan kehilangan penyokong tegar mereka, akhirnya PAS Kawasan Pasir Gudang terpaksa melanggar arahan Presidennya Hj.Abdul Hadi Awang agar PAS bergerak bersama dengan DAP dan PKR sebagai Pakatan Rakyat. Hari ini PAS Kawasan Pasir Gudang menjalankan ceramah fitnahnya di PASTI Taman Mawar dengan menjemput Azman Sarpawi (Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pusat)dengan tidak membawa bersama DAP sebagai sekutunya, Buktinya semua poster-poster yang di tampal dan di edarkan tidak tercetak lambang DAP. Aku di maklumkan bahawa Pihak Polis tidak mengeluarkan permit tetapi pihak penganjur tetap meneruskan ceramahnya. Pihakjawatankuasa penduduk telah membuat laporan polis berkenaan perkara ini. Dan Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian telah mengaturkan satu acara "MENYAMBUT" si Azman Sarpawi ini. Sama-sama lah kita tunggu panasnya........ Suatu yang amat di kesalkan adalah sikap pihak berkuasa yang cuma akan bertindak bila berlaku sesuatu perkara, sedangkan laporan telah di buat bahawa ceramah itu menggangu ketenteraman penduduk sekitar, jika malam ini penduduk melakukan sesuatu maka janganlah pihak penduduk yang di persalahkan. Berbalik kisah DAP yang di singkirkan dalam pakatan. Sebenarnya Pakatan ini tidaklah mendapat sokongan daripada PAS kawasan Pasir Gudang, ini bermakna mereka sebenarnya bermain wayang sahaja dengan Kelab penyokong PAS yang terdiri daripada orang bukan melayu dan bukan beragama Islam. Jadi sebenarnya PAS sedang mengkhianati DAP dan PKR non Muslim. Kepada penyokong dan ahli kelab penyokong PAS kawasan Pasir Gudang sedarlah bahawa kamu tidak di perlukan oleh PAS Kawasan.

Tiada ulasan: