1 : 40 satu nisbah yang memeranjatkan tanahair.Pendedahan oleh Biro keahlian dan daftar pengundi Pemuda UMNO telah mencetuskan pelbagai persoalan dan mengundang resah kepada Pemuda DAP yang mempunyai agenda tersembunyi.
Apa pun aku harus memainkan peranan untuk pastikan nisbah itu akan berubah sebelum PRU 13. aku mengajak semua blogers untuk sama-sama menyumbang sesuatu supaya nisbah yang sangat dahsyat itu berubah segera.Jika tidak pada PRU 13 nanti, bukan lagi Tsunami yang melanda tetapi ”ARMAGEDDON” yang akan menghapuskan Ketuanan Melayu di negara ini akan berlaku. Aku berharap pejuang-pejuang UMNO dan barisan kepimpinan Melayu dalam Barisan Nasional dan Kerajaan melihat perkara ini bukan sebagai satu gurauan sebaliknya adalah satu realiti yang harus di depani dengan penuh strategik dan hikmah.
1.Aku cadangkan kempen daftar pemilih ditukar kepada kempen memilih kerajaan. lebih jelas maksudnya kerana ramai anak muda yang aku temui mereka tak tahu apa itu daftar pemilih, mereka sangka masuk UMNO itu dah kira pilih kerajaan, dah masuk UMNO dah sokong kerajaan.
2. Sesiapa yang dah daftar untuk memilih kerajaan ini kena bagi satu kad macam kad keahlian UMNO, kad ini digunakan sebagai diskaun kad, pergi mana-mana yang ada lambang kad itu boleh dapat diskaun.Boleh guna kad ini untuk diskaun bayar balik pinjaman PTPTN, guna kad untuk mudah urusan dengan kerajaan, guna kad untuk dapatkan tandatangan sokongan wakil rakyat, guna kad untuk mintak kerja dengan kerajaan atau GLC, kalau kad itu boleh jadi kad kredit itu lagi advance dan aku pasti ramai anak muda akan mendaftar untuk pilih kerajaan.Pasti ketua pemuda DAP tercungap-cungap nak cari anak muda cina untuk daftar undi.
3. Mudahkan daftar pilih kerajaan nie, alamat pada kad pengenalan bukan lagi jadi alasan, alamat pada kad daftar pilih kerajaan nie bah boleh di gunakan. macam "di mana bumi di pijak di situ langit di junjung" jadi tak perlulah orang kelantan di KL balik Kampung untuk mengundi. kat mana dia kerja dan bermaustautin kat situlah dia pilih wakil rakyat termasuklah pelajar universiti.
Ketua Pemuda UMNO si KJ kena kreatif dan inovatif dalam hal nie, jangan asyik nak bertelagah dengan PERKASA.Ingat perkasa timbul kerana kepimpinan yang lemah dari kamu sendiri. Pemuda kena gerakkan seluruh jentera untuk maksud ini, berbaik dengan NGO-NGOS melayu islam tarik mereka supaya mendaftarkan ahlinya untuk daftar pilih kerajaan.
"Orang dahulu berjuang, pertama hilang, kedua terbilang, tetapi orang sekarang berjuang, pertama cari menang, sudah menang cari wang, dapat wang jatuhkan orang,hidup di awang-awang, akhirnya jatuh terlentang". ~Tan Sri Abdul Aziz Tapa
Rabu, 30 Jun 2010
1:40 KEMPEN DAFTAR PEMILIH TUKAR KEPADA KEMPEN MEMILIH KERAJAAN
1 : 40 satu nisbah yang memeranjatkan tanahair.Pendedahan oleh Biro keahlian dan daftar pengundi Pemuda UMNO telah mencetuskan pelbagai persoalan dan mengundang resah kepada Pemuda DAP yang mempunyai agenda tersembunyi.
Apa pun aku harus memainkan peranan untuk pastikan nisbah itu akan berubah sebelum PRU 13. aku mengajak semua blogers untuk sama-sama menyumbang sesuatu supaya nisbah yang sangat dahsyat itu berubah segera.Jika tidak pada PRU 13 nanti, bukan lagi Tsunami yang melanda tetapi ”ARMAGEDDON” yang akan menghapuskan Ketuanan Melayu di negara ini akan berlaku. Aku berharap pejuang-pejuang UMNO dan barisan kepimpinan Melayu dalam Barisan Nasional dan Kerajaan melihat perkara ini bukan sebagai satu gurauan sebaliknya adalah satu realiti yang harus di depani dengan penuh strategik dan hikmah.
1.Aku cadangkan kempen daftar pemilih ditukar kepada kempen memilih kerajaan. lebih jelas maksudnya kerana ramai anak muda yang aku temui mereka tak tahu apa itu daftar pemilih, mereka sangka masuk UMNO itu dah kira pilih kerajaan, dah masuk UMNO dah sokong kerajaan.
2. Sesiapa yang dah daftar untuk memilih kerajaan ini kena bagi satu kad macam kad keahlian UMNO, kad ini digunakan sebagai diskaun kad, pergi mana-mana yang ada lambang kad itu boleh dapat diskaun.Boleh guna kad ini untuk diskaun bayar balik pinjaman PTPTN, guna kad untuk mudah urusan dengan kerajaan, guna kad untuk dapatkan tandatangan sokongan wakil rakyat, guna kad untuk mintak kerja dengan kerajaan atau GLC, kalau kad itu boleh jadi kad kredit itu lagi advance dan aku pasti ramai anak muda akan mendaftar untuk pilih kerajaan.Pasti ketua pemuda DAP tercungap-cungap nak cari anak muda cina untuk daftar undi.
3. Mudahkan daftar pilih kerajaan nie, alamat pada kad pengenalan bukan lagi jadi alasan, alamat pada kad daftar pilih kerajaan nie bah boleh di gunakan. macam "di mana bumi di pijak di situ langit di junjung" jadi tak perlulah orang kelantan di KL balik Kampung untuk mengundi. kat mana dia kerja dan bermaustautin kat situlah dia pilih wakil rakyat termasuklah pelajar universiti.
Ketua Pemuda UMNO si KJ kena kreatif dan inovatif dalam hal nie, jangan asyik nak bertelagah dengan PERKASA.Ingat perkasa timbul kerana kepimpinan yang lemah dari kamu sendiri. Pemuda kena gerakkan seluruh jentera untuk maksud ini, berbaik dengan NGO-NGOS melayu islam tarik mereka supaya mendaftarkan ahlinya untuk daftar pilih kerajaan.
Selasa, 29 Jun 2010
PEMUDA DAP CEMAS PENDEDAHAN 1: 40
ADUN DAP GAGAL BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT
1: 40 - ARMAGEDDON KERAJAAN MELAYU
Isnin, 28 Jun 2010
JAMBATAN JOHOR - AKU MINTAK TUN DOLAH TUTUP MULUT
Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, isu pembinaan jambatan Johor harus diserahkan kepada kerajaan pusat untuk tindakan seterusnya.Ini kerana kata beliau, kerajaan lebih tahu mengenai apa yang harus dilakukan memandangkan ianya projek yang besar.
(Sumber Utusan Malaysia: 27/6/2001)
Aku sebagai rakyat negeri Johor dengan rasa hormat meminta Tun dollah supaya tutup mulut dari memperkatakan soal jambatan ini lagi. Masa untuk Tun dah berlalu. Tun gagal menzahirkan keinginan dan kehendak rakyat Johor. Tindakkan Tun membatalkan projek itu telah menyebabkan seluruh rakyat Johor tidak ingat bahawa tun pernah jadi PM Malaysia, jadi wajarlah Tun dollah duduk diam-diam dalam hal nie. Jagalah Jambatan ke 2 Pulau pinang tu bebaik, jenguk-jenguk lah koridor yang Tun dah buat, kerana memang koridor tu tempat jenguk orang lalu lalang depan rumah
CERAMAH PAS JADI CERAMAH AGAMA
Ahad, 27 Jun 2010
PAS KAWASAN PASIR GUDANG KETEPIKAN DAP DAN KELAB PENYOKONG PAS
Dalam ketakutan kehilangan penyokong tegar mereka, akhirnya PAS Kawasan Pasir Gudang terpaksa melanggar arahan Presidennya Hj.Abdul Hadi Awang agar PAS bergerak bersama dengan DAP dan PKR sebagai Pakatan Rakyat.
Hari ini PAS Kawasan Pasir Gudang menjalankan ceramah fitnahnya di PASTI Taman Mawar dengan menjemput Azman Sarpawi (Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pusat)dengan tidak membawa bersama DAP sebagai sekutunya, Buktinya semua poster-poster yang di tampal dan di edarkan tidak tercetak lambang DAP.
Aku di maklumkan bahawa Pihak Polis tidak mengeluarkan permit tetapi pihak penganjur tetap meneruskan ceramahnya. Pihakjawatankuasa penduduk telah membuat laporan polis berkenaan perkara ini. Dan Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian telah mengaturkan satu acara "MENYAMBUT" si Azman Sarpawi ini. Sama-sama lah kita tunggu panasnya........
Suatu yang amat di kesalkan adalah sikap pihak berkuasa yang cuma akan bertindak bila berlaku sesuatu perkara, sedangkan laporan telah di buat bahawa ceramah itu menggangu ketenteraman penduduk sekitar, jika malam ini penduduk melakukan sesuatu maka janganlah pihak penduduk yang di persalahkan.
Berbalik kisah DAP yang di singkirkan dalam pakatan. Sebenarnya Pakatan ini tidaklah mendapat sokongan daripada PAS kawasan Pasir Gudang, ini bermakna mereka sebenarnya bermain wayang sahaja dengan Kelab penyokong PAS yang terdiri daripada orang bukan melayu dan bukan beragama Islam. Jadi sebenarnya PAS sedang mengkhianati DAP dan PKR non Muslim. Kepada penyokong dan ahli kelab penyokong PAS kawasan Pasir Gudang sedarlah bahawa kamu tidak di perlukan oleh PAS Kawasan.
USUL PEMUDA TAMAN MAWAR PASIR GUDANG MENDAPAT PERKENAN SULTAN
Pada 20/6/2010 Pergerakan Pemuda UMNO Taman Mawar telah mengusulkan supaya cadangan pembinaan Jambatan bagi menggantikan Tambak Johor itu mesti di teruskan.
Kami Pemuda UMNO Tmn.Mawar mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada kerajaan Barisan Nasional yang tidak pernah lupa untuk menyediakan pasarana untuk kemudahan rakyat, dan tahniah kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang di bawah kepimpinan Sdr.Rohazamshah bin Ahmad, yang telah mendesak kerajaan supaya menyediakan laluan motosikal di sepanjang lebuhraya Pasir Gudang bagi keselamatan pengguna Motosikal, saya mendapat makluman bahawa di dalam Rancangan Malaysia ke 10, permintaan ini insyallah akan di tunaikan.
Pembinaan satu lagi rangkaian lebuhraya lebuh raya empat lorong dari Senai ke Pasir Gudang, yang telah di siapkan telah dapat mengurangkan 20 peratus beban trafik yang kini ditanggung oleh Lebuhraya Pasir Gudang.Begitu juga dengan pembinaan lebuhraya lingkaran dalam yang menghubungkan antara Pasir Gudang ke Jambatan Permas menjadikan Kawasan Pasir Gudang ini mudah di masuki melalui pelbagai arah jalan darat, secara tidak langsung rakyat di Pasir Gudang memerima banyak limpah kebaikan.
Melihat keadaan ini Pemuda UMNO taman Mawar ingin mengusulkan supaya Pembinaan Jambatan menggantikan Tambak Johor sudah sampai masa untuk di teruskan. Dengan terpecahnya Tambak Johor yang telah berusia 86 tahun itu maka kawasan Pasir Gudang akan dapat di masuki melalui Jalan Laut dengan lebih dekat oleh kapal-kapal dari arah timur tanpa perlu melalui Perairan singapura. Pembinaan jambatan (apa jua bentuk) bagi menggantikan Tambak Johor adalah satu strategi yang sangat rapi yang dicetuskan oleh Tun Dr. Mahathir untuk bersaing dengan Singapura selain ia adalah ibu segala akses pembangunan di sekitar Johor Bahru Selatan. Strategi yang diperhalusi oleh profesional-profesional korporat sebagai ‘maha hebat’ mampu menjana ekonomi yang menggunung dengan aktiviti dagangan pelbagai sektor.
Rangkaian pelabuhan di Selat Johor / Selat Tebrau, seperti Pelabuhan Johor (Johor Port), Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan sokongan Tanjung Langsat dan pelabuahan ringan di perairan sungai Batu Pahat, itu semua akan beroperasi dengan hebat apabila tepercahnya Tambak Johor.
Apabila keseluruhan Selat Johor boleh diakses dengan laluan perkapalan maka sudah tentunya ramai pelabur akan membina bandar-bandar baru di persisiran pantai selat tersebut.Seperti yang diketahui umum, Jambatan Bengkok melalui pintu masuk Gerbang Perdana yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan terkini akan menghubungkan keseluruhan rangkaian lebuhraya dari sekitar kawasan strategik Bandaraya Johor Bahru hinggalah ke Lebuhraya Utara-Selatan, Pasir Gudang, Lebuhraya sisir pantai Negeri Johor melalui kawaan Kulai, Senai, Link ke 2 hinggalah ke Kota Tinggi-Desaru-Pengerang. Perancangan ini semua dibuat melalui pemerhatian bahawa Tambak Johor akan digantikan dengan sebuah jambatan.
Dari segi eko-system, kita dapati tambak Johor yang telah berusia 86 tahun ini telah menghalang laluan air dari timur ke barat, oleh kerana itu hidupan laut di sekitar selat tebrau tidak dapat membiak kerana habitat semulajadinya musnah, secara langsung nelayan persisir pantai termasuklah nelayan melayu dari Kg.Pasir Gudang Baru, Kg.Senibung, Kg. Melayu Kuala Masai dan Nelayan dari kampung-kampung tradisi di persisiran selat tebrau tidak lagi dapat menangkap ikan berdekatan dengan kampung mereka.Ini mengakibatkan ekonomi mereka terjejas. Selain dari itu peternak-peternak ikan dan kupang dalam sangkar juga sering menghadapi masalah kerana kualiti air di selat tebrau ini sudah terlalu menurun.Kita mengharapkan dengan merobohkan tambak Johor sedia ada dan di gantikan dengan jambatan baru masalah kualiti air di peraitan selat tebrau akan betambah baik.
Pergerakkan Pemuda UMNO cawangan Tmn.Mawar dengan ini mengusulkan supaya kerja-kerja membina Jambatan Baru bagi menggantikan tambak Johor di teruskan juga walau dengan apa cara sekalipun demi untuk masa depan generasi dan maruah anak negeri Johor.
Sekain, Wabillah hi taufik wal hidayah wassala mualaikum wbkth. Mohon di bahas dan diluluskan usul ini.
HARI INI BAGINDA SULTAN JOHOR MENGARAHKAN SUPAYA DI BINA JAMBATAN BAGI MENGGANTIKAN TAMBAK JOHOR.
Sultan Ibrahim bertitah, usaha menaik taraf Tambak Johor dengan membina jambatan tersebut amat penting bagi institusi Kesultanan Johor dan sentiasa ditunggu-tunggu oleh rakyat negeri ini sejak dahulu.
"Saya yakin seluruh rakyat Johor berasa gembira dengan terbinanya bangunan JB Sentral yang serba lengkap dan indah ini, namun masih terdapat kekurangan dan kecacatannya apabila komponen utamanya iaitu jambatan masih belum dilaksanakan hingga hari ini.
"Sekali lagi, saya ingin menyeru kerajaan Persekutuan agar dapat mempertimbangkan rancangan asal pembinaan jambatan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Johor," titah baginda.
"Dahulu,Apabila kerajaan mengatakan wujudnya masalah untuk mencari tapak yang sesuai dalam kawasan Johor Bahru bagi memindahkan penghuni Flat Lumba Kuda dan Bukit Chagar agi tujuan perpindahan penduduk untuk di bina CIQ, maka Almarhum ayahanda saya telah memberi keizinan agar tanah milik kesultanan Johor di Kampung Bakar Batu digunakan secara menyeluruh bagi tujuan penduduk yang terlibat dalam projek tersebut.
"Saya ingin mengambil kesempatan pada hari ini untuk menyeru kepada semua pihak agar memberi peluang dan keutamaan kepada syarikat bumiputera dan rakyat Johor dalam pemberian kontrak pembangunan yang dijalankan di negeri ini,'' titah baginda.
(sumber : Utusan Malaysia 27/6/2010)
Sabtu, 26 Jun 2010
BEZA ORANG KITA DENGAN ORANG DIA
Assalamualaikum.
Dalam waktu kerajaan melayu mencadangkan pemansuhan Peperiksaan UPSR dan PMR yang selama ini menjadi mekanisma pengambilan pelajar melayu ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), pihak bangsa lain pula mencadangkan agar sijil-sijil peperiksaannya sekolah persendiriannya di iktiraf oleh kerajaan. Inilah jurang perbezaan perjuangan antara kaum. Kita orang melayu berjuang membuang segala keistemewaan yang ada tetapi kaum cina berjuang mendapatkan sesuatu untuk bangsanya.
Akhbar Utusan Malaysia dalam ruangan isu akhbar bahasa cina ada menyiarkan pandangan Timbalan Editor akhbar Sin Chew Jit Poh, Lim Swee Guan yang berpendapat pihak kerajaan sepatutnya secara langsung mengiktiraf sijil-sijil peperiksaan gabungan sekolah menengah Cina. Dengan itu dapat hindar daripada syarat lulus bahasa Melayu SPM.
Jelas dan nyata pendapat Swee Guan itu hanyalah bertujuan untuk mempastikan pelajar-pelajar cina tidak perlu lulus matapelajaran Bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi negara ini. Apa akan terjadi jika syarat lulus Bahasa Melayu ini tidak lagi menjadi kewajipan untuk lulus SPM dan syarat utama kelayakkan untuk memasuki IPTA?. Soalan yang patut di tanya kepada pemimpin melayu yang sudah lupa daratan.
Dalam tulisannya, beliau menambah bahawa usaha kerajaan memperkasakan bahasa melayu ini di anggap sebagai usaha yang remeh temeh dan menggangap kerajaan tidak memberikan tumpuan kepada matlamat perubahan pendidikan yang lebih lurus. Menurut Swee Guan lagi,Pada tahun 2011 pihak Kementerian Pelajaran akan lancarkan perubahan sylibus mata pelajaran di peringkat sekolah SRJKC dan SRJKT, menekankan mata pelajaran bahasa Melayu serta penambahan masa pembelajaran bahasa Melayu, termasuk mencadangkan sama ada kertas soalan menggunakan bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris, serta melaksanakan sylibus baru (Malaysia Negara Ku).
Walaupun tulisan Swee Guan ini dituliskan sebagai ”pendapat peribadi”, tetapi tulisan ini di baca oleh semua pembaca akhbar Sin Chew Jit Poh. Dan saya berpendapat ianya patut di anggap sebagai satu bentuk tulisan yang menghasut masyarakat cina secara ”diam”. Fenomena inilah yang tidak di sedari oleh kebanyakkan pemimpin kerajaan terutama dari kalangan pemimpin melayu, dan tidak heranlah jika pilihanraya Umum ke 13 akan datang tiada lagi undi kaum cina kepada kerajaan Barisan Nasional.
Selasa, 22 Jun 2010
HUSAM MUSANG " THE CHICKEN RUN" KANTOI
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi,Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan gagal memberi jawapan kepada pertanyaan "Geng" Sendiri pada persidangan Dewan Undangan Negeri. Azami Mohd Nor (PAS-Kadok) mengutarakan soalan berkenaan berapa jumlah projek dan nilainya yang telah di laksanakan oleh Kerajaan Kelantan dari 1990 hingga 2009.
Husam menjawab dia memerlukan masa satu hari satu malam untuk menjawabnya kerana terlalu banyak pembangunan telah dibuat, fuyoooo banyak nya projek pembangunan, tapi yang peliknya dia cuma cerita pasal projek Masjid cina di Rantau Panjang. Tak tahulah aku kalau memang nama masjid nie Masjid Cina atau betul-betul bina masjid untuk orang cina (tokong lah tu).Tanya lah Husam sendiri.
Kalau Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi,Kewangan dan Kebajikan Negeri sendiri tak boleh jawab, memang sahlah tak de pembangunan pun di Kelantan yang di buat oleh kerajaan negeri. Inilah bahananya gara-gara berpolitik tak habis-habis.
Masa berceramah kat luar kelantan bukan main lagi berkokok kononnya pembangunan rakyat tu tanggungjawab kerajaan, mendabik dada kononnya kalau PAS perintah PAS boleh buat pembangunan lebih baik dan bersih dari kerajaan Barisan Nasional.
Kalau macam nie lah cara perintah dan tadbir negeri, aku yakin satu hari nanti generasi baru kelantan pasti akan buta huruf semuannya, macamana nak majukan rakyat kalau pembangunan untuk rakyat tidak di buat.
Atau duit untuk pembangunan rakyat telah di gunakan untuk membayar kickdiffela RM 4 juta, melabur dalam Kohilal @kohilang, beli kek harijadi pok nik, bayar elaun 13 assistant exco dan lain-lain tanya sendiri husam.
Menteri Besar Kelantan sangat cerdik kerana meletakkan MUSANG dalam reban Ayam.
Ahad, 20 Jun 2010
GEMPAR !!!!! KAYVEAS KATA DIA SINGA, MURUGIAH MUSANG
Sabtu, 19 Jun 2010
KHAIRY DI CABAR SAMAN ANWAR AL-JUBURI
INI ADALAH PETIKAN UCAPAN KHAIRY MENGAYAT RAKYAT DENGAN CABARANNYA.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mencabar penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bukti dalam tempoh 48 jam berhubung dakwaan bahawa anggota Parlimen Bebas diberi imbuhan RM2 juta untuk meninggalkan parti itu.
Beliau berkata, sekiranya Anwar gagal mengemukakan bukti berhubung dakwaannya itu sehingga Isnin ini, maka anggota Parlimen Permatang Pauh itu boleh dianggap telah melakukan satu pembohongan besar kepada rakyat.
Bro khairy... pembangkang dah lama berubah, awak masih lagi dengan ideologi lama nak cabar,cabar,cabar tak habis habis cabar sampai tersembur ayer lioq.... awat nak cabar lagi. SAMAN aje lah...saman, tak tahu ke nak saman macamana???. kenapa bingai sangat asyek-asyek cabar...saman lah kurang-kurangnya dapat cover balik amount saman yang al juburi menang dulu,sebab kebodohan dan ke egoan kau tak hadir ke mahkamah dulu.
Pemuda UMNO kalau macam ketuanya nie memang sampai bila tak kan berubah, retorik lebih tak de action.Dari bekas ketua Pemuda yang asik amaran,amaran,amaran dan kau sekarang cabar.cabar,cabar...Tak payah lah nak kata ahli Parlimen Pematang Pauh itu pembohong besar pada rakyat, semua itu rakyat dah tahu, yang rakyat nak tahu apa tindakkan pemuda Melayu mengajar pembohong besar itu...
APA MUSLIHAT KARPAL SINGH JAHANAM
Melihat senario politik sekarang, adalah satu yang agak menghairankan apabila Pengerusi DAP Kebangsaan tetiba mengeluarkan fatwa bahawa Kerusi Parlimen Batu perlu di kosongkan mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa seorang Ahli Parlimen hilang kelayakan jika beliau disabitkan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan dia tidak mendapat pengampunan.
Memang aku anti pembangkang dan berharap Barisan Nasional dapat tambahan kerusi di Parlimen, tetapi aku harus mentafsirkan ke HAIRANan ini sebagai satu MUSLIHAT, sepertimana Allah berfirman:
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang, di luar kalanganmu (kreana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya.” (QS. Ali Imran[3]: 118)
Semasa Pilihanraya Kecil di Bukit Gantang, Hulu Selangor dan Sibu, Bangsa apa yang mendapat keuntungan?. Tak mustahil kalau ada lagi pilihanraya di Parlimen Batu sekali lagi kerajaan Barisan Nasional di ”kencingkan” oleh pengundi bangsa pendatang di kawasan tersebut. Bagi aku, kalau kerajaan nak juga melayan juga Kapal sink nie, Barisan Nasional buat selamba je, letak lah calon dari MCA ke, Gerakan ke, atau PPP ke, let’s them survive kat kawasan tu, lepas tu PM DS Najib dan TPM jangan nak memandai guna duit rakyat tabur kat kawasan tu. Kalau BN kalah pun kat situ nothing happen.
Ingatan aku pada Datuk Ahmad Mazlan dan jentera yang lain, tumpukan perhatian kepada PRU 13 lebih baik dan penting dari PRK Batu.
Rabu, 16 Jun 2010
CADANGAN MENGATASI MASALAH KEKURANGAN BARANGAN KAWALAN DI PASARAN -MENTERI KOPERASI DAN HAL EHWAL PENGGUNA KENA BACA.
Selasa, 15 Jun 2010
PM Najib tokoh Umara' yang memperjuangkan Islam
Isnin, 14 Jun 2010
MUKTAMAR PAS KE 56 - MEMBUKA WAJAH SEBENAR PARTI AJARAN SESAT
Jumaat, 11 Jun 2010
PAS TIDAK PERCAYA PADA PAKATAN
SIAPA SEBENARNYA YANG MENGAMALKAN POLITIK SE-SUKU?
Khamis, 10 Jun 2010
KETUA MILITAN PAS MELUDAH KE LANGIT, KENA BATANG HIDUNG SENDIRI
Nak tergelak aku dengar ucapan Ketua militan Dewan Pemuda PAS Pusat nie.
Dia menyeru dan merayu agar negeri–negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat tidak memberi kerjasama kepada kerajaan pusat pimpinan BN dalam isu judi, dan menambah, Negeri–negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat mesti dilihat lebih baik dan mulia berbanding kerajaan Persekutuan. Kerajaan Pakatan Rakyat mestilah memberikan komitmen serupa tidak lagi memperbaharui lesen premis perjudian yang beroperasi dibawah wilayah penguasaan mereka.
Komen aku.
Ucapan sekadar retorik dan memperbodohkan perwakilan yang memang dungu tanpa melihat apa yang sedang berlaku di negeri di bawah pemerintahan PR. Di Selangor terdapat lebih 4, 500 rumah urut, premis judi “haram” dan berlesen. Haram bermaksud ia dilesenkan di bawah kafe siber tetapi dijadikan tempat melakukan pertaruhan. Rumah urut pula berselindung di sebalik lesen pusat kesihatan dan refleksologi tetapi menawarkan kegiatan seks.
Bukankah Pas menganggap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz. Jadi sudah berapa banyak premis judi di Pulau Pinang ditarik balik lesen perniagaan mereka oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
Di Kedah sendiri yang di bawah pemerintahan langsung Pas masih mempunyai premis judi berlesen dan tidak berlesen. Mengapa Pemuda Pas tidak mendesak Ustaz Azizan Razak untuk mengarahkan PBT menarik balik semua lesen premis judi di sana,
Janganlah sekadar nampak kuman di sebarang tetapi bangkai gajah di depan mata buat tak tahu sahaja.
Rabu, 9 Jun 2010
TAHNIAH TOK GHANI DAN TOK ZAINAL - Sekolah Agama Kerajaan Negeri Macamana pula ?.
Kira-kira 8,830 orang guru dan murid di 27 Sekolah Agama Rakyat (SAR) Negeri Johor bakal menikmati pelbagai kemudahan dan bantuan apabila sekolah mereka didaftarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). SAR di Johor mempunyai sebanyak 19 buah Sekolah Menengah Agama Rakyat dengan 577 guru dan 5,563 pelajar manakala 8 buah Sekolah Rendah Agama Rakyat pula memiliki 208 guru dan 3,227 murid.
Isu ini sudah tertunggak sejak sekian lama, dengan menjadikan SAR ini sebagai SABK maka tenaga pengajar akan menerima elaun, kemudahan dan tangga gaji yang serupa dengan guru-guru di sekolah di bawah kementerian Pelajaran. Dengan perkembangan ini juga secara langsung golongan pelajar akan dapat ditingkatkan lagi kecemerlangan menerusi tenaga pengajar dan infrastruktur serta kemudahan sekolah yang lebih berkualiti dan lengkap. Tenaga pengajarnya pula akan di ambil dari mereka yang berkelayakan setaraf dengan tangga gaji. Di samping itu juga ibu bapa tidak lagi di bebani dengan yuran yang tinggi, bilamana di bawah SAR ibu bapa terpaksa mengeluarkan wang untuk menampung gaji dan elaun tenaga pengajar
Sebagai anak watan Johor yang pernah terlibat dengan sekolah Agama di negeri Johor ini saya amat berterima kasih kepada YB Adun Endau merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman ,yang telah menyambung usaha mereka yang terdahulu untuk membantu sekolah yang 100% muridnya adalah Berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Di kesempatan ini saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Datuk Zainal Abidin, selaku Pengerusi J/kuasa Agama Islam Negeri. Selain dari sekolah- sekolah di bawah kategori SAR dan SABK. Terdapat juga di Negeri Johor ini, Sekolah Agama Kerajaan Johor yang merupakan sekolah pendidikan Islam yang ditadbir terus oleh Kerajaan Johor melalui Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor. Sekolah Agama Kerajaan Johor diwujudkan atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Almarhum Sultan Abu Bakar, masyarakat Islam negeri Johor meraih manfaat yang besar sehinggalah amalan menghantar anak untuk mengikuti pengajian agama sudah menjadi sebahagian daripada budaya orang Johor.Kini, Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor telah diterima oleh masyarakat Islam Johor sebagai satu keperluan walaupun di masa yang sama anak-anak mereka mendapat pendidikan agama menerusi matapelajaran pendidikan Islam yang diajar di Sekolah Rendah dan Menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Justeru itu saya juga mengesa Yang Berhormat Datuk Zainal agar dapat membantu Sekolah Agama Kerajaan Negeri ini mendapat bantuan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, kerana sehingga hari ini lebih 389 buah Sekolah Agama kerajaan Negeri hanya bergantung sumber kewangan daripada Kerajaan Negeri melalui Jabatan Agama Islam Negeri untuk menampung kos gaji dan elaun guru serta pembinaan sekolah. Pada masa ini di anggarkan seramai 218,000 orang murid dan 5,000 guru terbabit dengan sistem persekolahan ini. Sebanyak hampir 121 buah Sekolah Agama Negeri yang masih belum mempunyai bangunan sendiri, tindakkan diambil bagi mengatasi masalah kekurangan bangunan sekolah agama yang semakin kritikal dengan guru dan pelajar terpaksa menumpang di bangunan sekolah kebangsaan, masjid dan juga menyewa rumah kedai atau lot bawah rumah pangsa yang di ubahsui sebagai bilik darjah.
Saya khuatir jika tiada campurtangan pusat melalui kementerian Pelajaran suatu hari nanti Sekolah Agama Kerajaan Negeri ini akan terhapus kerana tiada kemampuam kewangan untuk menguruskannya sama seperti nasib yang menimpa Sekolah Agama Rakyat (SAR)
Selasa, 8 Jun 2010
Jemputan Pelancaran Rally 1 Malaysia
Semua Rakyat Malaysia di jemput ke Stadium Bukit Jalil pada 12hb.Jun 2010, sempena pelancaran program "Rally 1 Malaysia" yang di anjurkan oleh Pemuda Barisan Nasional bersama beberapa badan bukan kerajaan (Ngos'). Program ini antara lainnya bertujuan untuk menemui rakyat dan memberi penerangan serta mendapatkan maklumbalas berkenaan polisi kerajaan.
Selain itu juga Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan mengadakan bantahan terhadap tindakkan kejam tentera Israel terhadap sukarelawan yang cuba menghantar bantuan kemanusiaan ke gaza baru-baru ini.
Program sehari itu akan di rasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sabtu, 5 Jun 2010
DIRGHAYU TUANKU
Jumaat, 4 Jun 2010
Gempar - KJ tawar diri sebagai Sukarelawan ke GAZA
Rabu, 2 Jun 2010
Pengambilan Sukarelawan ke Gaza
ZAHID MD.ARIP GANTI KHAIRY JAMALUDDIN
NEGARA BANKRAP ATAU JATUH MISKIN?
Selasa, 1 Jun 2010
JEMPUTAN HANCURKAN ISRAEL
JEMUTAN KEPADA SELURUH UMAT ISLAM BERHAMPIRAN
SATU PROGRAM YASSIN DAN SOLAT HAJAT ANJURAN PERGERAKKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN PASIR GUDANG, BAGI MEMOHON PERTOLONGAN DARI ALLAH S.W.T AGAR KONVOI BANTUAN KEMANUSIAAN KE GAZA DI SELAMATKAN DARI TENTERA ISRAEL.
TARIKH : 1HB.JUN 2010
MASA : LEPAS MAGHRIB
TEMPAT : SURAU AL – KAUTHAR
RUMAH PANGSA SRI ALAM
JALAN TASEK 64.
SRI ALAM, PASIR GUDANG .JOHOR.
Langgan:
Ulasan (Atom)