"Orang dahulu berjuang, pertama hilang, kedua terbilang, tetapi orang sekarang berjuang, pertama cari menang, sudah menang cari wang, dapat wang jatuhkan orang,hidup di awang-awang, akhirnya jatuh terlentang". ~Tan Sri Abdul Aziz Tapa
Rabu, 28 April 2010
PERINGATAN DARI HULU SELANGOR
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pilihanraya Kecil Hulu Selangor sudah pun tamat dan keputusannya pun telah kita ketahui dengan Pihak kerajaan iaitu Barisan Nasional telah berjaya merampas kerusi Parlimen tersebut dengan majoriti 1725 undi. Alhamdulilah ini adalah Qadha dan qadar dari Allah s.w.t setelah semua pihak berusaha untuk memenangkan pihak atau Parti masing-masing.
Keputusan pilihanraya itu seharusnya membuka mata umat Melayu Islam di negara ini tentang betapa pentingnya kita bersatu padu jika kita betul-betul sayangkan Agama,Bangsa dan Tanahair. Lupakan soal politik keterlaluan yang menimbulkan dendam dan kebencian antara kita sebaliknya bersatulah mempertahankan kedaulatan Melayu sebagai umara'negara ini. Janganlah kita terlalu gila dan mabukkan kuasa hingga sanggup berkrompomi dengan pihak yang ingin menjatuhkan kerajaan Melayu Islam negara Malaysia.Kesannya amat buruk sepertimana telah berlaku kepada negara di Selatan Tanahair kita bilamana Umat Melayu di Sana tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya sebagai kaum peribumi.Perkara itu tidak mustahil berlaku kepada negara kita kerana tiada perpaduan antara Melayu.
Lihatlah dan bukalah mata bagaimana kebanyakkan pengundi kaum cina di Hulu Selangor (menurut Presiden MCA kira-kira 70% atau lebih) tidak memberikan sokongan atau undi kepada BN.Walaupun permintaan kaum tersebut telah di janjikan oleh Datuk seri Najib untuk di tunaikan namun mereka masih lagi mempunyai "agenda lebih besar" lagi bukan setakat meminta apa yang di janjikan tetapi mungkin juga meminta sebuah negara untuk mereka kuasai dan perintah sendiri.Mereka mahu menjatuhkan kerajaan sedia ada di bawah pimpinan BN yang di terajui oleh orang melayu ini. Walhal mereka juga cukup akui bahawa kerajaan sekarang ini telah memberikan keuntungan kepada mereka. Buktinya mereka menguasai lebih 70% ekonomi negara.Justeru itu tidak salah kalau saya mengandaikan bahawa kaum cina ini sebenarnya bukan sahaja menguasai ekonomi malah mahu juga merampas negara ini dari tangan orang Melayu. Gerakan mereka bertambah senang bila orang-orang melayu terlalu taksub berpolitik, dan mereka begitu yakin bila orang melayu gagal bersatu,cita-cita mereka untuk merampas negara ini akan menjadi mudah.
Dalam hal tersebut parti-parti cina yang menyokong kerajaan pun akan berpaling tadah, buktinya di Pilihanraya Kecil Hulu Selangor yang lepas,saya tidak percaya ahli MCA dan Gerakan di Kampung Baru Batang Kali hanya 58 orang iaitu bilangan undi yang di perolehi oleh BN manakala PKR mendapat 202 undi.Di kampung baru Rasa pula BN hanya mendapat 49 undi berbanding PKR 319,adakah ahli MCA dan Gerakan di Kampung baru Rasa hanya 49 orang?.Di Peti undi Kampung Baru Cina Kuala Kubu pula BN hanya mendapat 206 undi manakala PKR mendapat 666.Jadi tidak keterlaluan kalau saya mengandaikan bahawa Ahli-ahli MCA dan Gerakan di kesemua Peti undi yang di nyatakan mengundi pembangkang.Mereka adalah pembelot.
Saya berpendapat kerajaan BN harus berani melakukan pembedahan membuang anggota yang rosak seperti pengidap penyakit kencing manis yang memotong anggota badan yang terkena jangkitan sepaya anggota badan lain tidak berjangkit.Kerajaan BN kena tukar strategi dengan memastikan segala peruntukan dan bantuan di berikan kepada peti undi-peti undi cina yang menyokong BN sahaja, kepada kawasan peti undi yang menyokong pembangkang biarkan mereka meminta dari pembangkang kerana mereka telah memberi undi kepada pembangkang. Atau kerajaan harus menetapkan pendirian bahawa kawasan majoriti orang melayu mesti di letakkan calon melayu, dengan ini MCA dan Gerakan akan hanya berpeluang bertanding di kawasan cina yang di kuasai pembangkang cina atau kawasan majoriti pengundi cina. mungkin baru mereka akan bekerja bermati-matian untuk survive.
Akhir kalam saya menyeru seluruh umat melayu untuk bersatu mempertahankan kerajaan sedia ada demi kesinambungan pemerintahan kesultanan melayu di bumi bertuah ini. Ini bukan penulisan bersifat perkauman tapi sekadar memberi ingatan kepada Umat Melayu di Malaysia ini tentang pepatah lama melayu yang berbunyi, "buat baik berpada-pada ,buat jahat jangan sekali".jangan sampai kera di hutan di susukan anak di pangkuan mati kelaparan. renung-renungkanlah......
Jumaat, 23 April 2010
KEMUNGKARAN PKR YANG PATUT ANDA KETAHUI
Selasa, 20 April 2010
PRK Hulu Selangor :Isu-isu yang perlu di fahami - oleh Datuk Ahmad Maslan.
The Unspinners menerima SMS ini dari kawan-kawan. Dipercayai ianya datang dari YB Datuk Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO. Terima kasih kepada kawan-kawan dan Ketua Penerangan UMNO untuk maklumat ini.
Isu-isu ini perlu ditulis dan dihebahkan oleh para pengusaha blog, penceramah dan pekerja kempen. Sebarang kesilapan dalam pengunaan bahasa adalah tanggungjawab kami.
1. Kejayaan Perdana Menteri mengilhamkan 1 Malaysia sebagai gagasan negara dicemburui Pembangkang lantas ditohmah macam-macam oleh mereka. 1 Malaysia tidak sama dengan mana-mana konsep negara lain sebab ada dua tema iaitu “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” berserta dengan dua lagi aspek iaitu Perpaduan dan juga Lapan Nilai Aspirasi.
2. Program Transformasi Kerajaan (Government Transformation Program atau GTP) adalah untuk manfa’at rakyat tanpa mengira kaum dari segi pendidikan, prasarana asas, kualiti hidup, pengangkutan bandar, banteras jenayah & rasuah (6 NKRA)
3. Model Ekonomi Baru (NEM) yang telah dilancar oleh Perdana Menteri berusaha tingkatkan pendapatan rakyat dari purata RM24 ribu kepada RM49 ribu setahun pada 2020 serta mengangkat negara agar berpendapatan tinggi. Pembangkang tidak boleh sokong idea ini sebab mereka sendiri bangkrap idea lain.
4. PKR sekarang makin tidak dipercayai oleh pemimpin mereka sendiri. Sehingga sekarang sudah sembilan (9) orang YB mereka keluar parti menjadi Bebas iaitu 2 ADUN Kedah, 1 ADUN Selangor, 2 ADUN Perak dan 4 Ahli Parlimen. Mungkin ada lagi yang akan menyusul. Apakah PKR maksudnya Parti Kian Rebah?
5. Pembangkang hanya menumpang pembangunan yang dibina oleh BN di negeri-negeri yang mereka perintah. Tiada pembaharuan ketara yang dibuat. Di Hulu Selangor segala kilang seperti Perodua, Tan Chong, kawasan perindustrian Rasa, MIEL Batang Kali, Jenjarum, Bukit Beruntung yang memberi berpuluh ribu peluang kerja untuk anak-anak dibina oleh BN. 50 sekolah rendah, 16 sekolah menengah, prasarana, hospital, klinik, masjid, bandar-bandar baru seperti Batang Kali, Bukit Sentosa, Bukit Beruntung dan Sg Buaya semuanya dibina oleh kerajaan BN.
6. Khalid Ibrahim rampas UiTM daripada dibina di Serendah dan merampas peluang pembangunan dan pekerjaan jika UiTM dibina di situ. Tindakan Khalid juga merampas peluang Yayasan Basmi Kemiskinan untuk meningkatkan lagi kerja kebajikan yang dirancang. Sebaliknya Perdana Menteri janji jika negeri Selangor ini ditawan semula oleh BN, maka UiTM akan dibina semula di Serendah.
7. Selangor cacamerba di bawah pembangkang. Jawatankuasa tender tak telus, pelaburan lembab, rumah urut dan penjualan arak bertambah didalangi Ronnie Liu. Exco lain bergaduh dgn Exco Hasan Ali, isu ladang babi, isu pindah kuil dan banyak lagi isu menjadi-jadi. Kerajaan Negeri janji jualan pasir akan mendapat hasil RM150 juta tapi yang dapat cuma RM5 juta. YB Khalid Samat dan YB Zulkifli Nordin bertelagah berkenaan kalimah Allah, ahli Exco Elizabeth Wong berbogel menjadi tatapan umum, UniSEL makin kurang pelajar, manifesto pilihanraya mereka tidak ditunai seperti dijanji, mereka janji nak turun cukai pintu 20% tidak jadi, RM1000 untuk anak masuk University pun tak jadi, juga tabung warga emas dan macam-macam lagi semuanya gagal. Khalid hanya jadi boneka jahat DAP.
8. Kes Anwar & Saiful tiada kaitan dengan kerajaan atau BN. Yang membawa kes ialah Saiful yang telah berani bersumpah di Masjid Wilayah, disaksi oleh bapa sendiri, rela dilaknat Allah swt, dunia & akhirat jika pengakuan dia diliwat Anwar tidak betul.
9. Pendedahan oleh YB Dato Seri Zaharin, kawan Anwar selama 30 tahun bahawa cubaan (palsu) rampasan kuasa 16 Sept 2008 adalah usaha jahat pembangkang untuk menjatuhkan negara ini dengan salah guna nama Agong / Panglima Angkatan Tentera, juga penipuan kononnya ada 30 MP lompat semuanya palsu.
10. Pembangkang guna fitnah diakui sendiri oleh YB Zulkifli Nordin yang dia diminta membuat sumpah palsu untuk kaitkan Perdana Menteri dengan Altantuya. Ezam akui dia tersilap menyokong Anwar. Fairus bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang akui agenda Bumiputera Pulau Pinang telah diketepikan. Anuar Shaari bekas SUS Anwar pula membuat kenyataan bahawa Mohd Azmin Ali kaya raya memegang saham syarikat tertentu.
11. APCO bukan syarikat milik Israel atau Yahudi. APCO ada 51 orang penasihat antarabangsa dari pelbagai negara. Pejabat APCO berada di 29 negara, berpusat di USA dan bukan di Israel. Mereka pakar perunding komunikasi antarabangsa dan bukan penasihat dasar negara Malaysia. Anwar akan dihadapkan ke Jawatankuasa Hak & Kebebasan Parlimen sebab berbohong di Dewan Rakyat dengan mengatakan APCO nasihat Ehud Barak & kaitkannya dengan 1 Malaysia.
12. Zaid Ibrahim seorang yang tidak setia kepada parti, dia menolak DEB, pernah saman PAS sebab PAS hendak laksana Hudud (tapi sekarang rela duduk semeja dengan Pas), pembinaan bangunan UMNO atas tanah UMNO menjadi isu yang melibatkan Zaid dan banyak perkara lagi.
13. P Kamalanathan 44 tahun ialah Ketua Penerangan MIC Malaysia. Beliau kelulusan daripada Edith Cowan University, Australia dan menjadi anak tempatan dari Rawang. Kamalanathan sangat hampir dengan penduduk Hulu Selangor, mempunyai masa dan tenaga untuk rakyat, fasih berbahasa Melayu, rajin turun padang dan boleh menjadi Ahli Parlimen yang komited untuk semua kaum.
14. BN adil kepada semua. Buktinya 53% pengundi Melayu di Hulu Selangor mendapat 50% daripada Wakil Rakyat (2 ADUN daripada 4 YB), 26% pengundi Cina dapat 25% wakil rakyat (1 ADUN daripada 4YB). Oleh itu memang wajar 19.3% pengundi India diberi 1 kerusi Parlimen di Hulu Selangor.
Salam perjuangan dari Hulu Selangor
Datuk Ahmad Maslan.
GEMPAR ANWAR TIPU YUSOF QARDHAWI
MESTI BACA, DI IMPORT TERUS DARI RAKAN BLOGERS ; HOUSE PK.
Kawan baru mendapat satu berita yang pasti menggemparkan!
Dari satu sumber di Mesir yang dipanjangkan kepada beberapa pihak di Malaysia, sumber itu mengatakan Ketua Ulama Sedunia, Dr. Yusof Al-Qaradhawi amat tersinggung dengan perbuatan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaitkan namanya sebagai ulama yang mengesahkan pemimpin itu tidak terlibat dalam perbuatan meliwat.
Menurutnya, ulama tersebut tidak pernah mengesahkan bahawa Anwar difitnah oleh Saiful Bukhari Azlan. Malah beliau sendiri tidak tahu siapa yang berkata benar, sama ada Anwar atau Saiful. Beliau hanya menjawab soalan yang ditanya dan soalan tersebut pula ternyata berniat mengelirukan ulama tersebut, kata sumber itu lagi.
Ujarnya, Dr. Yusof Al-Qaradhawi menjawab hanya berdasarkan soalan yang diberi iaitu:
''Bolehkah tolong jelaskan pertuduhan Anwar Ibrahim tanpa bukti dan saksi? Apakah pandangan syarak?''
Maka ulama tersebut menjawablah berdasarkan soalan yang ditanya. Sama seperti kita menjawab soalan Pengetahuan Agama Islam dalam peperiksaan SPM. Bentuk soalan diberi maka jawapannya mestilah berasaskan senario yang ada.
Bagaimana pula jawapan ulama tersebut jika soalannya berbunyi begini?
''Bolehkah tolong jelaskan pertuduhan Anwar Ibrahim berdasarkan bukti dan saksi yang ada. Apa pandangan syarak perbuatan meliwat?''
Saksi di sini ialah merujuk kepada manusia yang terlibat dalam kejadian itu, spesimen yang dijumpai dalam jubur Saiful (air mani tertuduh), peralatan yang terlibat dan sebagainya.
Kawan pasti, Dr. Yusof Al-Qaradawi akan menjawab secara panjang lebar mengenai perbuatan terkutuk tersebut. Kawan ada terbaca mengenai tulisan seseorang dalam sebuah blog yang mengatakan ulama tersebut bersetuju jika peliwat dihukum bunuh dengan cara mencampaknya dari bangunan tinggi.
Sama ada hukuman sebegini menurut hukum Islam atau tidak kawan tidak tahu. Yang kawan tahu, hukuman untuk peliwat dan perogol adalah amat berat terutama jika sudah beristeri.
Maka, bolehkah kita percaya ulama ini menyokong Anwar seperti yang dijaja di seluruh negara sejak beberapa bulan lalu, andainya soalan yang ditanya oleh wartawan tersebut adalah bersifat umum. Bagi kawan ia adalah fitnah terhadap ulama tersebut.
Malah ulasan yang diberikan beliau hanyalah berkenaan isu zina dan pertuduhan melakukan zina bukannya liwat.
Di samping itu, di dalam CD yang diedarkan oleh PKR di Hulu Selangor juga jelas memaparkan yang ulama tersebut ada menyebut bahawa tuduhan zina tanpa bukti dan perlunya membawa 4 orang saksi bukannya merujuk langsung kepada kes liwat yang dihadapi Anwar.
Kawan juga melihat dalam CD tersebut terdapat banyak kelemahan tentang dakwaan ulama tersebut menyokong Anwar.
Kawan percaya Dr. Yusof Al-Qaradhawi tidak begitu mengenali sifat dan perangai Anwar. Beliau tentunya tidak tahu bahawa Anwar ini adalah seorang penipu, punyai sejarah meliwat orang dan mengamalkan rasuah.
Beliau juga tidak tahu bahawa Anwar ini pernah menari dengan perempuan, menganiaya orang dan mempunyai hubungan baik dengan pelampau Yahudi.Bak kata lain, Anwar adalah bekas banduan yang amat licik.
Jadi kawan lebih percaya bahawa beliau sebenarnya tertipu dengan permainan licik Anwar. Lebih pelik bagaimana beliau boleh percaya yang Anwar ini adalah seorang pendakwah dan orang baik. Adakah beliau bermaksud yang Saiful yang menjadi mangsa liwat Anwar adalah seorang insan yang jahat, penipu dan penentang ulama.
Kawan tidak percaya begitu. Dan sumber yang mendedahkan kisah ini menyebut bahawa Dr. Yusof Qaradhawi sebenarnya tertipu dengan mainan licik Anwar yang menggunakan anak lelaki beliau.
Anak Dr. Yusof Al-Qaradhawilah yang menjadi perantaraan sehingga terbitnya CD tersebut.
Maka, sekiranya pandangan ulama tersebut lahir daripada kelemahannya membaca tipu daya orang lain, bolehkah ia dianggap fatwa dan mesti diikuti oleh semua ulama dan badan agama Islam di seluruh dunia.
Bagi kawan, ia tidak boleh dianggap fatwa tetapi sekadar pandangan peribadi beliau. Sebab itulah tiada ulama mahupun Majlis Fatwa Kebangsaan atau Negeri yang mengambil kira pandangan tersebut.
Itu belum diambil kira pendirian Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Harun Din yang sampai sekarang tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang Anwar difitnah. Khabarnya, beliau pernah berjumpa sendiri dengan Saiful dan bertanya sama ada benar dia pernah diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut.
Nampaknya, sampai sekarang Dr. Harun membisu.
Ini kerana Anwar diheret ke mahkamah kerana ada bukti dan ia bukan tuduhan jenayah berbentuk rekaan. Kalau inipun rakyat Hulu Selangor boleh tertipu, tak tahulah apa nak jadi. Maka bertambahlah koleksi kehebatan menipu Anwar.
PAS DAHULU DAN PAS SEKARANG
Isnin, 19 April 2010
CABARAN AZMIN TAKTIK PEMBANGKANG MENGALIH ISU
Salam
Hari ini aku baca muka depan akhbar Utusan Malaysia, tajuk Azmin Ali cabar BN buktikan Zahid Kaki botol.
Aku rasa kita tak perlu layan si Azmin nie,ini taktik dia mengalih isu, soal buktikan zaid tu kaki botol kita serah pada DS Mahyuddin tentu dia ada banyak bukti.
Kita minta Azmin ke,Zaid ke ,Khalid gagap ke atau Al-Juburi ke, keluarkan "Blue print" tentang masa depan Parlimen Hulu Selangor di bawah PR.
Atau kita minta Zaid Ibrahim keluarkan perlembagaan PR atau peraturan PR atau salinan ROS untuk Pakatan Rakyat. Halal kan dulu Pakatan Rakyat baru boleh guna nama Pakatan Rakyat. Sekarang yang bertanding di Hulu Selangor adalah PKR. Yang PAS sibuk-sibuk pasal apa????. Pakatan Rakyat mana wujud???.
Tak serang peribadi pun Penduduk Hulu Selangor memang tak gemar Zaid Ibrahim tapi mereka akan undi PR pasal simpati kat zaid pasal BN mengaibkan melayu Islam.
Ingatlah PR hanya perlu undi simpati dari orang melayu untuk menang kerana perkiraan mereka separuh daripada 53% melayu iaitu 26.5% akan undi PR,(30%)cina dan 10% India akan memihak PR. Jadi PR perlu curi 50% lagi dari balance 26.5% melayu yang sokong BN. iaitu target melalui undi simpati sebanyak 13%. Jadi PR berkirakan akan dapat 39% undi melayu,30% undi cina dan 10% undi India.
so kita elakkan daripada memberi ruang rakyat bersimpati dengan PR nie.
Jadi apa agaknya yang berlaku kalau PR dapat pertahankan kerusi P094
1. Kedai arak dan jualan arak akan menjadi business utama.
2. Rumah urut dan sex akan dibuka 24 jam, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun di hulu selangor.
3. Surau-surau dan masjid tidak di benarkan azan kuat-kuat,kuliyah subuh tak boleh pasang speaker.
4. Orang melayu boleh sembahyang di gereja dan orang bukan islam boleh sembahyang di surau atau masjid.
5. Kongsi gelap dan samseng mendapat kawasan baru.
6. Aktiviti meliwat di benarkan di hulu selangor.
7. Hulu selangor akan mendapat penasihat ekonomi yang bertuankan Yahudi.
8. Hulu selangor tak perlu ada Polis,sebab polis akan tembak siapa yang dia tak suka.
9. Hulu selangor tak perlu ada Polis,Badan Kehakiman dan SPRM sebab PR tak percaya pada polis,badan kehakiman dan SPRM.
10.Hulu Selangor akan dapat pakar bedah Prono yang di import dari Thailand.
11. Semua tuntutan IFC akan di laksanakan di P094 hulu Selangor.
12. Kalimah allah boleh di gunakan oleh semua orang Hulu Selangor tanpa mengira agama.
13. Anak-anak perempuan yang belum datang bulan di cagarkan / di nikahkan dengan ahlul Pakatan Ajaran Sesat.
14. Wakil rakyat boleh langgar pelajar dengan kereta lepas minum arak.
15. Kelab tak pakai seluar dalam akan ditubuhkan oleh Eli di Hulu selangor.
16. Hulu Selangor akan tersisih dari arus pembangunan.
17. Peluang pekerjaan tidak akan bertambah di Hulu Selangor.
18. Rakyat Hulu Selangor terpaksa berhijrah ke negeri lain untuk cari kerja.
19. Hulu Selangor akan dapat sebuah ladang babi terbesar di dunia.
20.Peluang bekas banduan dan raja liwat akan dengan mudah mencapai cita-cita untuk menjadi PM
21. Di Hulu Selangor Islam liberal.
22. Muslim murtad di Hulu Selangor akan dapat pembelaan oleh Zaid
23 di Hulu Selangor tidak ada apa yang di katakan perkara 153 perlembagaan persekutuan yang ada ialah Malaysian Malaysia ala DAP
24. Parlimen Hulu Selangor melalui zaid Ibrahim akan mengusulkan supaya perlembagaan negara di ubah.
Kalau BN menang di P094.
1. Kesejahteraan dan keamanan rakyat akan terpelihara
Rabu, 14 April 2010
KEGAWATAN PKR DI HULU SELANGOR
Dengan Ikhsan http://belantan.blogspot.com/2010/04/anwar-kini-sudah-menjadi-satu-liability.html
Berbalik kepada Hulu Selangor, semalam menerima satu SMS yang dipercayai terkeluar dari satu mesyuarat PKR yang sedang membincangkan strategi pilihan raya kecil itu.
Mesyuarat itu menurut al-kisah SMS itu berlangsung pagi kelmarin dan dipengerusikan oleh seorang orang kuat Anwar Ibrahim sejak dari dalam UMNO lagi. Beliau ialah orang kepercayaan Anwar.
Melihatkan kepada butir bicara yang dibincangkan dapatlah disimpulkan bahawa terlalu banyak isu yang perlu dibereskan oleh parti dokongan Anwar yang ironinya dia sendiri pun sedang menghadapi kegawatan dirinya sendiri.
Antara yang dibincangkan ialah mereka mahu supaya isu yang membabitkan Anwar dapat dikurangkan perbincangannya. Mereka bimbang soal Anwar boleh menjejaskan peluang parti itu. Seboleh mungkin mereka mahu mengalihkan kepada isu-isu lain.
Oh, rupa-rupanya mereka sendiri pun takut dengan isu yang membabitkan Anwar ini? Jika begitulah al-kisah SMS itu, betullah seperti mana banyak orang kata, Anwar kini sudah menjadi satu liability (istilah Melayu lama: menanggung biawak yang hidup) kepada pakatan itu.
Dalam apa-apa strategi perang, nampaknya isu Anwar perlu dijadikan agenda. Kita tidak boleh salahkan mereka kerana jika jeneral sendiri mempunyai masalah besar, maka orang-orang bawahannyalah yang perlu memikirkan penyelesaiannya. Tak hairanlah banyak askar-askarnya sudah ‘letih’ dan mulai melarikan diri. Semua orang tahu, kes perbicaraan Anwar tidak habis-habis sejak dulu sampai ke hari ini.
Sebaliknya, mesyuarat itu mahu memberi tumpuan untuk ‘menyerang’ psikologi orang-orang Felda yang banyak di Hulu Selangor itu. Mereka mahu membasuh fikiran orang Melayu di situ supaya memberi undi kepada mereka. Mereka mahu memecahkan persepsi bahawa Felda ialah organisasi kesayangan Najib Tun Razak.
Memang Najib mempunyai ‘soft-spot’ terhadap Felda kerana Allahyarham ayahandanya yang mengasaskan agensi itu bermula dari hutan belantara kepada satu skim yang sehingga kini dicontohi oleh banyak negara sedang membangun lain.
Menurut SMS itu, pakatan memberi tumpuan untuk menyerang generasi kedua Felda. Mereka tahu generasi pengasas Felda sukar hendak diputar-belitkan. Hanya generasi baru sekarang yang kurang ‘semangat dan roh’ orang dulu yang senang untuk dipengaruhi. Isu-isu lain mengikut al-kisah SMS itu ialah: Mereka akan mempertahankan sebab-musabab mengapa kampus UiTM Serendah tidak boleh didirikan. Hanya orang Melayu yang kurang arif dengan peranan UiTM itu sahaja yang akan termakan dengan alasan mereka kelak.
Mereka juga akan mempertahankan sebab-musabab mengapa kuil Hindu Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23 Shah Alam. Dulu semasa BN memerintah Selangor, pembangkang bagai nak rak membantah bagi mempertahankan kuil Seksyen 19 itu. Tapi selepas menang mereka pun sama, dua kali lima.
Lain-lain isu yang terpaksa dipertahankan mereka, menurut al-kisah SMS itu lagi ialah:
* Isu keuntungan jualan pasir di Selangor.
* Isu ladang babi di Mukim Batu Kuala Langat.
* Isu kalimah Allah dan perdebatan Khalid Ibrahim dengan Zulkifli Nordin.
* Isu rumah urut dan penjualan arak yang dipertahankan oleh Ronnie Liu.
* Isu kerugian Universiti Selangor (Unisel) sebanyak RM20 juta.
* Isu gambar Elizabeth Wong.
* Isu cadangan Menteri Besar Selangor mahu membuka UiTM kepada bukan Melayu.
* Isu MB pro-bukan Melayu.
* Isu ekonomi dan perkembangan pelaburan di Selangor yang lembap.
* Isu hubungan pakatan dan Istana Selangor serta cadangan menggunakan wang zakat untuk bukan Islam.
Mesyuarat itu juga, menurut al-kisah SMS itu turut membincangkan isu nasional yang dibimbangi PKR boleh mengubah sokongan pengundi Hulu Selangor kepada BN. Ia mahu isu itu dipantau dan diberikan perhatian serius oleh jentera PKR untuk mematahkan hujah serangan.
Antara isu yang memberikan impak kepada pakatan itu ialah:
* Isu kes liwat Anwar dan Saiful.
* Isu Anwar dan hubungannya dengan Yahudi.
* Isu pengakuan Anwar di Parlimen tentang 16 September.
* Isu kredibiliti Nik Aziz membabitkan tajaan haji dan balak di Kelantan.
* Isu wakil rakyat pakatan lompat parti.
* Pendedahan wakil rakyat Bebas di DUN Perak dan Parlimen.
* Isu tahap keutuhan hubungan Pas, PKR dan DAP.
* Isu hubungan pakatan dengan Sultan Perak.
Pendek kata, banyak sekali isu-isu yang dibangkitkan dalam mesyuarat itu. Semuanya merupakan isu yang ada asas dan kredibiliti untuk dibahaskan oleh BN. PKR dan pakatan perlu bekerja keras untuk menyanggahnya. Mungkin di pihak BN, ia pun perlu menyelesaikan beberapa isu yang juga akan dihadapinya, khususnya soal calon MIC.
BN perlu membuat justifikasi sebab-musabab dipilih calon dari parti itu dan bukannya dari UMNO. Calon PKR pula dikatakan seorang Melayu yang berasal dari Kelantan. Agendanews petang semalam yang memetik Malaysiakini.com mengatakan mesyuarat biro politik PKR yang diadakan di rumah Anwar bersetuju memilih Zaid Ibrahim sebagai calon PKR Hulu Selangor.
Calon MIC pula disebut-sebut merupakan anak tempatan. Kita lihat sejauhmana soal isu dan soal calon itu boleh memberi impak kepada keputusan pilihan raya itu kelak.
Pastinya ia akan menjadi satu ‘kes ujian’ bagi kedua-dua pihak.
BUKTI ANWAR IBRAHIM GUNA 1 ISRAEL
Tulisan : Panglima Perang Cyber ( http://penembak-tepat.blogspot.com )
Alhamdulillah pagi ini saya telah dapat menemui beberapa bukti yang boleh mengaitkan isu APCO dengan Pakatan Rakyat khasnya Anwar Ibrahim yang telah dikenali sebagai ‘teman lama dan mesra’ golongan Yahudi.
Ini setelah meluangkan sedikit masa membaca kembali kenyataan Anwar di Parlimen berhubung isu APCO.
Rupa-rupanya Anwar Ibrahim tidak perasan bahawa beliau telah mendedahkan diri dan Pakatan Rakyat kepada ‘lembah bahaya’ kerana memaparkan fakta tentang 1Israel yang tak ubah konsepnya seperti yang dipraktikkan oleh Pakatan Rakyat bawah beliau.
Semua tahu isu APCO timbul untuk menutup isu isu yang lain. Terutama isu liwat yang masih lagi belum selesai dibicarakan di Mahkamah. Maka ia dimainkan dengan begitu meluas demi untuk mewujudkan persepsi bahawa Kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri membuat hubungan sulit dengan Israel.
Dulu isu Altantunya namun selepas 3 kali Perdana Menteri bersumpah di tiga tempat berbeza dan selepas sekian lama masa dihabiskan untuk menerangkannya barulah fitnah tersebut padam dan tidak lagi dijadikan isu oleh pembangkang. Kini isu APCO dijadikan modal untuk memburukkan PM dan seluruh pentadbiran kerajaan kerana mengambil APCO menjadi penasihat Perdana Menteri dalam dasar 1Malaysia.
Begitu juga isu pembelian kapal selam, jet dan sebagainya juga telah tidak lagi diulang oleh pembangkang selepas rakyat sendiri telah dapat melihat bahawa tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang tidak berasaskan bukti yang nyata melainkan hanyalah fitnah yang direka-reka untuk kepentingan politik yang sempit.
Isu APCO yang dikait dengan 1Israel ini telah dijadikan isu untuk mengaitkan Kerajaan Malaysia dengan isu keselamatan negara ekoran kaitannya yang didakwa ada hubungan dengan Israel. Walhal ia satu pembohongan yang amat jelas. Anwar cuba memberi gambaran Malaysia sudah sangat terancam apabila PDRM dan JPM telah diresap oleh pengganas Israel sedangkan ia tidak berlaku sama sekali.
Yang terancam hakikatnya ialah masa depan politik Anwar yang mana ramai menganggap beliau akan gagal menuju takhta PM dan bakal berakhir di kandang besi jika disabitkan kesalahan meliwat Saiful Bukhari.
Tuduhan mereka hanyalah bersandarkan kepada persamaan perkatan 1Israel dengan 1Malaysia. Bahkan mereka tidak tahu dengan teknologi internet zaman ini rakyat tidak mudah diperbodohkan oleh Anwar Ibrahim. Segala maklumat sudah berada di hujung jari.
Realitinya, 1Israel yang didakwa hasil idea APCO adalah satu gabungan parti parti politik di Israel manakala 1Malaysia adalah gagasan untuk menyatukan rakyat Malaysia agar harmoni dan saling bersatu padu tanpa melibatkan kerjasama parti-parti politik.
Jika benar APCO bertanggungjawab mencipta 1Israel kenapa konsep yang sama tidak dipraktikkan oleh Kerajaan Malaysia ?
Dan ternyata hanya Pakatan Rakyat sahaja yang mempunyai persamaan dengan 1Israel yang dipraktikkan di sana oleh golongan ZIONIS YAHUDI.
MENJAWAB ASIASOFT DAN APCO INTERNATIONAL
Dewan Rakyat: Tiada Penglibatan Perisik Israel Dalam Projek PDRM - Abu Seman
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri Selasa menafikan penglibatan dua anggota perisik Israel dalam projek "Police Reporting System" (PRS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) seperti yang didakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Menterinya Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata siasatan dalaman yang dilakukan PDRM mendapati kesemua pekerja yang terlibat dalam pembangunan projek PRS terdiri daripada warga tempatan kecuali seorang warga India.
"Projek PRS adalah berkaitan sistem menerima laporan polis melalui sistem komputer yang dibekalkan di balai-balai polis di seluruh Semenanjung Malaysia melalui tiga fasa mengikut zon dan sistem PRS bagi Sabah dan Sarawak akan dilaksanakan dalam fasa keempat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 pada peringkat jawatankuasa bagi kementerian berkenaan.
Anwar, dalam perbahasan di Dewan Rakyat Selasa lepas, mendakwa beliau mempunyai dokumen bahawa perisik Israel mempunyai akses kepada maklumat strategik negara melalui syarikat Asiasoft (M) Sdn Bhd yang merupakan subkontraktor bagi projek menaik taraf sistem komunikasi dan teknologi PDRM.
Abu Seman berkata fasa pertama dan kedua projek itu dibuat oleh Sapura System Sdn Bhd (SSSB) dan fasa ketiga pula dibangunkan oleh Masterplan Consulting Sdn Bhd (MPC) yang telah melantik subkontraktor iaitu Asiasoft (M) Sdn Bhd bagi melaksanakan sebahagian aplikasi sistem PRS, di mana saham syarikat itu 70 peratus daripadanya dimiliki oleh rakyat Malaysia dan bakinya dimiliki Asiasoft (S) Pte Ltd.
"Semua pekerja yang terlibat adalah terdiri daripada warga tempatan dan tidak ada sama sekali pekerja-pekerja dari Asiasoft (S) Pte. Ltd," katanya.
Bagaimanapun selepas Ogos 2007, Abu Seman berkata 100 peratus saham milik Asiasoft (S) Pte Ltd telah diambil alih oleh Asiasoft Global Pte Ltd yang berdaftar di Singapura dan bukannya di Tel Aviv, Israel.
Beliau berkata saham syarikat Asiasoft Global Pte Ltd dimiliki seorang rakyat Singapura iaitu Toh Kian Hong sebanyak 49 peratus, manakala bakinya dimiliki Top Image Systems Ltd (TIS) yang mana dua daripada anggota lembaga pengarahnya adalah rakyat Israel.
"Kebimbangan kehadiran perisik Israel ini mula timbul bila ada peralihan saham itu, tetapi projek fasa tiga telah disiapkan pada Oktober 2006 iaitu sebelum penstrukturan semula pada Ogos 2007, jadi tidak ada kemungkinan terlibat perisik Israel dalam projek RPS.
"Melalui siasatan dalaman PDRM juga, MPC telah memaklumkan bahawa mereka telah menamatkan perkhidmatan subkontraktornya iaitu Asiasoft (M) Sdn Bhd pada 31 Dis 2008," katanya.
Beliau berkata dakwaan Anwar bahawa projek RMPnet iaitu projek sistem komunikasi radio dua hala yang dibangunkan oleh Motorola Technology Sdn Bhd (MTSB) dengan kerjasama MPC ada kaitan dengan Apco Worldwide, juga tidak benar.
"RMPnet adalah projek menaik taraf sistem komunikasi analog konvensional PDRM kepada sistem komunikasi taktikal digital yang dapat menjamin keselamatan maklumat dan peningkatan keberkesanan PDRM.
"MTSB melaksanakannya berdasarkan piawaian Apco P25 yang dibangunkan oleh 'Association of Public Safety Communications Officials' yang dikenali dengan nama ringkas Apco International.
"Apco International tiada kaitan langsung dengan Apco Worldwide yang merupakan syarikat perunding perhubungan awam manakala RMPnet dan PRS merupakan dua projek berasingan dan tiada kaitan sama sekali," katanya.
Abu Seman juga menafikan dakwaan kos projek RMPnet meningkat kepada RM999 juta kerana kos projek berkenaan kekal pada kos asal iaitu sebanyak RM980 juta.
Persidangan dewan juga kemudiannya telah meluluskan kesemua rang undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 di peringkat jawatankuasa yang mula dibahaskan sejak minggu lepas.
Selasa, 13 April 2010
NIK AZIZ - MUSYIDUL AM ATAU MUDALILUL AM
Ahad, 11 April 2010
KEMPEN BEBASKAN KAWASAN MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG DARI ARAK
Saya mulakan tulisan saya ini dengan maksud ayat al-quran dari surah al-Baqarah, ayat 219 yang bermaksud "Mereka bertanya kamu (Muhammad) mengenai khamar dan judi, katakanlah bahawa pada kedua-duanya dosa yang besar dan bermanfaat kepada manusia tetapi dosa kedua-duanya itu lebih besar daripada manfaat.”
Arak adalah punca segala kejahatan seperti maksud Hadith Rasulullah s.a.w : Maksudnya : “Khamar adalah punca kejahatan”.Kerana apabila seorang itu mabuk maka dia akan melakukan kejahatan sama ada dari segi percakapan dan perbuatannya, tanpa menyedari akibatnya.
Syariat Islam telah mengharamkan arak dan menetapkan hukuman berat ke atas peminum-peminum arak kerana ia boleh membahayakan bukan sahaja kepada peminum-peminum arak itu sendiri bahkan juga kepada masyarakatnya.
Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. pernah melaknatnya, yaitu seperti tersebut dalam riwayat di bawah ini:
"Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)
Bagi memastikan umat Islam dikawal dan dijauhi daripada arak, pihak berkuasa perlu memastikan pemberian lesen penjualan arak terkawal dan tidak membabitkan orang Islam secara langsung atau tidak langsung.
Dalam hal ini kalau tidak silap saya mengikut rekod Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang (PBTPG).Sebelum dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) mulai 1 Julai 2008.Hanya terdapat 3 premises yang mendapat lesen sebagai kedai minuman arak iaitu 2 di Pelabuhan Johor dan 1 di Tanjung Putri.
Jika benar rekod itu,Ada beberapa kekeliruan dan persoalan yang sehingga ini masih belum terjawab.
1.Kenapa banyak premises perniagaan di bawah pentadbiran MPPG menjual arak.
2.Apakah penjualan arak di kedai-kedai runcit atau mini market itu tidak perlu lesen?
3.Apakah lesen arak itu di beri untuk premises perniagaan yang menghidangkan minuman itu kepada pelanggannya sahaja, iaitu untuk di minum di dalam kedainya sahaja?
3.Dalam hal ini siapa atau pihak mana yang sebenarnya mengeluarkan lesen arak ini dan siapa dan pihak mana pula yang menjalankan operasi pemantauan dan kawalan?
4.Apa status 7-eleven di kawasan pentadbiran MPPG yang menjual arak?
Saya berharap agar pihak pengurusan dan pentadbiran MPPG ini mengambil berat serta mengambil tindakkan terhadap premises yang menjual arak ini kerana di khuatiri jika penjualan arak ini tidak di bendung maka kawasan MPPG ini tidak mendapat berkat dari allah s.w.t.
Sabtu, 10 April 2010
TAKZIAH . PRK KE 11 SELEPAS PRU 12. SIBU P 212
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau yang juga anggota parlimen bandar Sibu meninggal dunia di Hospital Selayang, akibat barah.
Lau, 68, dari SUPP memenangi kerusi p 212, Sibu dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.
Kematiannya akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil - yang kesebelas selepas pilihan raya umum 2008.
Ia juga merupakan pilihan raya kecil kedua di Sarawak selepas DUN Batang Ai.
Pilihan raya kecil tersebut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh berlaku kekosongan.
Pada pilihan raya umum 2008, Lau mendapat 19,138 undi manakala Wong mendapat 15,903 undi dan Lim (812).
Lau mewakili parlimen Sibu sejak 1990.
Dalam pilihan raya umum 2008, parlimen Sibu mempunyai 53,679 pengundi, dengan majoriti kaum Cina (60 peratus), Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus).
Khamis, 8 April 2010
MEMAHAMI MINDA PERDANA MENTERI
Isnin, 5 April 2010
PETUNJUK MUDAH UNTUK MENENTUKAN CALON P094
Ahad, 4 April 2010
AKAUN PARTI KEADILAN RAKYAT
Salam.
Artikel ini aku copy dari salah seorang members blogers asal negeri 9.
untuk bacaan dan pertimbangan pembaca blog ini.
Ramai orang 'kononnya' terkejut dengan kes terbaru Anwar Ibrahim ni. Kalau tahun 1998 dulu dikatakan hampir 36 juta orang seluruh dunia buat sembahyang hajat untuk membebaskan Anwar dari tuduhan 'rear stabber' termasuk di Malaysia, Indonesia sehinggalah ke Mekah namun takde apa2 kesan pun. Sekarang agaknya tuduhan baru ni berapa ramai pulak yang akan buat sembahyang hajat nak minta petunjuk? Anwar pulak nak lari daripada kena siasat terpaksa la minta perlindungan sebab ancaman bunuh la, konspirasi politik la, suaka politik la etc. Dah memang 'old habits' susah nak tinggal, nak buek camno. Bak kato orang2 tua, "Kalo takde angin masakan pokok bergoyang".
Lupo plak den agenda asal. Sebenarnya kami nak paparkan akaun bank Parti Keadilan Rakyat yang kami perolehi daripada sumber yang tidak mahu mendedahkan identitinya. Sahih atau tidak maklumat ni bolehlah orang2 PKR semak sendiri akaun bank parti mereka. Nombor Akaun 19901000076, Akaun Type Current (HLB) dan Current Balance RM540,766,850.40 bertarikh 16 Februari 2008. Apa yang menjadi kemusykilan kami ialah jumlah wang dalam akaun PKR yang mencecah lebih RM540 juta. Dikhabarkan pula duit ini datangnya dari akaun Citibank Anwar di Singapura. Banyak plak duit unemployed person nih. Kalo Anwar boleh bagi Parti Keadilan Rakyat lebih RM540 juta dan PAS dikatakan diberi RM150 juta, agak2nya berapa pulak jumlah sebenar duit dalam akaun Anwar di Citibank Singapura tu. Negara mana pulak yang sponsor agaknya? Entahlah. Nilaikanlah sendiri wahai bloggers sekalian. Wallahualam.
PERASMIAN KRT ZON CASUARINA TAMAN SCIENTEX
Sabtu, 3 April 2010
1 MALAYSIA YANG SEBENAR
Jumaat, 2 April 2010
BILA PEKERJA TIDAK BEKARJA ATAU TAKUT BEKERJA UNTUK MAJIKAN.
Assalamualaikum w.bkth.
Pelik bunyi tajuk itu, apa pun saya serahkan kepada pembaca semua membuat andaian dan tafsiran terhadap maksud artikel ini.
Jika keadaan dia atas di lihat dalam konteks kerja dan pekerjaan maka sudah tentulah kita akan merujuk kepada peruntukan dan Akta Kerja 1955 (akta 265) dalam Bahagian II Kontrak Perkhidmatan, kepada perkara 12 atau 13 atau 14 atau 15 yang mana akhirnya salah satu pihak akan meninggalkan pihak yang satu lagi. Maka dengan itu selesailah masalah di atas dan tidak perlulah saya menulis tentang tajuk tersebut.
Persoalan daripada tajuk di atas ialah apa tindakan majikan jika pekerja tidak mahu bekerja atau takut bekerja untuk majikan? Kalau saya majikan sudah tentulah saya akan menggunakan segala saluran yang ada untuk mengeluarkan atau menyingkirkan mana-mana pekerja yang tidak boleh memberi sumbangan kepada saya selaku majikan, dan saya percaya bahawa tuan-tuan juga akan berbuat begitu. Ayuh mari kita lihat dalam kontek kakitangan kerajaan pula, kerajaan hari ini yang di perintah oleh kerajaan Barisan Nasional kita anggap sebagai majikan dan kakitangan kerajaan sudah pastinya sebagai pekerja kerajaan atau penjawat awam. Cuba tuan-tuan renungkan dan lihatlah di persekitaran tuan-tuan ada atau tidak sebahagian dari kakitangan kerajaan atau penjawat awam ini yang tidak bekerja atau takut bekerja untuk Kerajaan?. Jika ada sudah pastilah kerajaan tertipu dan di tipu oleh pekerjanya sendiri bilamana setiap bulan mendapat gaji dari kerajaan tetapi kerja tidak di jalankan, tanggungjawab menjaga majikan@kerajaan tidak di laksanakan. Jadi beruntunglah bermajikankan kerajaan Barisan Nasional ini kerana kerja tak jalan pun gaji tetap dapat. Mangsanya adalah tetap kepada rakyat yang tidak berpuashati terhadap perkhidmatan kakitangan tersebut.
Tapi, apa pula tindakan kerajaan sebagai majikan terhadap pekerja atau kakitangannya yang bukan sahaja tidak bekerja atau takut bekerja untuk kerajaan sebagai majikan malah lebih buruk lagi bilamana ada sebahagian daripada kakitangan yang secara terang-terangan MENENTANG KERAJAAN dengan bersekongkol dengan pihak-pihak yang memang di ketahui mempunyai niat dan hasrat untuk menjatuhkan kerajaan. Ada juga jabatan-jabatan kerajaan yang takut untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mempertahankan kerajaan kerana menghormati desakan pembangkang. Amat malang sekali kerajaan Malaysia hari ini bila orang-orangnya sendiri cuba menjahanamkan dan menjatuhkan kerajaan. Kenapa Pengarah-Pengarah Jabatan atau Kementerian tidak mahu mengambil tindakkan terhadap kakitanganya yang menentang kerajaan, adakah kerana Pengarah-Pengarah Jabatan atau kerajaan ini juga sama menentang kerajaan?. Dalam Hal ini saya teringat apa yang Tun Mahathir jawab bila wartawan bertanya soalan terhadap sikap sebahagian kakitangan kerajaan yang menentang kerajaan, Tun Kata ” tarik balik kemudahan yang di berikan kepadanya, baru dia tahu menghargai kemudahan itu”. Satu jawapan yang sangat tepat dan sesuai untuk mereka yang mengkhianati amanah dan tanggungjawab sebagai kakitangan kerajaan. Mempertahankan majikan atau Kerajaan adalah wajib bagi kakitangan majikan atau kerajaan itu.
Lantas apa sumbangan kita untuk membantu kerajaan dalam menangani permasalahan ini?.
1. Kenalpasti individu terbabit dan TARBIAHkan dia. "Hai orang-orang yang beriman, taatlah kamu sekalian kepada Allah dan taatlah kamu sekalian kepada Rasul dan kepada orang-orang yang berkuasa di antara kamu. Maka jikalau kamu berbantahan dalam satu perkara, hendaklah kamu sekalian mengembalikannya kepada Allah dan Rasul, jika kamu sekalian beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu, sebaik-baik dan sebagus-bagus keputusan." (an-Nisa' : 59)
2. Ingatkan dia duit gaji dia untuk membeli makan minum anak bini tu, datang dari kerajaan sebagai majikannya.
3. Lapurkan aktivitinya kepada ketua Jabatan atau Kementerian.
4. Cabar dia letak jawatan dan kerja dengan pembangkang.
5. Buat apa sahaja lah asalkan kita mengingatkan dia seperti kehendak al-quran surah Al-asr ”Demi masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebanaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran”.
Langgan:
Ulasan (Atom)