Selasa, 20 April 2010

PAS DAHULU DAN PAS SEKARANG

Politik PAS hari ini mudah sangat ditipu kerana alasan keterbukaan dan penerimaan tanpa melihat kebelakang dan belajar daripada sejarah lampau. PAS hanya pentingkan duniawi dan bagi mereka Islam hanyalah nama dan bukan ad'din yang perlu dikembangkan. Dewan Ulama PAS negeri Kelantan pernah mengeluarkan arahan bahawa, "PAS sama sekali tidak boleh atau dilarang bekerjasama dengan MANA-MANA pertubuhan yang bukan Islam." Dan harus ingat kapasiti Nik Aziz ketika itu adalah sebagai Ketua Dewan Ulama dan Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Nik Aziz menentang keras dengan DAP dan mana-mana parti yang tidak 'Islamik' berdasarkan 'ketinggian' ilmu agama. Tapi selepas PRU ke-12, PAS berubah terus dan menerima dengan hati terbuka gabungan parti 'tidak islamik' sebagai rakan yang disanjung. Inilah kenyataan Nik Aziz yang banyak melukakan hati penyokong ekstrem PAS. "Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahlah DAP, syaitan pun saya boleh terima" Di Hulu Selangor, PAS terpaksa dikerah tenaga untuk memenangkan calon tidak bermoral ibarat meludah kelangit terkena muka sendiri. Calon yang ditonjolkan PKR adalah calon yang pernah dibenci, dicaci PAS kerana fahamannya yang tidak mempercayai kewujudan tuhan. Keadaan di Hulu Selangor lain. Apa boleh buat, keinginan untuk berkuasa dan gilakan undi PAS sanggup dikudakan apa saja.Dan yang paling penting PAS akan berbuat apa sahaja asalkan melayu Islam tidak bersatu, kerana inilah satu-satunya doktrin yang di tinggalkan oleh British kepada PAS dari awal penubuhannya dahulu. British menyokong penubuhan Parti PAS kerana untuk mengimbangi kuasa UMNO pada ketika itu yang telah terbukti bahawa dengan penyatuan orang-orang melayu gagasan Malayan Union berjaya di gagalkan,maka oleh kerana takut kepada kuasa orang melayu pihak British telah menbenarkan Fuad Hassan Menubuhkan Parti PAS. Kesimpulannya menyokong PAS bererti kita menyokong perpecahan antara seagama dan sebangsa. Fikir-fikirkan lah.

Tiada ulasan: