Rabu, 14 April 2010

KEGAWATAN PKR DI HULU SELANGOR

Dengan Ikhsan http://belantan.blogspot.com/2010/04/anwar-kini-sudah-menjadi-satu-liability.html Berbalik kepada Hulu Selangor, semalam menerima satu SMS yang dipercayai terkeluar dari satu mesyuarat PKR yang sedang membincangkan strategi pilihan raya kecil itu. Mesyuarat itu menurut al-kisah SMS itu berlangsung pagi kelmarin dan dipengerusikan oleh seorang orang kuat Anwar Ibrahim sejak dari dalam UMNO lagi. Beliau ialah orang kepercayaan Anwar. Melihatkan kepada butir bicara yang dibincangkan dapatlah disimpulkan bahawa terlalu banyak isu yang perlu dibereskan oleh parti dokongan Anwar yang ironinya dia sendiri pun sedang menghadapi kegawatan dirinya sendiri. Antara yang dibincangkan ialah mereka mahu supaya isu yang membabitkan Anwar dapat dikurangkan perbincangannya. Mereka bimbang soal Anwar boleh menjejaskan peluang parti itu. Seboleh mungkin mereka mahu mengalihkan kepada isu-isu lain. Oh, rupa-rupanya mereka sendiri pun takut dengan isu yang membabitkan Anwar ini? Jika begitulah al-kisah SMS itu, betullah seperti mana banyak orang kata, Anwar kini sudah menjadi satu liability (istilah Melayu lama: menanggung biawak yang hidup) kepada pakatan itu. Dalam apa-apa strategi perang, nampaknya isu Anwar perlu dijadikan agenda. Kita tidak boleh salahkan mereka kerana jika jeneral sendiri mempunyai masalah besar, maka orang-orang bawahannyalah yang perlu memikirkan penyelesaiannya. Tak hairanlah banyak askar-askarnya sudah ‘letih’ dan mulai melarikan diri. Semua orang tahu, kes perbicaraan Anwar tidak habis-habis sejak dulu sampai ke hari ini. Sebaliknya, mesyuarat itu mahu memberi tumpuan untuk ‘menyerang’ psikologi orang-orang Felda yang banyak di Hulu Selangor itu. Mereka mahu membasuh fikiran orang Melayu di situ supaya memberi undi kepada mereka. Mereka mahu memecahkan persepsi bahawa Felda ialah organisasi kesayangan Najib Tun Razak. Memang Najib mempunyai ‘soft-spot’ terhadap Felda kerana Allahyarham ayahandanya yang mengasaskan agensi itu bermula dari hutan belantara kepada satu skim yang sehingga kini dicontohi oleh banyak negara sedang membangun lain. Menurut SMS itu, pakatan memberi tumpuan untuk menyerang generasi kedua Felda. Mereka tahu generasi pengasas Felda sukar hendak diputar-belitkan. Hanya generasi baru sekarang yang kurang ‘semangat dan roh’ orang dulu yang senang untuk dipengaruhi. Isu-isu lain mengikut al-kisah SMS itu ialah: Mereka akan mempertahankan sebab-musabab mengapa kampus UiTM Serendah tidak boleh didirikan. Hanya orang Melayu yang kurang arif dengan peranan UiTM itu sahaja yang akan termakan dengan alasan mereka kelak. Mereka juga akan mempertahankan sebab-musabab mengapa kuil Hindu Seksyen 19 dipindahkan ke Seksyen 23 Shah Alam. Dulu semasa BN memerintah Selangor, pembangkang bagai nak rak membantah bagi mempertahankan kuil Seksyen 19 itu. Tapi selepas menang mereka pun sama, dua kali lima. Lain-lain isu yang terpaksa dipertahankan mereka, menurut al-kisah SMS itu lagi ialah: * Isu keuntungan jualan pasir di Selangor. * Isu ladang babi di Mukim Batu Kuala Langat. * Isu kalimah Allah dan perdebatan Khalid Ibrahim dengan Zulkifli Nordin. * Isu rumah urut dan penjualan arak yang dipertahankan oleh Ronnie Liu. * Isu kerugian Universiti Selangor (Unisel) sebanyak RM20 juta. * Isu gambar Elizabeth Wong. * Isu cadangan Menteri Besar Selangor mahu membuka UiTM kepada bukan Melayu. * Isu MB pro-bukan Melayu. * Isu ekonomi dan perkembangan pelaburan di Selangor yang lembap. * Isu hubungan pakatan dan Istana Selangor serta cadangan menggunakan wang zakat untuk bukan Islam. Mesyuarat itu juga, menurut al-kisah SMS itu turut membincangkan isu nasional yang dibimbangi PKR boleh mengubah sokongan pengundi Hulu Selangor kepada BN. Ia mahu isu itu dipantau dan diberikan perhatian serius oleh jentera PKR untuk mematahkan hujah serangan. Antara isu yang memberikan impak kepada pakatan itu ialah: * Isu kes liwat Anwar dan Saiful. * Isu Anwar dan hubungannya dengan Yahudi. * Isu pengakuan Anwar di Parlimen tentang 16 September. * Isu kredibiliti Nik Aziz membabitkan tajaan haji dan balak di Kelantan. * Isu wakil rakyat pakatan lompat parti. * Pendedahan wakil rakyat Bebas di DUN Perak dan Parlimen. * Isu tahap keutuhan hubungan Pas, PKR dan DAP. * Isu hubungan pakatan dengan Sultan Perak. Pendek kata, banyak sekali isu-isu yang dibangkitkan dalam mesyuarat itu. Semuanya merupakan isu yang ada asas dan kredibiliti untuk dibahaskan oleh BN. PKR dan pakatan perlu bekerja keras untuk menyanggahnya. Mungkin di pihak BN, ia pun perlu menyelesaikan beberapa isu yang juga akan dihadapinya, khususnya soal calon MIC. BN perlu membuat justifikasi sebab-musabab dipilih calon dari parti itu dan bukannya dari UMNO. Calon PKR pula dikatakan seorang Melayu yang berasal dari Kelantan. Agendanews petang semalam yang memetik Malaysiakini.com mengatakan mesyuarat biro politik PKR yang diadakan di rumah Anwar bersetuju memilih Zaid Ibrahim sebagai calon PKR Hulu Selangor. Calon MIC pula disebut-sebut merupakan anak tempatan. Kita lihat sejauhmana soal isu dan soal calon itu boleh memberi impak kepada keputusan pilihan raya itu kelak. Pastinya ia akan menjadi satu ‘kes ujian’ bagi kedua-dua pihak.

Tiada ulasan: