Jumaat, 4 Oktober 2013

INI KALI LAH....SIRI 1

Langkah Pembekuan Projek antara pendekatan terbaik mengurangkan jurang pelaksanaan dan keputusan projek perumahan besar dalam negeri ini selain membantu merealisasikan impian rakyat memiliki kediaman mampu milik.Terdapat kira-kira 180,000 unit (113,000 unit di Johor Bahru, 40,000 unit di Kulaijaya, 11,000 unit di BatuPahat dan beberapa unit di daerah lain) di negeri ini dikategorikan sebagai gagal disiapkan.

Kerajaan negeri juga akan meneliti tindakan-tindakan lain termasuk mendenda atau mengambil semula tanah daripada pemaju yang sudah menerima kelulusan menjalankan projek perumahan.

Pemaju dikehendaki membina 20 peratus rumah mampu milik untuk projek kurang dari 2 hektar.kadar 40 peratus digunakan bagi projek berkeluasan melebihi dua hektar.

Kerajaan Negeri berpendirian tegas untuk memastikan setiap hak lapisan masyarakat akan dipelihara dan tiada rakyat yang tercicir daripada arus kemajuan. 

Sumber : Suara Johor.

Tiada ulasan: