Selasa, 22 Oktober 2013

PRK SG.LIMAU PERMUFAKATAN UMNO-PAS

Umum tahu bahawa DUN Sg.Limau pada PRU 13 di menangi oleh PAS melalui calonnya Allahyahram Dato Seri Azizan Abd Razak, kemenangan itu tidak mampu untuk mengekalkan Allahyarham sebagai Menteri Besar Kedah dan sekaligus tidak mampu mempertahankan PAS untuk terus memerintah Kedah.

Dalam konteks merampas Kedah dari BN, MPG berpendapat Pilihanraya kecil ini tidak dapat memberi apa-apa sumbangan kearah itu, kalau pun PAS mengekalkan DUN Sg. Limau. Kedudukan kerajaan BN di Kedah tidak terjejas, masih (21:15) berbeza dengan PRK Besut.

Adalah lebih baik jadikan PRK Dun Sg.Limau ini satu titik permufakatan kearah perpaduan antara ummah melayu, UMNO/BN perlu berkorban untuk kemenangan yang lebih besar di masa hadapan insyallah. Selama ini agenda perpaduan Melayu hanya propaganda semata-mata kedua-dua belah pihak seolah-olah menyalahkan antara satu sama lain kerana perpecahan ummah Melayu di negara ini. Hari ini Allah menguji kita sekali lagi,menguji bangsa melayu , menguji ummat Islam di negara ini adakah panggilan untuk bersatu demi Islam itu di penuhi atau hanya retorik.

Siapakah antara dua parti bangsa Melayu terbesar ini yang mempunyai keikhlasan untuk menyahut sunnah Rasulallah s.a.w. menurut perintah Allah s.w.t.

Tiada ulasan: