Jumaat, 15 Februari 2013

ORANG MUDA TOLAK PAS



Selama  22 tahun PAS ternyata gagal membangunkan ekonomi Kelantan sebagai sebuah negeri Islam yang berdaya maju dengan pelbagai projek ekonomi rakyat. Akibatnya ramai penduduk di negerti tersebut terpaksa berhijrah ke luar mencari rezeki di negeri orang. Kegagalan PAS tersebut disembunyikan, rakyat di negeri-negeri luar dibohongi kononnya kadar pengangguran di Kelantan amat rendah berbanding di negeri-negeri di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).
PAS berterusan membohongi rakyat kononnya Kerajaan Persekutuan sengaja melambatkan penyaluran bantuan kewangan kepada negeri Kelantan. Bahkan kerajaan Pusat difitnah zalim kerana tidak memberi royalti minyak. Hakikatnya, PAS tidak punyai kemampuan  menjana projek ekonomi untuk rakyatnya. Yang ada cuma KOHILAL yang sentiasa rugi, projek Ladang Rakyat yang balaknya habis digondol serta pelbagai projek yang gagal.
Pucuk pimpinan PAS  bernafsu besar untuk mengambil alih kepimpinan kerajaan Persekutuan dari BN dengan hanya dibenarkan bertanding 67 kerusi Parlimen dari 222 jumlah kerusi keseluruhan jadi, bagaimana mahu jadi pengganti kepada UMNO, apatah lagi dominan dalam Pakatan Pembangkang?

Rakyat Malaysia sering tertipu dengan ceramah-ceramah fitnah dan maki hamun PAS yang sebenarnya menjadi sumber rezeki kepada penceramah mahupun artis-artis politik dalam parti itu melalui derma-derma yang dipungut dari masyarakat. Inikah jenis parti yang boleh diharapkan oleh rakyat Malaysia?

Tiada ulasan: