Khamis, 14 Februari 2013

10 SUBAHAH @ SUBAHAT YANG DIPIKUL PAS KERANA BERTAHALUL SIYASI DENGAN DAP

Sebahagian daripada hibah @ dividen yang di terima oleh puak-puak PAS setelah menjalinkan hubungan yang kononnya tahalul siyasi dengan DAP. Untung atau tidak hubungan itu fikir-fikirkanlah sendiri.


    1.    25 November 1999, Lim Guan Eng ketika menjawat jawatan Timbalan Setiauasha Agung DAP)berjanji akan menghapuskan hak orang Melayu.

    2.    27 Mei 2008 Kit Siang mahu mansuhkan perkataan "Ketuanan Melayu" dan menggantikannya dengan "Ketuanan Malaysia yang kononnya lebih adil. 

3.    DAP mahu usir orang Melayu di Pulau Pinang. Kerajaan DAP Pulau Pinang telah mewartakan tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting Balik Pulau di bawahSeksyen 8 Akta Pengambilan Tanah untuk membina kampus Universiti  Nanyang di Pulau Pinang. 

4.    Lim Kit Siang (Penasihat DAP) dan Nga Kor Ming (SetiausahaAgung DAP Perak) memijak gambar dua orang wakil rakyat Melayu sebelum memasuki dewan untuk Konvesyen  DAP Perak di Ipoh pada 29 November 2009. 

5.    4 Februari 2008, Teresa Kok membantah cadangan DBKL untuk menulis nama jalan dengan tulisan jawi di Jalan Taman Seputeh. 

6.    DAP menggunakan NizarJamaluddin (bekas MB Perak) untuk memberi status hak milik kekal selama 999 tahun kepada penduduk yang mendiami lot-lot tanah di kampong baru. 

7.    20 Jun 2008 ,Gwee Tong Hiang enggan memakai songkok dalam Dewan Undangan Negeri Johor. Menganggap pakai songkok seperti meng"Islam"kannya di hadapan Sultan Johor. 

8.    16 Februari 2009, DAP usir peniaga Melayu dan penduduk Melayu. Seramai 80 orang peniaga di BatuFerringhi, Pulau Pinang, Kampung Pokok Asam dan beberapa tempat lain diusir DAP. 

9.    22 Januari 2010, M Kulasegaran (AhliParlimen DAP Ipoh Barat, Naib Presiden DAP) mempertikaikan kenapa peniaga Cina tidak diberikan peruntukan dalam skim pinjaman TEKUN. 

10.  26 Julai 2010, Tony Pua mencadangkan kerajaan Selangor memansuhkan dasar pemberian diskaun tujuh peratus kepada pembeli Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersil dan kediaman mewah yang bernilai lebih RM500,000.



1.   

Tiada ulasan: