Sabtu, 11 Jun 2011

TUGAS PERTAMA MAT SABU SELAKU TIMBALAN PRESIDEN PAS

Menghuru-harakan negara pada 9hb.Julai 2011. Dengan bertopengkan "Himpunan BERSIH" Mat Sabu di kabarkan akan mendera kira-kira 100 ribu penyokong PAS untuk sama-sama buat kacau di KL pada 9hb.Julai 2011. Inilah tugas pertama Mat Sabu setelah bergelar Timbalan Presiden PARTI KEBAJIKAN SEMALAYSIA (PEKASAM)

Bagi Warganegara dan mereka yang menumpang mencari rezeki di Negara ini MPG menyeru supaya menjauhi aktiviti walkaton tak berlesen ini untuk elak daripada mendapat susah. Nak besih apa lagi, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dah buat kerja mereka, sebelum berlangsung Pilihanraya dah keluarkan semua daftar undi, dah bagi masa pihak yang bertanding ruang dan peluang untuk bantah senarai pengundi kalau rasa tak betul atau ada bukti jelas senarai pengundi itu di manipulasikan oleh pihak-pihak berkepentingan, kenapa tak buat bantahan masa tu. Kenapa PRU 12 menang 5 negeri tak kata Suruhanjaya Pilihanraya negeri tersebut tak adil?.

Siapa dapat pastikan himpunan BERSIH 9 Julai nanti tidak menimbulkan kekacauan dan tidak mengganggu ketenteraman awam? kalau betul nak berhimpun buat sahajalah kat stadium. Jadi kalau pihak berkuasa menjalankan tugas mengawal dan menghapuskan kekacauan yang berlaku jangan salahkan mereka.

Tiada ulasan: