"Orang dahulu berjuang, pertama hilang, kedua terbilang, tetapi orang sekarang berjuang, pertama cari menang, sudah menang cari wang, dapat wang jatuhkan orang,hidup di awang-awang, akhirnya jatuh terlentang". ~Tan Sri Abdul Aziz Tapa
Rabu, 31 Mac 2010
LAPORAN POLIS TERHADAP PENGERUSI DAP NEGERI PERAK
Selasa, 30 Mac 2010
MODEL EKONOMI BARU
PERDANA MENTERI Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak hari ini mengumumkan Model Ekonomi Baru (MEB) yang bermatlamat mengubah ekonomi Malaysia daripada berpendapatan sederhana kepada tinggi.
PM mengharapkan model ini akan menaikkan pendapatan per kapita daripada AS$7,000 sekarang kepada AS$15,000 dalam masa 10 tahun akan datang (2020).Selaras dengan gagasan 1Malaysia. PM mengumumkan bahawa model baru ini adalah untuk semua kaum, di mana semua rakyat Malaysia menyumbang dan mendapat manfaat.Namun,ia mempunyai matlamat dan pendekatan yang sama dengan DEB iaitu “membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum” dan “menyusun semula masyarakat agar kegiatan ekonomi tidak lagi dikaitkan dengan kaum.”
Antara perkara yang menjadi agenda PM dalam merealisasikan MEB ialah,
*Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan dibenar melabur lebih bahyak lagi di dalam aset di seberang laut;
* Lembaga Kemajuan Industri Malaysia (MIDA) akan dikorporatkan dan akan dinamakan semula sebagai Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk membolehkannya lebih efektif sebagai satu agensi promosi pelaburan;
* Kerajaan dan KWSP akan membentuk usahasama bagi menggalakkan pembangunan tanah seluas 1,200 hektar (3,000 ekar) di Sungai Buloh untuk menjadi satu hab baharu bagi Lembah Klang;
* Syarikat di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan seperti Percetakan Nasional Malaysia, CTRM Aero Composites Sdn Bhd, Nine Bio Sdn Bhd dan Innobio kemungkinan diswastakan;
* Petronas telah mengenal pasti dua subsidari yang agak besar dengan rekod prestasi yang baik untuk disenaraikan pada tahun ini di Bursa Malaysia, yang akan mengurangkan kehadiran kerajaan di dalam perniagaan dan meningkatkan peranan sektor swasta; dan
* Khazanah Nasional Bhd akan melupuskan kawalan kepentingan 32 peratusnya di dalam Pos Malaysia Bhd melalui proses pelupusan strategik dua peringkat.
PM juga mengutarakan saranan supaya kerajaan menilai semula sistem subsidi dan melebarkan asas mengumpul perolehan melalui Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).PM melahirkan rasa dukacitanya bahawa 80 peratus daripada tenaga kerja berpendidikan hanya setakat kelayakan SPM sahaja -- kelayakan Malaysia yang bersamaan "O-levels," yang tidak sejajar dengan ekonomi berpendapatan tinggi yang dihasratkan oleh Malaysia." Perdana Menteri turut menjelaskan bahawa di bawah MEB tiada siapa pun akan ketinggalan bagi menyumbang dan berkongsi usaha mewujudkan kekayaan apabila negara ini berkembang.
Bahan Berita : Bernama & TV 3.
MEMPERKASA INTEGRITI MAHASISWA
Ahad, 28 Mac 2010
MEMACU HALA TUJU, MERINTIS MASA DEPAN - PROSPEK
Assalamualaikum wbkth.
Sekalung tahniah kepada Biro Pelajaran Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, yang telah berjaya melobi Kolej Kediaman Keempat Universiti Malaya untuk mengadakan majlis penutup PROSPEK (Projek Seminar Pendidikan Kebangsaan) siri 1 2009/2010. Di Parlimen Pasir Gudang.
Dengan adanya program PROSPEK yang berlangsung pada 27/3/2010 bertempat di Politeknik Premier Johor Baharu ini, seramai kira-kira 800 orang pelajar tingkatan lima dan enam dari sekolah-sekolah dalam daerah Pasir Gudang ini mendapat manafaat.
Program yang bertemakan "Memacu Hala Tuju Merintis Masa Depan" ini antara lainnya mendedahkan pelajar-pelajar berkenaan halatuju mereka selpas menduduki peperiksaan pada akhir tahun ini. Slot-slot seminar antaranya ialah:
1. Pengenalan kepada IPTA/IPTS.
2. Biasiswa dan Pinjaman.
3. Hala Tuju & Prospek Kerjaya.
Majlis penutup program PROSPEK ini telah di sempurnakan oleh Yang AmatBerhormat Datuk Seri Mohamed Khalid Bin Nordin Ahli Parlimen Pasir Gudang merangkap Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Dalam ucapannya DS Khalid memuji program yang di anjurkan oleh Kolej Kediaman Keempat Universiti Malaya yang melaksanakan program dengan baik dan begitu berjaya sekali bukan sahaja di majlis penutup malah juga program-program yang telah di laksanakan di 9 buah negeri, program ini telah mencapai matlamat iaitu memberitahu atau menyampaikan maklumat terus kepada bakal-bakal mahasiswa berkenaan halatuju selepas menerima keputusan peperiksaan dan menyiapkan diri untuk memasuki Universiti.
Kepada Biro Pelajaran Pemuda UMNO bahagian yang di ketuai oleh Sdr.Nor Azelin Bin Ambros serta seluruh jawatankuasanya,Tahniah. Kerana berjaya membawa PROSPEK ke Kawasan Parlimen Pasir Gudang.Dengan ini secara tidak langsung telah membantu pelajar-pelajar di Parlimen Pasir Gudang untuk memacu hala tuju, merintis masa depan.
Jumaat, 26 Mac 2010
UTUSAN MALAYSIA - UTUSAN UNTUK BANGSA
Akhir-akhir ini begitu banyak tekanan, hentakkan, asakkan, hempasan, himpitan dan segala macam serangan yang di lakukan secara terang-terangan (dulu pun dah ada tapi tak nampak sangat) terhadap akhbar Utusan Malaysia oleh Puak –puak pembangkang yang terlalu teruja dan taksub untuk mendiami @ menguasai Puterajaya.
Apa yang mereka begitu ”Jaki” sangat terhadap Utusan Malaysia ini?.
Jawapannya cukup mudah.
1. UM melapurkan perkara-perkara yang benar-benar berlaku dan bertanggungjawab atas lapurannya – tak macam akhbar dia orang.
2. UM memperjuangkan dan mempertahankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
3. UM menjadi utusan umat melayu.
4. UM hak orang Melayu.
Puak yang jaki dengan Utusan Malaysia ini mempunyai agenda untuk menghapuskan identiti dan perjuangan Melayu di bumi Malaysia ini. Bertambah malang apabila agenda yang di kepalai oleh oleh DAP ini turut di sokong oleh orang Melayu sendiri melalui perjuangan yang sempit untuk kepentingan individu.
Perbuatan membakar akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini oleh sekumpulan lembu-lembu belaan Anwar Ibrahim memperlihatkan betapa mereka begitu terdesak dan tersedak dengan berita yang di siarkan oleh akhbar utusan tersebut.
Utusan Malaysia terlalu banyak bakti kepada negara sebagai wadah perjuangan untuk menuntut kemerdekaan hingga lah sekarang ini sebagai wadah untuk mengisi dan mempertahankan kemerdekaan. Selain memainkan peranannya dalam memperjuangkan bahasa Melayu untuk rakyat Malaysia.
Membakar Utusan Malaysia adalah membakar hati pejuang-pejuang bangsa yang telah berusaha memerdekakan tanah air. Kita generasi merdeka patut mengutuk perbuatan biadap yang di lakukan oleh si Samsul Lembu dan kuncu-kuncunya itu. Ingatlah bangsa melayu mempunyai daulat dan karahmah sesiapa yang cuba menghancurkan bangsa ini pasti akan menerima padahnya.
Rabu, 24 Mac 2010
KEDATANGAN PEKERJA ASING, RAHMAT BUAT PASIR GUDANG
Isnin, 22 Mac 2010
MODEL EKONOMI BARU DAN DASAR EKONOMI BARU -Pertembungan antara Dasar Bapak dan Model Anak.
Assalamualaikum.
Model Ekonomi Baru (MEB)yang di ilhamkan oleh Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak, PM ke 6 Malaysia antara lainnya bertujuan untuk.
1. Meningkatkan Produktiviti Pekerja melalui penambahan inovasi dan kreativiti di kalangan pekerja yang dengan secara langsung membantu meningkatkan pendapatan.
2.Menganjakkan kedudukan ekonomi negara dari pendapatan sederhana tinggi kepada pendapatan tinggi.
3.Tahap pengangguran akan berada di tahap minimum dan kerajaan akan terus berusaha mewujudkan peluang pekerjaan.
Di fahamkan Model Ekonomi baru ini mensasarkan untuk meningkatkan sumbangan sektor perkhidmatan kepada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)dalam usaha membentuk sebuah ‘ekonomi berasaskan pengetahuan’(e-knowledge) yang kurang bergantung kepada eksport barang perkilangan dan tenaga buruh.Bidang Perkhidmatan yang telah di kenal pasti adalah antara lainnya adalah sektor Perkhidmatan Kewangan Islam,Perkhidmatan Perubatan, Perkhidmatan Pendidikan,Sektor Pelancongan dan beberapa sektor Perkhidmatan yang akan di kenal pasti oleh Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MPEN).
Jika di lihat dari segi tujuan dan matlamat Model Ekonomi Baru ini saya tidak dapat melihat mengapa Dasar Ekonomi Baru yang di wujudkan pada tahun 1971 oleh Allahyarham Tun Abdul Razak iaitu bapa kepada DS Najib, kemudian di tukar nama kepada Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada tahun 1991 itu perlu di usik,di hapus atau di gantikan. Seharusnya MEB ini juga mengambil kira tujuan dan matlamat DEB.
Perlu di ingat bahawa Dasar Ekonomi Baru juga dibentuk menerusi Majlis Perundingan Negara sebagai jentera penggerak untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.Apa guna MEB kalau jurang ekonomi antara kaum dan negeri tidak dapat di kurangkan atau di hapuskan?.
Apa yang lebih menyedihkan adalah orang Melayu yang sudah hidup selesa hasil dari DEB turut sama menyarankan dihapuskan DEB. Tengkuk mereka sudah lepas, maka mereka tidak peduli tengkuk orang lain. Kalau pelaksanaan yang menjadi masalah, jangan keseluruhan dasar hendak dibuang.Kita kena lihat di mana yang bocor dan di mana yang tiris dalam perlaksanaanya dan baiki segera dengan inovatif dan kreatif.DAN INGATLAH DEB ADALAH ROH KEPADA PERKARA 153 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.
Baca :http://bigdogdotcom.wordpress.com/2010/03/11/model-ekonomi-baru-tidak-untungkan-melayu-secara-langsung/
Negara kita tidak boleh terus dalam keadaan di mana jurang ekonomi antara golongan majoriti (60 peratus) dengan golongan minoriti (40 peratus) bertambah luas. Kalau semua bidang ekonomi sudah dikuasai oleh golongan minoriti, bagaimana golongan majoriti ini boleh memperbaiki kedudukan ekonomi mereka. Mereka yang menguasai rantaian bekalan tidak akan memberikan potongan kepada bahan binaan yang diperlukan oleh kontraktor Melayu. Tender terbuka golongan Melayu tewas.Projek swasta tidak akan diberikan kepada kontraktor Melayu.
Apa MEB akan lakukan adalah mengubah struktur ekonomi negara kita supaya tahap persaingan peringkat domestik kita akan lebih meningkat menjelang 2020?.
Akhir kalam janganlah kerana jenama baru,segala budi dan bakti pattern lama di singkirkan, jangan pula kera di hutan di susukan anak di rumah mati kehausan.
Wassalam.
Ahad, 21 Mac 2010
PAGI TETAP MUNCUL WALAUPUN AYAM TERLUPA BERKOKOK (Part 1)
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog ini.
Hari ini saya berkesempatan mengikuti Ahli Parlimen Pasir Gudang menghadiri program mesra rakyat di perkampungan cina dan majlis makan malam sempena sambutan tahun baru cina di Kampung Baru Plentong aku terharu dengan sambutan masyarakat cina di situ bila seorang ahli parlimen UMNO yang terkenal dengan rajin turun padang datang menziarahi mereka.Rata-rata yang di kunjungi sangat senang dengan pemimpin UMNO ini,lebih-lebih lagi beliau berjalan kaki dari rumah ke rumah mengelilingi kampung bersama wakil rakyat dari MCA. Wakil rakyat MIC aku tak nampak masa lawatan masuk kampung...hanya nampak muka masa jamuan makan itu pun datang dengan pemandu saja, AJK MIC bahagian pun sama nampak masa makan saja. Okey lah bab MIC nie aku cerita lain masa.
Dalam kunjungan ahli parlimen tadi,aku cukup terharu dengan sambutan oleh golongan pengundi saluran 1,2 dan sedikit saluran 3. iaitu sambutan dari golongan mereka yang berusia 40 tahun keatas. Mereka ini aku rasa begitu faham sejarah dan begitu kuat sokongannya kepada MCA dan BN. Tapi mana perginya pengundi cina saluran 4 dan 5.?????. Ada 3-4 orang yang ikut keliling kampung yang aku fikir tentunya AJK Pemuda MCA Bahagian. Pemuda cina kampung tersebut????? mungkin kerja kot.
Apapun aku akui tidak mudah untuk memenangi hati golongan muda sekarang ini,pendekatan yang lebih sesuai dengan golongan muda harus di gunakan dan satu program khas untuk golongan ini harus di gunakan sebagai kaedah mendekati mereka. apapun tahniah kepada Datuk Seri Khalid Nordin dan Ahli Dewan Undangan Johor Jaya YB Tan Cher Puk atas kunjungan mesra rakyat itu.Dan aku berharap agar Pemuda MCA akan melakukan sesuatu untuk menanamkan semangat cintakan negara kepada golongan muda cina, agar mereka memahami sejarah dan terus bersama menyokong kerajaan. Agar kerajaan akan terus berusaha membantu golongan muda cina ini.
Melihat kepada senario politik sekarang aku khuatir suatu masa nanti golongan muda cina ini akan terus terpinggir dari arus politik dan terus tidak peduli soal politik negara.Atau terus terpengaruh dengan pembangkang yang nyata tidak ada sebarang jasa kepada mereka.Atau paling di takuti golongan muda cina ini akan di anggap seperti tiada sumbangan kepada kestabilan politik negara sewaktu kerajaan benar-benar kuat, sekarang ini kita melihat bahawa UMNO begitu bersunguh-sungguh bangkit bukan sahaja membetulkan diri dan parti tetapi juga membawa bersama kebangkitan Barisan Nasional,Fajar Sidiq buat UMNO dan BN sudah nyata kelihatan yang menunjukkan adanya sinar mentari menanti di hadapan, MCA harus juga bangkit bersama jangan nanti seperti kata pepatah "Pagi tetap juga muncul walaupun ayam terlupa berkokok" waktu itu apa yang MCA minta dari kerajaan mungkin sukar di tunaikan kerana menilai sumbangan semasa masa suram dan sukar yang terpaksa UMNO dan BN lalui sendirian.
Isnin, 15 Mac 2010
SKIM PENCEN PEKERJA SWASTA
Assalamualaikum.
Aku amat menyokong dan bersetuju dengan Kementerian Sumber Manusia terhadap cadangannya untuk merangka dan mengusulkan di Dewan Rakyat satu skim pencen untuk golongan pesara pekerja swasta.
Asas sokongan aku adalah.
1. Akta kerja 1955 tidak memperuntukkan satu bentuk jaminan atau bayaran tertentu untuk mereka yang telah mencapai umur persaraan,malah dalam akta kerja tersebut juga tidak menentukan berapakah umur persaraan.
2.Bagi mengurangkan kadar peratusan miskin tegar di kalangan orang-orang tua kerana salah urus tadbir wang KWSP nya yang di keluarkan selepas pencen.
3. Pengeluaran KWSP secara "mengejut" memberikan kesan pelaburan secara keseluruhan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.
4. Kebanyakkan pengeluaran wang KWSP selepas umur pencen ini tidak di gunakan untuk masa depan sebaliknya dihabiskan samada untuk kegunaan sendiri termasuklah "membeli bini baru" atau di habiskan oleh anak-anak.
5.Peningkatan peratusan hutang tidak berbayar kepada hospital-hospital kerajaan mungkin di sumbangkan oleh golongan tua yang tidak dapat membayar kos perubatan kerana tidak bekerja lagi dan wang KWSP telah habis.
6. Kadar penempatan orang-orang tua di pusat penjagaan orang-orang tua atau rumah kebajikan akan meningkat berpunca daripada orang tua itu tidak mempunyai sumber pendapatan.
7. Kadar pembuangan ibu bapa juga mungkin bertambah, kerana ibu bapa telah jatuh miskin dan tidak mempunyai sumber pendapatan.
Bagi mengelakkan dan mengurangkan gejala sosial yang mungkin tercetus dari kerana pengurusan wang KWSP yang tidak betul adalah lebih baik skim pengeluaran hari tua itu di tukarkan dengan skim pencen.Pun begitu aku meminta pihak kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia untuk mengkaji lebih teliti dalam perkara ini agar perlaksanaannya nanti tidak membebankan mana-mana pihak.
Ahad, 14 Mac 2010
UMNO MESTI BERKERJASAMA DENGAN MPM
Aku cukup tertarik membaca tulisan ayahnda A.Kadir Jasin dalam blognya bertajuk MPM uji dasar UMNO dan Pas.
Secara jujur dan ikhlas aku mencadangkan agar UMNO berkerjasama dengan Majlis Perundingan NGO Melayu (MPM).Berkerjasama yang aku maksudkan bukanlah meng-UMNO-kan MPM atau Meng-MPM-kan UMNO, biarlah mereka dengan identiti masing-masing tetapi dalam hal atau perkara 3, perkara 152, perkara 153 dan perkara 181 perlembagaan persekutuan aku rasa MPM lah yang paling mantap dan istiqamah perjuangannya. Aku rasa bab-bab penting nie tak sesuai untuk di politikkan dan di perjuangkan oleh orang yang berkepentingan politik dalam masyarakat berbagai kaum dan mengamalkan konsep berkongsi kuasa dalam pemerintahan.
Aku ingin melihat MPM akan berdiri sebagai sebuah organisasi yang mampu menghimpunkan dan menyatukan semua umat melayu yang berbeza ideologi politik tetapi satu suara dan tindakkan dalam memperkasa dan mempertahankan perkara-perkara 3,152,153 dan 181 di dalam perlembagaan persekutuan.Aku ingin tegaskan bahawa MPM bukanlah sebuah organisasi yang berbentuk perkauman tetapi hanyalah satu platform atau landasan untuk membela nasib dan hak bangsa melayu selaku peribumi sepertimana tertulis di dalam perlembagan dengan tidak sekali-kali merampas hak kaum lain yang di jamin oleh perlembagaan.
Aku tidak yakin perjuangan UMNO hari ini mampu mempertahankan dan membela hak bangsa. UMNO sekarang terdesak untuk mendapat sokongan bukan melayu demi kuasa politik justeru itu UMNO terpaksa korbankan "jiwa" nya demi untuk membeli jiwa kaum lain.Inilah hakikat yang terpaksa parti politik UMNO lalui demi untuk kelangsungan kuasa politik melayu.
Khamis, 4 Mac 2010
PASIR GUDANG
The name Pasir Gudang originated from the existence of a sand mine at Kampung Ulu. Sand or 'pasir' in Malay are dug and stocked in sand pits/stores or 'gudang' in Malay, to be exported to Singapore, hence the name 'Pasir Gudang'.
The surrounding areas further inland were developed in the mid-19th century by Chinese travellers of the Teochew clan. Issuance of the 'river deed' by the Sultan of Johore allowed them to develop the Kangkar Masai, Kangkar Plentong and Kangkar Lunchu areas under riverheads known as 'kangchus'. It was on these riverbeds that they cultivated catechu and black pepper. Falling catechu and black pepper prices forced some estate owners to cultivate pineapples.
The introduction of rubber into Malaysia in the early 20th century resulted in the opening of big estates by the British and Singaporean cultivators. Up till 1916, six estates covering an area of 15,000 acres (61 km²) were opened in the Mukim of Plentong. In 1916, Kampung Pasir Gudang became the centre for Police, Customs and opium-control besides being a centre for the 'penghulu' of the Mukim of Pasir Gudang. The formation of estates had also resulted in influx of labourers from China and India.
The Japanese occupation during the Second World War and guerrilla movements after the war did not have much effect on the agricultural activities here. Under the Emergency Law in the 1950s, new villages were set up at Plentong, Masai, Johor and Pasir Gudang[citation needed]. The estate labourers were either placed in these new villages or at guarded estate barracks.
Land schemes under the FELDA scheme were founded in Ban Foo, Plentong Baru and Felda Cahaya Baru after 1969. To further develop Johor, the State Government further took the estate lands to be converted into industrial and housing areas to the develop Pasir Gudang into an industrial area. Establishment of the Johore Port in 1977 was seen as a reaction to counter the entrepôt hub in Singapore.
Langgan:
Ulasan (Atom)