Ahad, 14 Mac 2010

UMNO MESTI BERKERJASAMA DENGAN MPM

Aku cukup tertarik membaca tulisan ayahnda A.Kadir Jasin dalam blognya bertajuk MPM uji dasar UMNO dan Pas. Secara jujur dan ikhlas aku mencadangkan agar UMNO berkerjasama dengan Majlis Perundingan NGO Melayu (MPM).Berkerjasama yang aku maksudkan bukanlah meng-UMNO-kan MPM atau Meng-MPM-kan UMNO, biarlah mereka dengan identiti masing-masing tetapi dalam hal atau perkara 3, perkara 152, perkara 153 dan perkara 181 perlembagaan persekutuan aku rasa MPM lah yang paling mantap dan istiqamah perjuangannya. Aku rasa bab-bab penting nie tak sesuai untuk di politikkan dan di perjuangkan oleh orang yang berkepentingan politik dalam masyarakat berbagai kaum dan mengamalkan konsep berkongsi kuasa dalam pemerintahan. Aku ingin melihat MPM akan berdiri sebagai sebuah organisasi yang mampu menghimpunkan dan menyatukan semua umat melayu yang berbeza ideologi politik tetapi satu suara dan tindakkan dalam memperkasa dan mempertahankan perkara-perkara 3,152,153 dan 181 di dalam perlembagaan persekutuan.Aku ingin tegaskan bahawa MPM bukanlah sebuah organisasi yang berbentuk perkauman tetapi hanyalah satu platform atau landasan untuk membela nasib dan hak bangsa melayu selaku peribumi sepertimana tertulis di dalam perlembagan dengan tidak sekali-kali merampas hak kaum lain yang di jamin oleh perlembagaan. Aku tidak yakin perjuangan UMNO hari ini mampu mempertahankan dan membela hak bangsa. UMNO sekarang terdesak untuk mendapat sokongan bukan melayu demi kuasa politik justeru itu UMNO terpaksa korbankan "jiwa" nya demi untuk membeli jiwa kaum lain.Inilah hakikat yang terpaksa parti politik UMNO lalui demi untuk kelangsungan kuasa politik melayu.

Tiada ulasan: