MELAYU PASIR GUDANG
"Orang dahulu berjuang, pertama hilang, kedua terbilang, tetapi orang sekarang berjuang, pertama cari menang, sudah menang cari wang, dapat wang jatuhkan orang,hidup di awang-awang, akhirnya jatuh terlentang". ~Tan Sri Abdul Aziz Tapa
Isnin, 20 Januari 2020
ITIK DAGING UNTUK DI JUAL
Sebanyak hampir 30 ekor itik daging berusia 16 minggu ke atas akan di jual.
Yang berminat membeli secara pukal atau sekor boleh hubungi saya 019 -7434993.
Ahad, 19 Mac 2017
AWESOME - HANYA DI JOHOR RaSUK 2017
Bermula dari program "SUARA HATI JOHOR" yang mengambil kira pandangan rakyat dalam membuat road maping kearah Johor Berkemajuan, Kepada "TEAM JOHOR" Mufakat kearah johor berkemajuan. Dan hari ini pelancaran "RaSUK 2017", Satu lagi program untuk rakyat bersama sama kerajaan negeri kearah membangun Johor Berkemajuan.
RaSuk 2017 mengembeling tenaga sukarelawan-sukarelawan dari seluruh negeri Johor yang menjadi penggerak komuniti di peringkat akar umbi. Menghidupkan budaya sukarelawan di kalangan rakyat Johor. Memberi penerangan tentang dasar-dasar pembangunan Kerajaan Negeri bagi memastikan sukarelawan dapat sama-sama menyumbang ke arah aspirasi Johor Berkemajuan
RaSuk 2017 juga menjadi satu platform bagi wakil Kerajaan Negeri Johor mengiktiraf peranan sukarelawan dalam pembangunan negeri dan berkongsi agenda pembangunan utama Gagasan Johor Berkemajuan. kesukarelawanan diharapkan akan menjadi budaya rakyat negeri Johor, khususnya buat anak muda di bawah usia 45 tahun yang menjadi tunjang dalam memberdayakan komuniti
RaSUK JOHOR 2017
Sabtu, 18 Mac 2017
TEAM JOHOR - Johor berkemajuan
Sabtu, 11 April 2015
PERTIKAI JAWABAN PM NAJIB SATU YANG SIA -SIA
Setiap patah jawaban PM Najib hanyalah mengulangi apa yang pernah beliau nyatakan samada di Parlimen mahupun di sidang akhbar. Jawaban yang macamne sebenarnya yang boleh memenuhi selera kalian.?.
Isnin, 6 April 2015
TIDAK DAPAT TANDUK TELINGA DIPULAS
BUAT AYAHNDA TUN, KOTA LAH APA YANG DI KATA.
Jumaat, 20 Februari 2015
SENDIRI SALAH ASUH ATAU SALAH UMNO?
Barang-barang tersebut berupa selimut putih, kain hitam penutup keranda, toto (tilam nipis) merah kuning dan bantal, kata anak perempuan Allahyarham, Nik Asma’ Salsabila Nik Aziz melalui akaun Facebook beliau dan dilaporkan portal berita rasmi PAS, Harakahdaily, Rabu.
“Kami semua setuju ianya adalah bahagian bonda kami, orang yang paling dicintai ayahanda selepas kedua ibu bapanya.
“Setiap masa bonda bertanya jika barang-barang tersebut sudah dijumpai.
“Sekiranya ada yang ambil untuk kenangan atau mahu berkat Tok Guru, ketahuilah bahawa tidak ada keberkatan pada barang yang diambil tanpa keizinan tuan empunya. Mohon dipulangkan,” kata anak Allahyarham Nik Aziz itu dalam posting Facebook beliau.
SUARA KELDAIAN TUMPANG TUI, DENGAN CERITA DARI SG.BULUH
Nuha memberitahu papanya menceritakan perkara itu semasa pertama kali melawatnya, pada 13 Februari lalu. Selain dipaksa menyanyi Anwar juga diminta mengucapkan ‘Selamat Pagi Cikgu’ setiap kali tahanan berkawad.
“Mereka mahu papa diperlakukan seperti tahanan lain sedangkan papa merupakan mangsa tahanan politik,” kata Nuha dengan air mata bergenang. Bercerita lanjut mengenai keadaan papanya di penjara, Nuha dengan nada tersekat-sekat menahan sebak walaupun tahu papanya cuba menyembunyikan apa yang dilaluinya di jeriji besi itu daripada pengetahuan beliau dan adik-beradikya.
Sambung Nuha, ketika pertemuan itu, papanya tidak ubah seperti kebiasaannya, menonjolkan watak seorang periang, sentiasa tersenyum dan sempat bergurau bersama cucu-cucu, walaupun dalam masa singkat. “Bayangkan cuma dalam tempoh 45 minit ruang masa yang dibenarkan, kami dalam 10 orang anak beranak terpaksa melepaskan rindu dengan papa secara bergilir-gilir.
“Tak sampai 10 minit sorang dapat bercakap dengan papa melalui alat komunikasi yang disediakan pihak penjara di sebalik cermin yang memisahkan antara papa dan kami.“Paling sedih, pertemuan kami semalam apabila papa dibawa ke Mahkamah Jalan Duta di mana cucu-cucunya tidak puas untuk bersama ‘papa tok’nya.
“Sampaikan anak saya yang kedua ini tidak mahu melepaskan pelukannya,” cerita Nuha, di samping anaknya itu yang berusia setahun sebulan dan kadangkala merengek ketika wawancara ini berlangsung. Nuha yang terserlah sifat keibuannya melayan karenah anaknya itu berkata, mereka sekeluarga dibenarkan melawat papanya cuma sekali dalam sebulan, dan tempoh
itu katanya terlalu lama untuk mereka memendam rindu.
Untuk mendapatkan cerita lanjut tentang pandangan Nuha berkenaan politik dan kecekalan beliau dan adik-beradik dalam mengharungi fitnah ini, sila dapatkan
naskah bercetak Suara Keadilan(Bil 213) pada selasa 24 Februari depan. - Keadilan Daily
Khamis, 19 Februari 2015
KHAIRY TIDAK PERCAYA PADA JENTERA PENERANGAN UMNO?
Nampaknya Sdr.Khairy Jamaluddin termakan dengan provokasi dari puak puak yang tidak puas hati (di bayar untuk lakukan aksi tidak puas hati) terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan. Benar selama lebih 6 tahun UMNO di tuduh berkonspirasi untuk menjatuhkan Anuwar dengan isu liwat II tapi adakah kerana dendam di tuduh berkonspirasi Sdr.Khairy sanggup memperalatkan pendakwaraya (sistem kehakiman) untuk turun menjaja isu ini ke seluruh negara. Bukankah hakim telah jelaskan bahawa tiada bukti "prima facie" yang mensabitkan tuduhan konspirasi politik dalam isu ini.
Sdr Khairy sebagai pemimpin muda UMNO harus BIJAK dalam isu ini, jangan campur aduk kan semua sistem pentadbiran negara kita. Ingat dalam sistem pentadbiran negara kita ada 3 BADAN UTAMA yang antara satu sama lain tidak boleh melangkaui batas dan hak masing masing. 1. BADAN PERUNDANGAN 2. BADAN PENTADBIRAN 3. BADAN KEHAKIMAN
SISTEM PEMERINTAHAN MALAYSIA
Nampaknya Sdr.Ketua Pemuda UMNO ini harus belajar dan memahami prinsip rukun negara. Persoalannya mana perginya jentera penerangan pemuda UMNO untuk membawa penerangan terhadap isu ini?
Sabtu, 14 Februari 2015
SANGGUPKAH ANUWAR MENGAKU SALAH DI HADAPAN LEMBAGA PENGAMPUNAN?
Apapun cuma ada satu kaedah untuk mengurangkan tempoh tersebut atau melangkaui keputusan hakim mahkamah persekutuan tersebut iaitu dengan cara pengampunan daripada Sultan atau Raja-Raja. Oleh kerana kes liwat berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur maka pengampunan hanya boleh di lakukan oleh Kebawah duli Yang Di pertuan Agong Sahaja.
Pengampunan dari Yang Di Pertuan Agong tertakluk kepada perlembagaan persekutuan bahagian iv :Perkara 42 : TEKAN SINI
Memanggil Obama atau kerajaan Amerika campurtangan dalam keputusan Mahkamah Persekutuan adalah sia-sia.APAPUN SEBELUM MINTA AMPUN SESEORANG ITU MESTI MENGAKU KESALAHANNYA DAHULU. SANGGUPKAH ANUWAR MENGAKU KESALAHANNYA DI HADAPAN LEMBAGA PENGAMPUNAN?
Khamis, 29 Januari 2015
KEHILANGAN MH 370 SUDAH DI MUKTAMADKAN, KEHILANGAN OMEGA BILA LAGI
(Sekadar gambar Hiasan bukan KETUM punya yang hilang) |
Lepas baca posting nie kalau kau orang masih nak bertuhankan KETUM kau itu silakan lah maknanya hidayah Allah tak masuk kat hati hitam karat kau tu.....
Kau orang sibuk jadi lidah KETUM untuk sama-sama menyampaikan fitnah kononnya PM Najib lemah tak dapat selesai isu MH 370, sedangkan KETUM pemimpin agong kalian tahu di mana MH 370 berada. Pencerahan MPG mudah aje....BOLEH PERCAYA KE CAKAP ORANG YANG HILANG JAM TANGAN OMEGA SAMPAI SEKARANG TAK JUMPA........mesti kau orang cakap patut pun tak jumpa sebab Jam Tangan omega kecil sangat jika dibandingkan dengan MH 370, betulkan...MPG dah tahu mesti itu reply kau orang....meh sini MPG buat pencerahan lagi....Omega tu pakai kat tangan idola KETUM kau orang...mana dia pergi pasti omega ada bersama, maknanya KETUM jaga Omega dan omega itu kepunyaan peribadi KETUM.
MH 370 bukan milik peribadi PM Najib macam omega yang jadi milik peribadi KETUM. Jadi kemana MH 370 terbang diluar bidang kuasa PM Najib untuk mengawalnya, hilang sekali pun tidak ada sabit kepada PM Najib. Tak jumpa cari pun orang tak salahkan Najib kecuali mereka yang betul betul bangang minum kencing KETUM sahaja yang menyalak marahkan PM Najib.
Jom Cari OMEGA KETUM.....
Isnin, 26 Januari 2015
Khamis, 11 Disember 2014
Selasa, 18 November 2014
INI CARA TADBIR KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ DARI PENANG
Kenyataan Media
YB Dato'Jahara Hamid
Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang
18 November 2014
Kerajaan Negeri PulauPinang bergantung kepada Penjualan Tanah Untuk Jana Pendapatan Negeri.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam Bajet 2015 menganggar akan memperoleh Hasil sebanyak RM656,931,750. Dari jumlah ini sebanyak RM441,978,850 adalah dari Hasil Bukan Cukai. Ia menyumbang 67.28% kepada jumlah keseluruhan Hasil kerajaan Negeri pada tahun hadapan, selebihnya dari Hasil Cukai dan Terimaan Bukan Hasil.
Pendapatan dari Penjualan Barang-barang berjumlah RM308,496,500 menyumbang sebanyak 69.80% kepada Hasil Bukan Cukai bagi 2015. Dari jumlah itu, Premium Tanah menyumbang RM 307,000,000 atau 99.51%. Ini adalah hasil dari Pemberian Milik Bayaran Khas - RM235,000,000; Pemberian Hak Milik - RM 50,000,000; dan Tukar Syarat - RM 22,000,000.
Bagi 2015, Premium Tanah turut menyumbang 46.73% kepada keseluruhan Hasil yang akan diperoleh oleh kerajaan negeri pada 2015. Amat jelas hasil Premium Tanah merupakan penyumbang terbesar bagi hasil kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Penyata Kewangan 2013 menunjukkan Hasil Bukan Cukai sebanyak RM511.71juta diperoleh kerajaan negeri. Perolehan daripada Jualan Barang-barang (termasuk Premium Tanah) menyumbang RM366.18juta (71.56%) kepada Hasil Bukan Cukai atau 43.92% kepada jumlah keseluruhan Hasil bagi tahun berkenaan.
Bermula dari tahun 2011, kerajaan negeri telah dengan nyata menjual tanah kepada pemaju. Bermula dengan penjualan Bayan Mutiara kepada Tropicana Ivory SB berjumlah RM1.07 billion dengan tempoh bayaran selama 5 tahun akan memastikan kerajaan negeri memperoleh pendapatan untuk tahun-tahun berikutnya.
Pada 12 Oktober 2013, kerajaan negeri menjual tanah seluas 39.54 ekar pada harga jualan RM65.34 juta kepada PE Land Sdn Bhd. untuk pembinaan "premium retail outlet", hotel mewah dan lain-lain.
Pada 10 Januari 2014, Kerajaan Negeri menjual tanah seluas 245 ekar kepada Aspen Land Sdn Bhd dengan harga RM484 juta bagi pembinaan pusat membeli belah dan pembangunan bercampur. Aspen Land juga diberikan tempoh 60 bulan untuk menjelaskan harga pembelian tanah tersebut.
Pada 25 Mac 2014, kerajaan negeri menjual tanah seluas 30 ekar kepada Paramount Corp Berhad dengan harga RM65.56 juta.
Pada 15 September 2014 Eco World Development Group Berhad dilaporkan bersetuju menerima tawaran membeli tanah seluas 470 ekar di Batu Kawan pada harga RM1.02 billion untuk pembinaan padang golf dan pembangunan bercampur.
Adalah menasabah untuk merumuskan bahawa kerajaan negeri banyak bergantung kepada pemberian Hak Milik Tanah dan/atau penjualan tanah milik negeri sebagai sumber kewangan negeri. Berdasarkan fakta-fakta diatas kenyataan Ketua Menteri yang menyangkal bahawa Pulau Pinang di bawah pimpinan beliau bergantung besar kepada hasil jualan tanah adalah tidak masuk akal sama sekali!
Terima kasih.
Isnin, 17 November 2014
UCAPAN YB KEMPAS (N47) DALAM SIDANG DUN JOHOR
Ucapan
YB Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid B Tan Sri Tengku Hamid Jumat
Ahli Dewan Undangan Negeri, Kempas N47
Di Dewan Undangan Negeri
Pada
16hb November 2014/ 23 Muharram 1436h
Bismillahirahmanir Rahim
Assalamualaikum Wbt Dan Salam Sejahtera.
Yang Berhormat Tan Sri Speaker,
1) Kempas Ingin Merakamkan Ucapan Terima Kasih Kerana Di Beri Peluang Mengambil Bahagian Dalam Persidangan Ini.
2) Pertama-Tamanya, Mewakili Rakyat Kempas, Kami Merafak Sembah Menjunjung Kaseh Mengucapkan Selamat Pengantin Baru Kepada Tunku Mahkota Johor Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim Dan Che Puan Khaleeda Binti Bustamam.
3 ) Keduanya, Kempas Merakamkan Setinggi2 Tahniah Kepada Pasukan Johor Darul Taqzim Di Atas Kejuara'an Mereka Di Dalam Pertandingan Liga Bolasepak Malaysia Dan Masuk Ke Pertandingan Akhir Di Piala Malaysia.
4) Kempas Juga Mengucapkan Tahniah Dan Syabas Kepada YAB Datuk Seri Menteri Besar Yang Telah Membentangkan Belanjawan Bersifat Inklusif Untuk Tahun 2015 Yang Insya’allah Akan Dapat Memperkukuhkan Lagi Kekuatan Negeri Johor Darul Takzim Sebagai Kuasa Ekonomi Selatan Atau Southern Economic Powerhouse, Dengan Izin.
5) Ini Akan Memungkinkan Kedudukan Negeri Johor Darul Takzim Sebagai Sebuah Metropolis, Iaitu Satu Pusat Ekonomi , Politik , Dan Budaya Yang Penting Bagi Negara Dan Hab Penting Untuk Rangkaian Dalam Hubungan Perdagangan Dan Komunikasi Antarabangsa Selari Dengan Aspirasi Kerajaan Persekutuan Menjelang 2020.
6) Kempas Melihat Kesinambungan Dalam Usaha-Usaha Kerajaan Negeri Di Bawah Kepimpinan YAB Menteri Besar Dalam Mencorakkan Satu Ekonomi Yang Mapan Bagi Negeri Johor, Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat, Memperkasa Dan Merakyatkan Kerajaan Dan Melahirkan Modal Insan Berkemahiran Tinggi.
7) Belanjawan 2015 Ini Diharapkan Dapat Membolehkan Kerajaan Negeri Di Bawah Kepimpinan YAB Menteri Besar Kekal Dalam Ingatan Sebagai Kerajaan Oleh Rakyat, Untuk Rakyat.
8) Dalam Masa Yang Sama, Bila Kita Meletakkan Fokus Menjadikan Negeri Johor Sebagai Destinasi Pelaburan Pilihan, Kita Harus Secara Serius Melihat Kepada Implikasi Pelaburan Ini Kepada Negeri Johor Darul Takzim. Semestinya Kita Melihat Kepada Timbal Balik Atau Reciprocity, Dengan Izin, Akan Pelaburan-Pelaburan Ini Kepada Rakyat Negeri Johor Terutamanya.
9) Pelaburan-Pelaburan Yang Kelak Akan Menghasilkan Kesan Yang Negatif Haruslah Di Nilai Semula Walaupun Ianya Berjumlah Jutaan Ringgit Jika Rakyat Negeri Johor Darul Takzim Terus Dinafikan Hak-Hak Mereka.
10) Kita Sudah Pun Melihat Kesan-Kesan Yang Negatif Dengan Pelaburan Yang Sedia Ada. Izinkan Saya Menghuraikannya Di Dewan Ini.
Tan Sri Speaker,
11) Hari Ini Di Serata Dunia, Kita Dapat Melihat Berlakunya Penjajahan Alaf Baru Atau Modern Day Colonisation, Dengan Izin.
12) Ianya Membabitkan Syarikat2 Asing Yang Mengambilalih Dan Memajukan Tanah-Tanah. Ngo Grain, Sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan Antarabangsa Yang Menggalakkan Pengurusan Yang Mapan Dan Penggunaan Kepelbagaian Biologi Pertanian, Telah Melapurkan Beberapa Negara Di Asia Dan Negara-Negara Teluk , Telah Memperoleh Berjuta-Juta Hektar Tanah Pertanian Yang Subur , Terutama Di Afrika.
13) Syarikat-Syarikat Ini Dan Negara-Negara Termasuk Amerika Syarikat, Negara-Negara Eropah , Dan Negara-Negara Yang Semakin Meningkat Ekonomi Seperti Brazil , Rusia , India Dan China Semuanya Terlibat Dalam Pembelian Tanah Secara Rakus Ini. Berjuta-Juta Hektar Tanah Ladang , Serta Hutan Dan Tanah Gambut Ini Telah Dengan Cepat Menjadi Ladang Soya , Kelapa Sawit Dan Tanaman Kontan Lain.
14) Pelaburan Boleh Bertukar Menjadi Penjajahan Alaf Baru Jika Ianya Tidak Dikawal Selia Dan Dibiar Beroperasi Tanpa Perhatian Teliti. Yang Membezakan Pengambilalihan Tanah Secara Global Ini Dengan Yang Berlaku Di Johor Darul Takzim Ialah Ianya Melibatkan Hartanah Pesisir Pantai Yang Memungkinkan Ancaman Kepada Persempadanan Dan Keselamatan Negeri Johor Darul Takzim Dan Juga Kerajaan Persekutuan.
15) Dan Yang Lebih Menyedihkan, Tanah-Tanah Ini Dijual Dengan Status Hakmilik Bebas. Pemilik Bebas Untuk Mengendalikan Tanah Itu. Ia Boleh Dijual, Disewa, Dipindahmilik Dan Boleh Juga Melibatkan Pelbagai Urusan Yang Kadangkala Sukar Untuk Dijangkakan.
16) Kita Sedia Maklum Kawasan Pesisiran Pantai Selat Tebrau Dari Permas Sehingga Ke Tanjung Piai Telah Diambilalih Untuk Dimajukan Oleh Syarikat-Syarikat Asing. Pembangunan Ini Merangkumi Hartanah Komersil Dan Penginapan. Ianya Melibatkan Pesisiran Pantai Sejauh Lebih Kurang 45km Jika Di Ukur Melalui Pesisiran Pantai.
17) Syarikat-Syarikat Milik Asing Ini, Yang Ada Usahasama Dengan Entiti-Entiti Tempatan Seperti Kumpulan Prasarana Rakyat Johor, Turut Menjalankan Kegiatan Penambakan Tanah Untuk Meluaskan Tanah Milik Mereka Untuk Tujuan Membangunkan Projek-Projek Mewah Yang Tidak Mampu Dimiliki Oleh Anak Negeri Sendiri.
18) Kempas Sekali Lagi Mengucapkan Jutaan Terima Kaseh Kepada YAB Dato Menteri Besar Kerana Telah Mengambil Kira Ucapan Kami Pada 11hb November 2013 Di Dalam Dewan Yang Mulia Ini Supaya "A Clear Demarcation" Dengan Izin Atau Sempadan Yang Jelas DIwujudkan Untuk Pembangunan Asing Berimpak Tinggi Supaya Ianya Terhad DiSuatu Kawasan Sahaja Dan Bukan Bersepah Di Bandaraya Johor Bahru Ini. Kawasan Tersebut Pula Perlulah Dipantau Dengan Baik Demi Kedaulatan Negara Dan Disediakan Polisi Yang Khusus Untuk Mengurangkan Kesan Negatifnya Terhadap Sosio-Budaya Tempatan.
Tan Sri Speaker,
19) Sekali Lagi DiUlangi, Kempas Tidak Sekali-Kali Menolak Pembangunan Bagi Johor Darul Takzim, Jauh Sekali Menidakkan Lonjakan Ekonomi Yang Boleh Dinikmati Oleh Rakyat Jelata Di Peringkat Negeri Dan Persekutuan. Kempas Menyokong Penuh Dan Akan Memainkan Peranan Bersama Untuk Melihat Johor Mencapai Tahap Sebagai "The New Economic Powerhouse" Dengan Izin, Tetapi Dalam Masa Yang Sama Kempas Tidak Mahu Melihat Senario Ini Sebagai Satu Ancaman Penjajahan Di Zaman Serba Moden Dan Canggih Ini.
20) Kita Perlu "Manage The Development" Dengan Izin Supaya Seperti Di Singapura, Pelabur2 Masih Lagi Tertakluk Kepada Polisi Kerajaan Dan Bukannya Bebas Sehingga Mereka Ingat Diri Merekalah Yang Menakluk.
21) Rakyat Di Kempas Adalah "Affluent" Dengan Izin Dan Duduknya Di Dalam Bandaraya Johor Bahru. Dari Itu Mereka Tahu Tentang Pentingnya Pembangunan Di Lakukan Lebih2 Lagi Di Negeri Yang Baru2 Ini Menjadi Makmor Kembali Di Bawah Kepimpinan YAB Menteri Besar Yang Sedia Ada, Mereka Juga Faham Mengenai Market Forces
22) Kempas Hanya Bimbang Kerana Beberapa Persoalan Dan Isu Telah DIbangkitkan Oleh Rakyat Dan Hasil Dari Suara Hati Rakyat Yang Telah Di Lancarkan Oleh YAB Menteri Besar Tidak Berapa Lama Dahulu, Maka Terpanggillah Kempas Untuk Mengutarakan Kebimbangan Rakyat Johor Khususnya Dari Kempas Yang Terletaknya DI Dalam Bandaraya Johor Bahru. Ada Yang Berkaitan Dengan Negeri Dan Ada Yang Berkaitan Dengan Pusat.
Tan Sri Speaker,
23) Negeri Johor Darul Takzim Adalah Satu-Satunya Negeri Di Semenanjung Malaysia Yang Mempunyai Pesisir Pantai Di Kedua-Dua Pantai Barat Dan Pantai Timur.
24) Kita Sedia Maklum Zon Persempadanan Maritime Merangkumi Had Berikut: Bagi, Persisiran Pantai (Coastal Waters, Dengan Izin), Ianya Merangkumi 3 Batu Nautika Dari Pantai; Bagi Wilayah Laut, Zon Mengunjur 12 Batu Nautika Dari Pantai; Bagi Zon Contiguous, Kawasan Mengunjur 24batu Nautika Dari Pesisiran Pantai, Dan Zon Eksklusif Ekonomi, Kawasan Mengunjur 200 Batu Nautika Dari Pantai Kecuali Melainkan Jarak Antara Dua Negara Kurang Dari 400 Batu Nautika. Dan Dalam Kes Zon Bertindan, Persempadanan Dibuat Berdasarkan Prinsip Kesamaan Ataupun Dinyatakan Dengan Jelas Dalam Perjanjian Dua Hala.
25) Sudah Tentu Sebagai Pemilik Tanah Yang Berstatus Pegangan Bebas, Syarikat-Syarikat Asing Ini Akan Menjadikan Kawasan Mereka Seperti Satu Wilayah Autonomi Di Bawah Penguasaan Mereka Secara Persendirian.
26) Apakah Jaminan Dari Mereka Sahaja, Jika Ada, Sudah Mencukupi Bagi Pihak Berkuasa Untuk Memberikan Mereka Seolah2, Dan Saya Ulangi, Seolah2 Kuasa Autonomi Untuk Mentadbir Kawasan Mereka Sendiri Sedangkan Kita Sedia Maklum Terdapatnya Kebocoran Dalam Penguatkuasaan Keselamatan Pesisir Pantai Selama Ini?
27) Sementara Mereka Menguasai Pesisiran Pantai Negara Kita DI Selatan Johor. Kini, Sepanjang2 Projek Mereka DI Ditutup Dengan "Hoarding", Dengan Izin. Hanya Allah Sahaja Yang Tahu Apa Yang Berlaku DI Dalam Kawasan Mereka.
28 ) Tanpa Pemantauan Pihak Berkuasa, Kawasan Pesisir Pantai Akan Menjadi Laluan Keluar Masuk Kepada Kebarangkalian Penyeludupan Senjata Api, Bahan Letupan, Dadah, Manusia Dan Bahan-Bahan Tiruan Jika Pihak Berkuasa Tiada Akses Kepada Kawasan Tersebut. Lori2 Pun Keluar Masuk Tanpa Pemeriksaan.
Ukuran Keselamatan Tidak Langsung Di Ambil Kira Sedangkan Pintu Masuk Kediaman Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Hanya Sekadar Beberapa Meter Sahaja Dan Gerbang Besar Istana Bukit Serene Pun Tidak Berapa Jauh Dari Situ. Kempas Mendesak Agar Demi Keselamatan DYMM Sultan, Dan Rakyat Negeri Johor, Pihak Polis DiRaja Malaysia Dibenarkan Meletak Pegawai2 Anggotanya Di Dalam Kawasan Operasi Projek2 Sebegini Yang Berakseskan Pesisiran Pantai Tanpa Kawalan Polis Merin Atau APMM.
29) Begitu Juga Dengan Kesemua Projek2 Yang Mengelibatkan Panambakkan Dan Syarikat2 Warga Asing Ini. Kempas Percaya Bahawa Walaupun Pihak KPRJ Bersama Di Dalam Usahasama Ini Namun Pegangan Saham Mereka Adalah Kecil Dan Warga Kerja Di Kesemua Projek Site Itu Adalah Terdiri Majoritinya Dari Orang Asing.
Tan Sri Speaker
30) Kita Mahukan Pembangunan, Tetapi Dalam Keghairahan kita hendak membangunkan negeri Johor, Kita Juga Tidak Mahu Pemaju2 Tertentu Memikirkan seolah2 mereka ada kekebalan atau keistimewaan Dan Tidak Perlu Mengambil indah atau menghormati Jabatan2 dan pegawai2 Kerajaan yang menjalankan tugas mereka dengan jujur kerana Allah.
31) Kredibiliti Agensi Kerajaan Berkaitan Seperti Jabatan Alam Sekitar (Jas), Jabatan Pengairan Dan Saliran (Jps) Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan (Pbt), Agensi-Agensi Berkaitan, Ketua-Ketua Jabatan Dan Kakitangan Secara Keseluruhan Turut Juga Tercemar Jika Proses Kelulusan Bagi Projek-Projek Pembangunan Yang Membabitkan Syarikat2 Pemaju Dari China Ini Dikatakan Dibuat Secara Tergesa2.
32) Syarikat Pemaju Dari Tanah Besar Cina Ini Juga Diberi Semacam Satu `Keistimewaan’ Apabila Dikatakan Membuat “Special Request”, Dengan Izin, Untuk Membawa Masuk 5,000 Pekerja Dari Negara Asal Mereka, Walhal Pekerja Dari Tanah Besar China Difahamkan Tidak Tersenarai Pun Dalam Pekerja-Pekerja Asing Untuk Sektor Pembinaan Di Negara Ini.
33) Difahamkan Country Garden Misalnya Sudah Pun Membina Sebuah Enklaf (Enclave) Yang Mampu Memuatkan 3,000 Pekerja Asing.
34) Kementerian Dalam Negeri, Jika Sahih Telah Memberikan Kelulusan Terhadap Kemasukan Beramai-Ramai Pekerja Warga China Ini, Perlu Memberikan Justifikasi Dan Rasional Di Sebalik Tindakan Mereka Meluluskan Kemasukan Warga China Untuk Bekerja Di Sektor Pembinaan Untuk Projek-Projek Yang Dilaksanakan Oleh Syarikat Pemaju Ini.
35) Apakah Juga Langkah2 Atau Pelan Dan Waktu Untuk Menentukan Mereka Pulang Ke Negeri Asal Mereka? Kempas Amat Risau Apabila Dimaklumkan Bahawa Ketika Ini, Kita Sedang Menjadi “tuanrumah” pada 6.7 Juta Pendatang Asing. Kerajaan Pusat Harus Memberi Penjelasan Mengapa Seramai Ini Masih Lagi Kekal Di Negara Kita, Sambil Kita Mengundang Lagi Beribu2 Pekerja Buruh Dari Negara China Ke Bumi Johor.
36) Keputusan Yang Dibuat Tanpa Perancangan Yang Baik Dari Pihak Kementerian Dalam Negeri Sepuluh Tahun Kebelakangan Ini Akan Memudharatkan Pemimpin Dan Rakyat Negara Kita Di Masa Hadapan Untuk Seumur Hidup Jika Tidak Di Benteras Dengan Pantas Pada Masa Ini.
Tan Sri Speaker,
Balik Semula Ke Negeri Johor Darul Taqzim.
37) Kehadiran 5,000 Pekerja Dari Tanah Besar China Ini Samada Sekaligus Mahupun Secara Sekala Akan Merubah Keseluruhan Sistem Sosioekonomi, Geopolitik Dan Demografi, Sekaligus Memberi Kesan Negatif Yang Hebat Dan Dahsyat Kepada Nilai, Budaya, Pegangan Dan Moral Masyarakat Tempatan.
38) Kebanjiran 5,000 Pekerja Dari Tanah Besar China Untuk Projek Country Garden Di Danga Bay, Misalnya, Jika Tidak Diuruskan Secara Bersistem Serta Kawalan Keselamatan Bersepadu Akan Menyebabkan Terjadinya Gejala Sosial Yang Lebih Dahsyat Di Tengah-Tengah Masyarakat Tempatan. Dan Angka Ini Tidak Termasuk Pekerja Asing Dari China Yang Akan Ditempatkan Di Tapak-Tapak Projek Dari Syarikat2 China Yang Lain Jika Mereka Juga Mahukan Keistimewaan Yang Sama .
39) Kita Hanya Boleh Mengharapkan Mereka Ini Dapat Menyesuaikan Diri Dan Berasimilasi Dengan Budaya Kita Tetapi Pengalaman Dari Luar Telah Menunjukkan Sebaliknya Akan Terjadi.
40) Kehadiran Mereka Di Sini Akan Meningkatkan Lagi Aktiviti-Aktiviti Tidak Bermoral Di Bandaraya Johor Bahru.
41) Apakah Kesudahannya Kelak? Kita Akan Menjadi Minoriti Di Bumi Sendiri Jika Kehadiran Mereka Disini Pada Skala Yang Besar. Kita Akan Menjadi Takut Untuk Hidup Di Negeri Tanah Tumpah Darah Sendiri Tanpa Jaminan Keharmonian Dan Keselamatan Yang Kita Ada Hari Ini.
42) Lihatlah Apa Yang Sudah Berlaku Di Negara Jiran Kita. Dua Dari Lima Penduduk Singapura Adalah Warga Asing. Ini Telah Meletakkan Beban Yang Besar Terhadap Pekerjaan, Perumahan Dan Infrastruktur, Dan Menimbulkan Kebimbangan Tentang Kecairan Identiti Bangsa Singapura Sendiri. Rakyat Singapura Berhadapan Dengan Krisis Identiti Dan Sudah Mula Rasa Tidak Selesa Untuk Tinggal Di Negara Sendiri, Sehingga Ramai Telah Pun Memutuskan Untuk Berhijrah Ke Luar Negara.
43) Warga Asing Ini Akan “Merompak” Hak-Hak Orang Tempatan Apabila Memohon Status Penduduk Tetap, Anak-Anak Mereka Mendapat Kerakyatan Malaysia, Mendapat Pendidikan Percuma, Faedah Kesihatan Secara Percuma Dan Mereka Tidak Membayar Cukai Pendapatan.
44) Kementerian Dalam Negeri Dan Jabatan Pendaftaran Negara (Jpn) Sudah Sewajarnya Memikirkan Implikasi Terhadap Kemasukan Dan Kebanjiran Warga Asing Ini Sebagai Pekerja-Pekerja Binaan Dan Juga Pembeli Unit-Unit Di Projek-Projek Mewah Ini.
45) Seperti Yang Di Katakan Tadi, Kita Tidak Menolak Kehadiran Mereka Sekiranya Mereka Berada Di Sini Buat Seketika Waktu, Namun Demikian, Suatu Mechanisma Perlu DI Wujudkan DI Mana Jika Anak2 Orang Asing ini di lahirkan di sini, Mereka Tidak Boleh Di Beri Kerakyatan Secara Otomatic.
Alam Sekitar
Tan Sri Speaker
46) Di Antara Syarikat Pembangunan Persisiran Pantai Sebagaimana Yang Kita Sedar Ada Yang Sedia Akur Dan Menjaga Perbatasan Alam Sekitar Sehingga Ada Yang Mewujudkan Kepulauan Mengelilingi Kawasan "Seagrass" Supaya Ianya Tidak Tercemar. Tetapi Ada Juga Yang Mendedahkan Negeri Johor Darul Takzim Kepada Bencana Akibat Perbuatan Manusia Atau "Man Made Disaster", Dengan Izin.
47) Ribuan Ekar Kawasan Hutan Bakau Yang Menjadi Pelindung Semulajadi Kepada Beribu-Ribu Spesies Hidupan Akan Musnah. Kawasan Ini Akan Terdedah Kepada Ombak Besar Yang Akan Mengakibatkan Bencana Berupa Banjir Kilat Dan Banjir Lumpur.
48) Golongan Rakyat Marhaen Akan Menerima Kesan Terus Daripada Projek-Projek Pembangunan Persisir Pantai Apabila Mereka Terpaksa Berpindah Ke Kawasan Lain. Penghijrahan Rakyat Tempatan Di Kawasan Bandar Berhampiran Persisiran Pantai Ke Kawasan Lebih Ke Pedalaman Sudah Boleh Dilihat Dan Kemungkinan Tekanan Kehidupan Akan Mengakibatkan Lebih Ramai Lagi Yang Akan Mengambil Keputusan Berhijrah Ke Kawasan-Kawasan Kampung Dan Pedalaman.
49) DI SIni Kempas Bershukur Di Atas Keperihatinan YAB Menteri Besar Kerana Telah Mengambil Tindakan Yang Tegas Dan Pantas Menyelamatkan 153 Keluarga Dari Di Usir Sedemikian Rupa Tanpa Se Sen Pun Pampasan Atau Tempat Alternatif Yang Diberikan Kepada Mereka Baru2 Ini. Mereka Sendiri Tidak Menolak Pembangunan, Tetapi Hari Ini, Mereka Boleh Tidur Malam Sambil Menunggu Penempatan Semula Bagi Mereka Yang Mana Boleh Mereka Menyewa Sambil Beli Insha'Allah, Di Kawasan Yang Sama Kalau Boleh.
Tan Sri Speaker,
50) Kerakusan Sesetengah Pemaju Dalam Membangunkan Sesuatu Kawasan Tanpa Mengambil Kira Atau Menjaga Hati Orang Tempatan Juga Boleh Dilihat Apabila Kumbahan Najis Sebesar 18 Ekar Dari Sebuah Pembangunan Gergasi Yang Mewah Yang Mana Orang Melayu Tidak Bolehpun Mampu, Dirancang Utk Di Letakkan Di Kawasan Perkampungan Melayu Yg Mana Terletaknya 6 Buah Surau.
51) Sekali Lagi Kempas Ingin Merakamkan Setinggi2 Penghargaan Kepada Pihak Kerajaan Kerana Perkara Ini Sudah Pun DI Dalam Pemerhatian Untuk Di Ambil Tindakan Sebaik Mungkin Mengikut Kepada Jasabaik Dan Bidang Kuasanya. Insha'Allah.
52) Alhamdulillah, Jaminan YAB Dato Menteri Besar Dalam Perancangan Pembangunan Inklusif Kerajaan Negeri Yang Mengambil Kira Penempatan Dan Participation Dengan Izin, Untuk Penduduk Tempatan Khususnya Orang Melayu DiDalam Arus Pembangunan Yang Pesat ini Sudah Pun Terbukti Jauh Lama Lagi Sebelum Ucapan Belanjawan Beliau Yang Disampaikan Pada 12hb Mengenalkan Istilah " Inclusive " Dalam Pembangunan Ini.
Tan Sri Speaker,
Jika Kita Sering Mendengar Tuntutan Pepatah Orang Putih Kepada Kerajaan Pusat Untuk " Walk The Talk ", Sebaliknya Kerajaan Johor Dan Menteri Besar Sedang Talk His Walk , Kerana Beliau Telahpun Melaksanakan Niat Murninya Lama Sebelum Beliau Mengumumkan Hasrat Sucinya Dalam Ucapan Bajet Untuk Melaksanakan Pembangunan Inclusive.
53) Kempas Yakin Bahawa Kerajaan Negeri Di Bawah Kepimpinan YAB Menteri Besar Akan Memastikan Bahawa menangani ‘Cakupan Ketidaksama'an yang Mencapah’ atau ‘the multidimensional nature of inequalities’, Penempatan Orang Melayu Tidak Akan Dipinggir Atau Di Longgokkan Jauh Dari Bandar Seperti Kaum Red Indian Di Beberapa Reservations, Dengan Izin, Di Amerika Syarikat.
Tan Sri Speaker
54) Kita Telah Dengan Bermurah Hati Memberi Tanah-Tanah Pesisir Pantai Kepada Syarikat-Syarikat Asing Ini Dengan Status Hakmilik Bebas, Yang Membolehkan Pegangan Seumur Hidup Malah Boleh Di Katakan Sehingga Hari Kiamat, Sedangkan Tanah-Tanah Kurnia Yang Diberikan Kepada Pesara-Pesara Dan Pegawai2 Kerajaan Dan Orang2 Tempatan Misalnya Masih Lagi Berstatus Pajakan Atau "Leasehold", Dengan Izin.
55) Kempas Sedar Bahawa Mereka Telah Membayar Premium, Yang Merupakan Hanya One-off Payment, Dengan Izin. Dan Ada Juga Akta Pengambilan Balik Yang Boleh Dikenakan Keatas mereka. Tetapi Apabila Pembanguan Telah Pun Sedia Ada Sepanjang 46 KM di Pesisiran Pantai Kita Nanti, Saya Jamin Bahawa Kerajaan Negeri Tidak Akan Mampu Untuk Membayar Pampasan Pengambilalihan Demikian Lebih2 Lagi Apabila Nilai Keseluruhannya Akan Menjangkau Berpuluh Billion Ringgit Kelak.
56) Memandangkan Bangsa Asing Itu, Yang Tidak Ada Jasa Walau Sebesar Zahrah Pun Kepada Rakyat Dan Negeri Kita, Di Beri Status Hakmilik Kekal Keatas Beribu2 Ekar Tanah Dibawah Jajahan Dan Takluk Negeri Johor, Kempas Dengan Rendah Diri MeMohon Belas Ehsan Dan Pertimbangan Dari Kerajaan Agar DIAnugerahkan Juga Status Hakmilik Bebas Ke Atas Tanah-Tanah Kurnia Kepada Pegawai2 Kerajaan Samada Pesara Mahupun Yang Sedang Berkhidmat, Yang Seumur Hidup Mereka Telah Memberikan Sumpah Taat Setia Kepada Allah, DYMM Sultan Dan Negeri Johor, Dengan Bersyarat Ianya Tidak Boleh Di Pindah Milik Kepada Bangsa Asing.
Tan Sri Speaker
57) Terlajak Perahu Boleh Diundur. Terlajak Perkataan Dan Perbuatan Masih Boleh Dimaafkan, Insha'allah. Tetapi Bila Kita Sudah Terlajak Dalam Menganugerahkan Tanah Berstatus Hakmilik Bebas Kepada Orang Asing, Akan Terjual Lah Sebahagian Dari Jajahan Dan Takluk Negeri Johor Darul Takzim Yang Kita Kasihi Ini.
58) Apa Yang Kita Mahu Adalah Untuk Meluaskan Kuasa Kita, Dan Bukan Berkongsi Atau Kehilangan Kuasa Kepada Pihak2 Yang Lebih Berpengaruh Di Wilayah2 Tersebut Seperti Negeri China Dan Singapura Di Bumi Kita Sendiri. Barang Di Jauhkan Allah.
Kesimpulannya Tan Sri Speaker, Walaupun Demikian, Kempas Menyokong Dan Percaya Penuh Diatas Segala Perancangan YAB Menteri Besar Dan Kerajaan Untuk Menjadikan Negeri Johor Ini Sebuah Metropolis Dan Economic Powerhouse In South East Asia, Dengan Izin, Dengan Ketentuan Keselamatan, Darjat Dan Martabat Keraja'an Dan Rakyat Negeri Johor DIpelihara Bersama.
59) Akhir Qalam, Saya Mengucapkan Setinggi-Tinggi Terima Kasih Kepada Tan Sri Speaker Kerana Diberikan Kesempatan Ini.
60) Hanya Allah Swt Dan Rakyatlah Yang Telah Meletakkan Kita Semua Di Sini Untuk Menabur Jasa Dan Bakti Kepada Johor Darul Taqzim. Kempas Berdo’a Agar Amanah Dan Mandat Yang Diberikan Kepada Kita Di Dalam Dewan Yang Mulia Ini Akan Disempurnakan Dengan Ikhlas Dan Penuh Tanggungjawab Mewakili Rakyat DiSeluruh Bumi Johor.
61) Sekali Lagi Saya Melafazkan Dengan Penuh Taqzim, Ikhlas Dan Penuh Keyakinan Bahawa Kerajaan Yang Saya Wakili Ini, Adalah Sebenar-Benarnya Kerajaan Dari Rakyat, Oleh Rakyat, Demi Allah, Untuk Raja Dan Negara.
Kempas Mohon Menyokong.
Wabillahitaufiq Walhidayah Wasalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Khamis, 13 November 2014
BELANJAWAN NEGERI JOHOR
Pembentangan Bajet oleh YAB MBJ
TITIK SENTUHAN BAJET 2015 "MEMBANGUNKAN JOHOR SECARA INKLUSIF"
STRATEGI PERTAMA: MENGGALAKKAN PERTUMBUHAN EKONOMI DAN MERANSANG PELABURAN.
A. MERANCAKKAN PERTUMBUHAN DALAM BIDANG KEBERHASILAN STRATEGIK
SEKTOR PETROLEUM DAN GAS
1. Kerajaan Negeri Johor dan kerajaan persekutuan bekerjasama membangunkan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) dengan memberi fokus kepada aktiviti-aktiviti industri berteknologi tinggi dan berinovasi. Apabila siap kelak, PIPC akan menyediakan pekerja-pekerja berkemahiran dan berpendapatan tinggi.
SEKTOR BIOEKONOMI
2. Menyokong pertumbuhan industri kecil dan sederhana yang berorientasikan bioteknologi melalui program Jelajah Bioekonomi yang memberi manfaat kepada usahawan tempatan melalui proses penjenamaan dan promosi.
3. Mempergiatkan penglibatan masyarakat dalam sektor bioteknologi, melalui Program Pembangunan Bioekonomi Komuniti dengan kerjasama kerajaan persekutuan. Program ini akan melibatkan kerjasama antara pembekal teknologi dari syarikat-syarikat Bio-Nexus dan berasaskan ‘bio’ dengan kumpulan komuniti hampir 100 peserta di setiap daerah, melalui contract farming atau perladangan kontrak.
4. Kerajaan negeri akan memberikan peruntukan bagi melaksanakan program untuk pembangunan modal insan dalam sektor bioteknologi.
5. Pusat Pelaburan Negeri Johor (JSIC) telah diberikan peruntukan berjumlah RM1.5 juta sebagai pemudah cara kepada pelabur.
B. MENGUKUHKAN EKONOMI DESA MELALUI PERTANIAN LESTARI
6. RM4 juta diperuntukkan bagi memperkasakan Program Galakan Usahawan (PGU) di bawah seliaan Jabatan Pertanian Johor bagi tahun 2015. PGU akan dilaksanakan menerusi tiga projek, iaitu Projek Industri Kecil (PIK), Projek Pembangunan Tanah Terbiar (PPTT) dan Skim Pinjaman Satu Mukim Satu Industri (SMSI).
7. Program meningkatkan pengeluaran daging lembu berskala besar, melalui ladang satelit dengan penglibatan seramai 21 peserta dengan penghasilan 18,900 ekor lembu matang setahun dengan peruntukan RM3 juta.
8. RM2 juta diperuntukkan untuk membantu pengusaha tanaman nanas yang mempunyai keluasan kurang daripada 15 ekar bagi membantu meningkatkan pengeluaran mereka.
9. RM20 juta kepada Permodalan Darul Ta’zim untuk membeli dan menyelamatkan tanah-tanah pertanian yang dimiliki oleh Orang Melayu supaya tidak dijual kepada pihak lain, di mana tanah-tanah yang dibeli akan disewakan kepada koperasi dan usahawan terpilih untuk menjalankan aktiviti pertanian.
C. MENJADIKAN JOHOR JAUHARI SELATAN DAN DESTINASI PELANCONGAN TERBAIK MALAYSIA
10. Johor akan ada lima produk pelancongan menjelang tahun 2015 untuk membangunkan Taman Negara Endau-Rompin; Tanjung Piai, Pulau Kukup dan Sungai Pulai sebagai tapak RAMSAR; Johor Pusat Kebudayaan Melayu utama di dunia; Johor Pusat Persidangan Antarabangsa; Hab pelancongan keluarga dengan tarikan seperti Angry Birds, Legoland, Hello Kitty World dan Johor Premium Outlet.
11. Kerajaan persekutuan, melalui ECER telah memperuntukkan RM31.4 juta bagi membangunkan prasarana eko-pelancongan dengan konsep Hutan Hujan ke Terumbu Karang atau Rainforest to Reef di Taman Negara Endau Rompin. Projek ini akan dilaksanakan secara berfasa untuk tempoh lima tahun.
12. Kerajaan persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM15 juta bagi menaik taraf jalan akses ke kawasan pelancongan Tanjung Piai, Pontian.
13. Kerajaan Negeri akan menganjurkan pelbagai festival, termasuk festival sukan, seni dan budaya dengan peruntukan RM1 juta. Antara dua festival yang akan menjadi tumpuan di peringkat antarabangsa ialah Festival Layang-Layang Sedunia dan Festival Zapin.
14. Transformasi Johor Bahru: Urban and Heritage Trail dengan penjenamaan semula Bazar Johor Bahru, mewujudkan Stesen Seni dan perkhidmatan bas percuma “Johor Di Hatiku”.
15. Taman Warisan Semulajadi Nusajaya akan dibangunkan oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama UEM Sunrise melibatkan kawasan seluas 300 ekar. Kawasan riadah ini akan menempatkan Taman Tanaman Tropika dan Taman Koleksi Tumbuhan yang kedua-duanya akan beroperasi sebagai tujuan pelancongan, riadah, pendidikan dan penyelidikan.
STRATEGI KEDUA: MEMANGKIN KESEJAHTERAAN HIDUP RAKYAT
A. MENGURANGKAN KEMISKINAN
16. Kerajaan negeri akan meneruskan Program Bantuan Rumah dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.93 juta untuk membina 40 unit rumah baru dan membaik pulih 30 buah rumah.
17. RM8 juta daripada hasil kutipan zakat oleh Majlis Agama Islam Johor akan dibelanjakan untuk membina 200 unit rumah dengan anggaran RM40,000 seunit dan RM1 juta akan diperuntukkan untuk membaik pulih 74 unit rumah.
18. RM6.6 juta bagi bantuan makanan sihat kepada 15,000 murid miskin di Sekolah Agama Johor dengan peruntukan RM2.50 setiap murid untuk sehari sepanjang sesi persekolahan selama setahun.
19. Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan RM100,000 melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKAO) bagi penganjuran program kerohanian dan kepimpinan kepada mereka.
20. RM 1.8 juta kepada 1,800 nelayan dengan pecahan RM 1000 setiap seorang di pesisir pantai Selatan Johor yang disahkan kelayakannya oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
B. MENYEDIAKAN TEMPAT BERLINDUNG UNTUK MEMBINA KELUARGA YANG KUKUH
21. Sasaran pembinaan rumah mampu milik ditingkatkan daripada 28,000 unit kepada 37,000 unit bagi tempoh lima tahun akan datang, mulai tahun 2014.
22. Sebanyak 6,300 unit rumah kos rendah, termasuk Projek Perumahan Rakyat sedang di dalam proses pembinaan.
23. Dua kawasan strategik di sekitar Johor Bahru telah dikenal pasti sesuai untuk pembangunan Taman Perbadanan Islam pada 2015 iaitu di kawasan seluas 15 ekar di Telok Jawa dan 14 ekar lagi di Larkin.
24. Kerajaan Negeri akan menyediakan Skim Sewa Beli dengan sasaran ialah sebanyak 5,000 unit. Ini termasuk 1,000 unit rumah berharga RM42,000 hingga RM80,000 yang akan di sewa beli oleh Majlis Agama Islam Johor untuk diduduki sementara secara percuma oleh penerima bantuan zakat yang berkelayakan.
25. Kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan persekutuan juga akan membina 2,000 unit rumah pada 2015 di bawah program Pembinaan Rumah Penjawat Awam. Ini termasuk penjualan 531 unit kuarters kerajaan yang telah diperoleh menerusi pulangan penswastaan kepada penghuni-penghuni yang mendiaminya.
26. Kerajaan negeri akan menaikkan had minimum kelayakan pendapatan isi rumah bagi pembelian Rumah Mampu Milik Johor dan Kedai Kos Sederhana dari RM6,000 dan RM7,000 kepada RM8,000.
27. Kerajaan akan memberikan baucar RM1,000 untuk membantu mengurangkan deposit utiliti dan kos-kos yang berkaitan pembelian rumah.
28. Perjanjian yang ditandatangani bermula 1 Januari 2015, di mana baucar tersebut boleh dituntut dari pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Perumahan).
C. MENGUKUHKAN AGENDA JOHOR DALAM MEREKAYASA SOSIAL
29. Perbadanan Johor akan mengambil alih tanah seluas 382 ekar di Kem Tebrau bagi tujuan membina lebih banyak rumah mampu milik khusus untuk golongan Bumiputera dan masyarakat setinggan.
30. Kerajaan negeri tidak akan memperbaharui hak milik secara pajakan berkeluasan 196 ekar di kawasan Perindustrian Larkin, daerah Johor Bahru. Kawasan ini akan diwartakan sebagai rizab Melayu dan akan dijadikan kawasan penempatan orang Melayu.
31. Kerajaan akan menyediakan peruntukkan yang mencakupi aspek pendidikan, kebajikan dan membantu usahawan masyarakat India pada tahun 2015 untuk tujuan Pendidikan (RM 1.5 juta), kebajikan (RM 1.5 juta) dan keusahawanan (RM1.0 juta).
32. Bagi menyemarakkan integrasi etnik, keeratan sosial dan memupuk penerimaan kepelbagaian budaya, kerajaan akan menubuhkan Majlis Permuafakatan Perpaduan Negeri Johor.
D. MEWUJUDKAN JOHOR YANG BERSIH DAN ALAM SEKITAR YANG LESTARI
33. Program Johor Bersih dan Lestari 2015. Gelombang perubahan sihat dan bersih dalam suasana kehidupan rakyat Johor.
34. Pada tahun 2015, kerajaan akan memperkasakan pasukan Perubahan Komunikasi Tingkah laku (COMBI) di peringkat Jawatankuasa JKKK, Zon Ahli Majlis dan sekolah-sekolah bagi menangani masalah denggi.
35. Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama Kerajaan Pusat akan memulakan pelaksanaan Water Blueprint Sungai Skudai. Peruntukan akan disalurkan melalui pihak pemeliharaan alam sekitar, kerajaan negeri telah memutuskan untuk membekukan sebarang aktiviti pembalakan di hutan simpan di seluruh negeri Johor.
E. MEMBUDAYAKAN SUKAN DAN GAYA HIDUP SIHAT UNTUK KEBINGKASAN Malaysia
37. RM40 juta bagi kerja-kerja menaik taraf Stadium Larkin secara berfasa di bawah Pembangunan Larkin Central Park oleh JCorp, mulai 2015.
38. RM20 juta untuk kerja-kerja menaik taraf arena akuatik.
39. RM60 juta bagi pembinaan Stadium Tertutup di Larkin.
40. RM60 juta untuk membina stadium bagi kegunaan sukan trek padang dan balapan di Taman Mount Austin, Johor Bahru melalui kaedah penswastaan.
41. RM11 juta, melalui PBT untuk membina 56 gelanggang serba guna dan 30 Gym Muafakat Johor dalam usaha kerajaan menyahut seruan gaya hidup moden dan sihat khususnya bagi golongan muda.
42. Mewujudkan pusat rekreasi tambahan, terutamanya di kawasan Iskandar selari dengan citra masyarakat yang memerlukan ruang riadah bersama keluarga.
F. MEMPERKASA AGENDA BELIA
43. Hab Belia Tempatan di Hutan Bandar Majlis Bandar Raya Johor Baru (MBJB) dan Hab Belia Antarabangsa dengan kos RM23.4 juta.
44. RM400,000 diperuntukkan bagi menggerakkan Sukarelawan Darul Ta'zim, melalui aktiviti seperti motivasi pelajar, pembangunan sukarelawan, khidmat masyarakat, serta sukarelawan sukan.
45. Program Pembangunan Atlet seawal usia 10 tahun dengan memfokuskan sukan bola sepak, takraw serta sukan padang dan balapan dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM3 juta.
46. Iskandar Malaysia Motorsports City and Fast Track akan dibangunkan dengan pelaburan komited sejumlah RM3 bilion.
47. Program-program pencegahan dan penguatkuasaan terhadap penyalahgunaan dadah akan dilaksanakan oleh kerajaan negeri dengan peruntukan sebanyak RM500,000.
G. MEMPERKASA SUMBANGAN DAN PROFESIONALISME WANITA
48. Program Kemahiran Inkubator Ibu Tunggal (I-KIT), Program Inkubator Keusahawanan Wanita (I-KeuNita) dan Program Teras Pembangunan Pembangunan Wanita dengan memberi penekanan kepada tiga kategori golongan wanita, iaitu Wanita Profesional, Wanita Pertengahan dan Wanita Amatur dengan menggunakan peruntukan Kerajaan Pusat sebanyak RM150,000.
49. Pembangunan wanita India di negeri Johor berdasarkan peruntukan untuk pembiayaan keseluruhan yang disediakan di bawah AIM oleh Kerajaan Pusat untuk usahawan India. Kerajaan Johor menyasarkan seramai 100 orang usahawan wanita India Johor akan mendapat manfaat daripada pengagihan ini.
H. MEMELIHARA BUDAYA DAN WARISAN JOHOR
50. RM2.5 juta Pusat Pentadbiran Yayasan Warisan Johor akan dibina secara berfasa di Kompleks Mawar. Pembinaan Pembangunan Berfasa Pusat Warisan Johor akan menempatkan pelbagai aktiviti kebudayaan seperti Akademi Pembinaan Karaktor, kelas pemugaran tulisan jawi, kelas zapin serta pelbagai paparan seni akan dipergiatkan.
51. Memartabatkan Permainan tradisional di sekolah rendah dan menengah seluruh negeri Johor dengan peruntukan sebanyak RM250,000.
52. Peruntukan untuk promosi kebudayaan, kesenian dan warisan Johor dengan peruntukan sebanyak RM1 juta.
53. Insentif kerjaya sebanyak RM300,000, khusus untuk artis kebudayaan Yayasan Warisan Johor.
54. Tabung Amanah Warisan Johor sebanyak RM20 juta akan diperuntukkan bagi Projek Kembara Wangsa. Peruntukan ini akan digunakan untuk menaik taraf prasarana dan pemulihan tapak-tapak bersejarah di sepanjang Sungai Johor.
55. RM4.3 juta diperuntukkan bagi Pembangunan Muzium Timbalan Setia Negeri dan Muzium Mersing akan dibangunkan pada tahun 2015.
56. Bagi memastikan kelangsungan budaya dan penulisan masyarakat tempatan, kerajaan negeri akan memperuntukkan RM100,000 bagi penganjuran aktiviti Persatuan Penulis Johor.
STRATEGI KETIGA: MEMBANGUNKAN MASYARAKAT BERILMU DAN BERKEMAHIRAN BAGI MENDUKUNG PERALIHAN KE ARAH EKONOMI BERASASKAN PENGETAHUAN
A. MEMBINA UPAYA INSAN UNTUK KEKUATAN BANGSA
57. Menyediakan akses kepada asuhan awal kanak-kanak. Dasar Kerajaan Negeri Johor menyasarkan agar menjelang tahun 2017, setiap anak-anak negeri Johor yang berusia empat tahun ke atas sudah berada dalam kelas pendidikan awal.
58. Pembangunan Hab Kemahiran Johor (Johor Skill Hub) di kawasan seluas 100 ekar dikenal pasti di daerah Kota Tinggi oleh Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dengan peruntukan sebanyak RM225 juta bagi menyediakan pengajian meliputi sektor minyak dan gas, pengangkutan, pelancongan, Bioteknologi dan kesihatan.
59. Lembaga Pelabuhan Johor akan menubuhkan Centre of Excellence for Maritime Related Activities bagi memenuhi permintaan tinggi untuk tenaga kerja dalam industri Maritime dan pelabuhan. Ia akan melibatkan seramai 15,000 orang dalam tempoh lima tahun akan datang.
60. Program Johor Talent akan dipergiatkan dan diteruskan untuk mencari bakat terbaik di kalangan graduan untuk diberikan peluang latihan industri atau internship di sektor awam atau syarikat milik kerajaan.
61. RM1.5 juta kepada Program Duta Jauhar yang melibatkan penyertaan mahasiswa Anak Johor di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara, di mana program ini bertindak sebagai platform untuk mengemukakan idea dan pendekatan inovatif dalam melaksanakan projek transformasi komuniti.
62. RM260,000 di bawah Skim Biasiswa Sultan Ibrahim yang diperkenalkan semula untuk mencari bakat terbaik bagi ijazah tinggi peringkat Sarjana dan Kedoktoran Falsafah.
63. RM1.6 juta di bawah JCorp Education Sponsorship Programme (JESP) bertujuan menaja pelajar pra-siswazah dalam empat bidang, termasuk Ekonomi, Kejuruteraan, Undang-undang dan Perakaunan yang akan dimanfaatkan oleh 100 pelajar.
64. RM7.2 juta di bawah JCorp Chartered Accountancy Program (JCAP) yang akan melatih 100 akauntan bertauliah dengan menempatkan pelajar-pelajar terbaik firma-firma perakaunan terbaik dalam dan luar negara.
65. RM1 juta diperuntukkan bagi meringankan beban bayaran masuk universiti untuk anak-anak Johor. RM1,000 untuk peringkat Ijazah dan RM500 bagi peringkat Diploma.
66. RM2 juta untuk Tuisyen SPM YPJ yang melibatkan pelajar sekolah menengah aliran sains tingkatan 5 dengan penglibatan 148 sekolah seluruh negeri dan dimanfaatkan oleh 3,100 pelajar.
67. Potongan 'rebat' sebanyak 25% akan diberikan untuk semua pembayaran balik secara penuh pinjaman pendidikan YPJ, berkuat kuasa serta merta sehingga Jun 2015. Sehingga kini, seramai 13,300 peminjam YPJ sedang dalam tempoh balik pembayaran.
68. Seramai 25 orang pegawai tadbir kerajaan negeri akan diperuntukkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Master Degree. Kerajaan negeri juga mengambil ketetapan bahawa semua penjawat awam Johor mesti mengikuti sekurang-kurangnya 7 hari kursus atau latihan selama setahun bagi membangunkan potensi karier mereka.
STRATEGI KEEMPAT: MEMBUDAYAKAN INOVASI, KREATIVITI DAN KEUSAHAWANAN BERDAYA SAING GLOBAL
69. Penjenamaan semula Perbadanan Usahawan Johor Berhad kepada Pusat Pembangunan Usahawan Johor (EDC) yang telah beroperasi sejak September 2014.
70. Tiga Pusat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) akan dibina di Air Hitam, Kota Tinggi dan Mersing yang akan dijadikan pusat pengumpulan produk-produk IKS negeri Johor.
71. Perbadanan Islam Johor akan menyediakan inkubator atau ruang pejabat kecil bagi menggalakkan golongan belia untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan dengan peruntukkan RM3 juta. Program Bantuan Penjaja Kecil dan Program Bantuan Youth Collective dan Program Tajaan NGO Belia Islam akan diteruskan.
72. Program transformasi kedai runcit atau TUKAR akan digiatkan dengan tujuan menukar orientasi kedai runcit tradisional kepada kedai moden yang menjual barangan keperluan rakyat, dan memberi bantuan kepada 50 buah kedai seumpamanya. Peruntukan awal RM2 juta pada tahun 2014 dan ditambah lagi RM1.5 juta.
73. Kerajaan negeri dengan kerjasama IRDA menyasarkan pembangunan 1,000 usahawan muda yang terlibat dalam perniagaan berorientasikan model perniagaan maya.
74. Pusat Pembangunan Usahawan Johor (EDC) akan mengambil alih 68 unit premis komersial dan menawarkan ia kepada usahawan kecil dan sederhana bagi aktiviti perniagaan mereka. Premis komersil itu adalah di daerah Johor Bahru, Kluang, Muar dan Mersing.
75. Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasaman akan menyediakan 300 ruang perniagaan dengan melibatkan kos RM10 juta dalam usaha untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi Johor agar terus mapan dengan disokong oleh golongan usahawan baru.
76. Penubuhan Koperasi Iskandar Malaysia dengan matching grant untuk perniagaan rantaian kedai runcit harga patut bagi menangani kos sara hidup dengan peruntukan RM10 juta.
77. Kerajaan negeri menerusi Perbadanan Islam Johor (PIJ) akan membangunkan tanah seluas 300 ekar untuk pembangunan kemudahan sementara aktiviti sokongan di Pengerang.
STRATEGI KELIMA: MEMODENKAN PRASARANA SERTA MENGUKUHKAN KEPERCAYAAN AWAM TERHADAP PENTADBIRAN DAN INSTITUSI KERAJAAN
A. MENYEDIAKAN PRASARANA DAN INFRASTRUKTUR AWAM YANG MODEN, CEKAP DAN SISTEMATIK
78. RM600 juta diperuntukkan bagi penyelenggaraan rangkaian jalan-jalan negeri.
79. Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kerja Raya Negeri akan mendapat peruntukan RM50 juta bagi tujuan pembangunan Jalan dan Jambatan Negeri bagi tahun 2015.
80. Kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan pusat akan melaksanakan Projek Mengatasi Masalah Banjir dan Mencegah Hakisan Pantai yang menjejaskan kualiti hidup seramai 50,000 orang ia akan melibatkan peruntukan sebanyak RM22.14 juta.
81. Program Pencegahan hakisan di sepanjang Perairan Tanjung Piai, Pontian dengan peruntukkan RM45 juta.
82. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan mempertingkatkan keberkesanan prasarana awam di luar bandar, peruntukan RM50.15 juta meliputi bekalan air luar bandar, RM11 juta, jalan-jalan luar bandar, RM38.15 juta dan bekalan elektrik luar bandar, RM 1 juta.
83. Satu Pelan Induk akan disediakan merangkumi 2 bahagian utama iaitu Pelan Induk Pengangkutan Awam Johor dan Pelan Tindakan Pengangkutan Awam Daerah.
84. Penjenamaan Semula Pengangkutan Awam Iskandar Malaysia (PAIM).
B. MENGUKUH KEERATAN SOSIAL DAN MEMASTI KESELAMATAN LINGKUNGAN
85. Rukun Tetangga dan Skim Rondaan Sukarela terus diperkukuhkan di kawasan perumahan dengan peruntukkan RM900,000.
86. RM4 juta diperuntukkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memasang lebih banyak lampu awam di kawasan tumpuan ramai bagi mengelakkan kejadian jenayah.
87. Penambahan anggota Polis Bantuan berjumlah 1,100 orang yang akan ditempatkan di Iskandar Malaysia.
88. Sebuah lagi Ibu Pejabat Polis (IPD) akan dibina di kawasan Nusajaya yang dianggarkan bernilai RM117 juta.
C. MEMBANGUNKAN DESA LESTARI
89. Kerajaan telah memperuntukkan RM4.4 juta untuk membina 100 unit rumah secara berkelompok kepada golongan sasar di kawasan Sedili Kecil, Kota Tinggi.
90. Program Pembangunan Kampung Tradisional di antara kerjasama kerajaan negeri dan KEJORA, peruntukan RM11.5 juta untuk membina kemudahan awam dengan selesa.
D. MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG ISLAMI DAN BERAMAL SOLEH
91. RM457,600 untuk pelaksanaan Program Iqra’ dan Fardu Ain (IQFA) kepada kanak-kanak yang mengikuti pembelajaran dan asuhan awal di tadika-tadika KEMAS.
92. Pemberian imbuhan tahunan kepada guru-guru KAFA dan elaun khas cuti bersalin.
93. Kerajaan negeri sedang di dalam peringkat kajian bagi semakan semula gaji guru agama di negeri Johor.
94. Melaksanakan Pelan Strategik Pendidikan Islam Johor yang akan menggubal empat perkara asas, iaitu melestarikan pendidikan agama, menambah baik kesemua kemudahan pembelajaran serta pengajaran yang memberi penekanan kepada teknologi digital, ganjaran setimpal kepada guru-guru dan menjadikan Johor sebagai Hab Pendidikan Antarabangsa Aliran Agama.
95. RM2 juta bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan peningkatan tahap kebersihan sekolah-sekolah agama yang mempunyai jumlah pelajar melebihi 1,100 pelajar.
96. RM2.82 juta untuk Badan Kebajikan Sekolah Rendah Agama Bersepadu Johor dengan pecahan RM5,000 bagi setiap sekolah yang melibatkan penglibatan sebanyak 564 sekolah.
97. Festival Kesenian Islam Johor akan dijadikan acara tahunan.
98. RM44.5 juta bagi bantuan perubatan dan penjagaan kesihatan seperti rawatan hemodialisis yang akan ditambah baik dan dipertingkatkan.
99. RM1.8 juta diperuntukkan, melalui Perbadanan Islam Johor (PIJ) untuk tambahan dua lagi Pusat Rawatan Dialisis yang akan dibuka di Ayer Hitam dan Pasir Gudang.
100. RM18.4 juta bagi golongan mualaf, di mana dana zakat akan diperuntukkan untuk memastikan kebajikan saudara kita terbela, termasuk bantuan seperti perumahan, pendidikan, bantuan Hari Raya, perubatan, perniagaan dan kebajikan.
101. Elaun Ketua Kampung akan dinaikkan dari RM800 kepada RM1,000.
102. Elaun Pusat Pelatih Dalam Komuniti (PDK) dinaikkan dari RM800 kepada RM1,000.
103. RM3 juta bagi memperkasakan pertubuhan yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat, melalui Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
104. Tabung Pembangunan Perkuburan Islam Berpusat dan Bersepadu ditubuhkan di bawah MAIJ di dalam kawasan Iskandar Malaysia di kawasan berkeluasan 124 hektar di beberapa lokasi, termasuk Lima Kedai di Nusajaya, Kulaijaya dan Cahaya
Selasa, 16 September 2014
BAKAL PRESIDEN PAS KALAU PAS BERJAYA MENAWAN PENGKALAN KUBOR
Sabtu, 16 Ogos 2014
UGUTAN TERBUKA ADUN MORIB?
Assalamualaikum.
Tindakan PAS sengaja utk melambatkan usaha melantik Menteri Besar baru adalah satu kesilapan yang besar dan pendapat ini dikongsi bersama kebanyakan AJK PAS Pusat.
Itulah sebabnya Presiden tidak memanggil mesyuarat AJK PAS Pusat yang mempunyai kuasa eksekutif dan 10/8 sengaja ditunda ke 13/8 dan ke 17/8.
Alasan untuk bargain dan tidak bersetuju dgn Dr Wan Azizah adalah suatu tindakan paling tidak munasabah. Kita Pakatan Rakyat boleh duduk berbincang sehingga rentung dan hantar satu nama. Kalau Sultan tolak kita hantar nama lain dan seterusnya sampai setuju. Tapi PAS terus ambil sikap sambil lewa. Sehingga imej kita rosak di mata pengundi2 Pakatan Rakyat terutamanya bangsa Cina. Pesuruhjaya Selangor takut utk memanggil mesyuarat dan ambil tindakan proaktif dan serahkan 100 peratus ke pusat. Kita yang duduk di Selangor tentu lebih faham dan seharusnya bertanggungjawab.
Saya yang menyokong Pakatan Rakyat akan di hadap ke tindakan disiplin. Inikah parti Islam yg kita agung-agungkan? Kalau di Kelantan atau Kedah mungkin boleh tapi ini Selangor. Jauh beza keadaannya. Kita mesti mengambilaa hati pengundi khasnya bangsa Cina.
Macam mana Exco yg bersekongkol dengan MB Bebas gila kuasa dan memecat semua Exco Pakatan Rakyat yang lain. Kalau tidak kerana tindakan saya hari ini, semua ahli majlis PKR dan DAP pun akan dipecat oleh Khalid Ibrahim dan disokong oleh EXCO2 PAS yang wala' dengan pimpinan kononnya. Siapa yang khianat sebenarnya. Pejabat MB sudah telefon Ahli Majlis yang sudi untuk setia dengan Khalid Ibrahim.
Exco2 Pakatan Rakyat dipecat dan dihalau keluar bersama dengan 30 staf2 dan ada yang tunggu masa hendak bersalin. TSKI juga seorang yang suka meninggalkan solat dan kuat berfoya-foya. Majlis Syura Ulamak tahu tak maklumat ini? Kalau tak tahu tanyalah. Jgn butakan mata!
EXCO yang duduk berjam2 dengan TSKI boleh mengesahkan perkara ini. Kenapa nak pertahankan TSKI sampai setengah mati terutamanya Pesuruhjaya PAS Selangor tu?
Saya mengambil tindakan ini untuk menyelamatkan PAS dari terus hanyut dengan tindakan2 yang merugikan.
Kita kata masih bersama PR tapi perbuatan kita yg menghancurkan PR.
Saya sudah bersedia untuk terima apa juga akibatnya dari tindakan saya. Buatlah tindakan ke atas saya kalau berani sebelum saya buka semua keaiban semua pimpinan PAS Selangor.
Hasnul b Baharuddin
ADUN Morib
Isnin, 4 Ogos 2014
Sabtu, 12 Julai 2014
Isnin, 23 Jun 2014
SELAMATKAN BANGSA KU
SEBAGAI umat Islam, saya amat hairan, pemimpin kita Melayu. Pembuat keputusan kita semua Melayu. Tetapi, pasal apa Melayu terus Melayu, lemah dan bermasalah dalam pelbagai bidang. Melayu hanya menjadi jaguh dalam kegiatan negatif. Tunjukkan kepada saya kekuatan Melayu!
Pertama, bidang pekerjaan. Melayu tidak mahu lagi menceburkan diri dalam bidang pekerjaan yang agak lekeh seperti buruh kasar dan tukang cuci. Tak glamor. Lebih 3 juta buruh asing mengambil alih tugas Melayu.
Kedua, bidang hiburan. Setakat ini amat kurang program hiburan yang mendidik. Melayu berhibur daripada program realiti bintang kecil sehinggalah bintang tua.
Semua program realiti akan berakhir Ramadan ini kerana pada kefahaman kita, ia bulan ibadat. Bagaimana pula bulan lain, dan kefahaman Islam jenis apakah ini?
Ketiga, bidang politik. Kita asyik berpecah. Ultra kiasu semakin bersatu. Sedar atau tidak, kita hanya ada 50 peratus. Apabila berpecah tiga, tidak mungkin kita boleh memerintah.
Malangnya, perpecahan semakin melebar. PRU14 adalah penentu nasib bangsa dan agama kita. Tunggu dan lihat, jika pengajaran tidak diambil.
Keempat, kita jaguh dalam segala aktiviti kemaksiatan iaitu gejala sosial, seks bebas dan sumbang mahram. Bukan bermakna bukan Islam tidak melakukannya.
Mereka pun banyak terlibat, mereka pandai makan, pandai simpan. Namun, mereka tidak sampai dirogol berkali-kali oleh 21 lelaki sehingga menjadi rekod dunia.
Kelima, bidang ekonomi. Ekonomi negara ini 70 peratus dikuasai bukan Islam. Maka tidak mustahil kita memakan DNA babi dan makanan tidak halal saban hari. Lihatlah bihun buatan ultra kiasu yang tersebar di laman sosial, cap Masjid lagi. Betapa kotor dan jijiknya. Ini baru bihun, belum yang lain.
Keenam, kita jaguh dalam aktiviti dadah dan dedah. Ultra kiasu menjadi penjual dan pengedar dadah. Kita menjadi penagih. Siapa yang kaya dan siapa yang rosak? Begitu juga pendedahan aurat sangat meloyakan. Contoh, syarikat penerbangan awam dan syarikat swasta.
Tidakkah boleh kita syaratkan pakaian mereka paling kurang, jika tidak menutup aurat, pakaian bersopan? Orang yang duduk di atas itu, adalah Melayu. Kenapa Melayu tidak selamatkan Melayu?
Ketujuh, kebanyakan stesen TV tidak berbayar, ketuanya semua orang Melayu. Tidak adakah rancangan hiburan yang lebih bersopan dan terkawal lirik dan aksinya?
Rancangan hiburan tidak ditentang tetapi biarlah sesuai dengan jati diri agama dan bangsa. Karpet merah dibuat pada waktu maghrib, solekan bermula sejak pagi lagi. Bilakah masa artis ini bersolat Zohor, Asar dan Maghrib?
Kelapan, berleluasa kegiatan judi, arak, pusat hiburan dan pelacuran. Kenapa bandar raya kita hidup 24 jam? Tidak banyak aktiviti yang mendidik. Kenapa jadi begitu? Siapa yang memberikan lesen semua ini?
Mudah sahaja menuding jari bangsa lain yang menyebabkan kita menjadi itu dan ini. Saya terus menjadi mangsa ultra kiasu dan musuh Islam yang lain. Tetapi siapa yang membenarkan mereka berleluasa? Betulkah semua itu salah mereka? Mereka hanya mengambil kesempatan.
Bak kata Dr Shukri Abdullah yang tersebar dalam laman sosial, siapakah yang menyebabkan Melayu mundur? Melayu alpa? Melayu merempit? Melayu ambil dadah? Melayu gila hiburan? Melayu asyik berkonsert.
Kita berkata, di mana Melayu boleh kawal, kenapa Melayu tidak kawal? Kenapa Melayu tidak kawal hiburan hingga melekakan remaja? Hingga kini, bukan saja remaja Melayu, mak bapak Melayu pun asyik dengan hiburan?
Masih ramai tidak bersolat dan tidak tahu bersolat. Apatah lagi untuk berjemaah di masjid. Siapa pemimpin tertinggi negara setakat ini di peringkat pusat dan negeri, termasuk ketua jabatan? Cina dan India?
Akhirnya, mari kita muhasabah diri. perbaiki bangsa kita, perbaiki amalan agama kita, perbaiki anak bangsa kita. Hanya Melayu Islam boleh menyelamatkan Melayu.
Kita Melayu, kita Muslim lupa perbaiki diri kita. Itu salah kita selama ini. Usah beralasan lagi. Mari kita sama-sama cari jalan keluar. Ayuh! Bersatulah! sama-sama fikir dan renung, sebelum terlambat.
Sumber:sinar harian
Selasa, 10 Jun 2014
PAS GUSAR RIZAB MELAYU MAKIN BERKURANGAN, TAPI TAK RISAU JADI KUFUR
Tidak di nafikan sejak merdeka hingga sekarang jumlah tanah rizab melayu makin berkurangan ini adalah fakta dan ini adalah hakikat sebenar. MPG tidak pernah menafikan. Kenapa perlu kita tangisi kenapa perlu kita ratap kehilangan tanah rizab melayu itu? Apakah ianya hilang terus lenyap dari muka bumi atau yang di katakan berkurangan itu kerana tanah rizab itu telah di bangunkan untuk pembangunan.
Kalau kehilangan kerana sebab pertama mungkin MPG rasa pelik. Tapi kalau berkurangan itu di sebabkan pembangunan MPG rasa tak perlu lah dikecohkan, cari lah isu lain untuk jual masa ceramah.
Bukankah tanggungjawab kita di muka bumi ini sebagai Khalifah untuk memakmurkan muka bumi. Makmur ke kita kalau Allah anugerahkan tanah Negeri danNegara pada kita lepas tu pakat tengok-tengok sahaja tak mahu usahakan kerana takut tanah jadi kurang...kan BANGANG dan KUFUR namanya tu. Apa nak di banggakan dengan tanah rizab yang terbentang luas tapi rakyat merempat kebulur...be rasional lah.
Kat Malaysia nie buka FELDA,buka RISDA, buka FELCRA, buka kebun kecil, buka kawasan penempatan,buka kawasan industri, buka tanah perkuburan tu guna tanah rizab Amerika ke?.Kat Malaysia tanah rizab melayu yang di bangunkan hilang dari peta Malaysia ke? tidak kan. Setakat bertukar tangan apa lah yang pelik. Tiada suatu pun yang kekal dalam dunia nie, selagi hidup tu pandai-pandai lah memanafatkan kehidupan.
Ikhlas MPG mempelawa rakan rakan dari PAS jom kita ambil balik Pulau Batu Putih kalau benar-benar gusar tanah rizab melayu berkurangn....
Isnin, 9 Jun 2014
YTL TIDAK MENCEMAR INSTITUSI RAJA?
Tapi bila YTL kepunyaan bangsa cina mengheret Sultan dalam syarikat bidan terjun yang di tubuhkan dengan nama SIPP Energy Sdn Bhd tidak pula di anggap menghina Sultan.
Apakah tujuan YTL menubuhkan syarikat SIPP Enegry Sdn Bhd ini? Mengapa mesti Sultan Johor yang sedang berkuasa di libatkan? Apakah ini tidak menghina Sultan yang sedang berkuasa. Mengapa penasihat undang-undang negeri tidak berbunyi?. MPG tidak berbunyi kalau SIPP Energy Sdn Bhd ini menguasai saham majoriti YTL, tapi apa yang berlaku adalah Baginda Tuanku harus tunduk kepada keputusan YTL.
Untuk lebih faham baca sini http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2014/06/ytls-new-ipp-venture-insult-to-johor.html
Ahad, 8 Jun 2014
PENJELASAN KHALED NORDIN ISU LPHJ DAN KUASA SULTAN
Penjelasan MB JOHOR Isu Sultan Berkuasa Mutlak terhadap Lembaga Perumahan Dan Hartanah Johor
Kerajaan Negeri sedar akan kebimbangan rakyat terhadap peningkatan kemasukan pelabur-pelabur asing di negeri ini terutamanya dalam sektor hartanah. Sungguhpun kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mengimbangi pasaran hartanah dan mengawal pemilikan asing, Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa menghalang mana-mana urusniaga hartanah milik persendirian, termasuk penjualan tanah oleh orang Melayu sendiri kepada warga asing.
Dalam menyedari kerancakkan pembangunan hartanah dan pembelian oleh warga asing di negeri Johor, percayalah semakin rancak juga usaha-usaha yang dilakukan kerajaan dalam sektor ini. Seperti yang telah saya tekankan sebelum ini, Kerajaan Negeri telah menetapkan sasaran pembinaan 28,000 unit rumah mampu milik dalam masa lima tahun di negeri Johor pada hari ini.
Tidak cukup dengan itu, kita kenakan caj dan menyenaraikan hitamkan mana-mana pemaju yang gagal membina rumah mampu milik selepas dua tahun mendapat Kebenaran Merancang. Secara otomatik juga segala projek pembangunan pemaju yang telah disenarai hitamkan tersebut akan dibekukan serta merta. Bagi pemaju yang mendapat pelepasan kuota Bumiputera, mereka terpaksa pula membayar 7.5% dari harga yang dinyatakan dalam Perjanjian Jual Beli.
Kerajaan Negeri sedang merangka mewujudkan Zon Antarabangsa di kawasan Iskandar dimana dengan adanya zon ini kerajaan akan mengawal dan mengehadkan peratusan warga asing di luar zon tersebut. Ini supaya mereka tidak bersaing untuk membeli rumah dengan orang tempatan. Kita juga telah menerima pakai keputusan Kerajaan Persekutuan dalam menetapkan RM 1 Juta seunit bagi pemilikan hartanah warga asing bermula 1 Mei yang lalu.
Bagi memastikan golongan berpendapatan rendah daripada pelbagai kaum memiliki perumahan di kawasan bandar, Kerajaan negeri secara adil dan saksama telah memutuskan kuota pemilikan mengikut kaum Melayu, Cina mahupun India dengan masing-masing diperuntukkan 6.5;2.5;1.
Selain itu, setiap kawasan yang ditambak memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk menambah kawasan rezab melayu dan kerajaan juga sedang merangka untuk mewujudkan kawasan lingkaran melayu dalam Bandar, semuanya untuk memastikan melayu tidak berpindah dari Bandar kesan pembangunan yang pesat.
Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor untuk melindungi hak dan kepentingan rakyat.
Tidak cukup dengan itu, Kerajaan Negeri juga akan memperkenalkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor bagi memantap dan menentukan keberkesanan matlamat untuk memperbanyakkan rumah mampu milik di negeri Johor.
Malangnya, enakmen ini telah dipolitik dan di salahertikan kononnya ia bertentangan dengan Perlembagaan serta melanggar prinsip Raja Berpelembagaan yang diamalkan sejak sekian lama di negara kita.
Negeri johor merupakan Negeri pelopor kepada amalan sistem raja berperlembagaan di malaysia. Sebelum negeri-negeri lain di malaysia, malah sebelum kerajaan Persekutuan menggunapakai konsep raja berlembagaan, negeri johor Seawal tahun 1895 telahpun menggunapakai dan mengiktiraf amalan Sistem raja berperlembagaan ini.
Sebagaimana yang kita semua sedia maklum juga, undang-undang tubuh kerajaan 1895 telah wujud dizaman pemerintahan almarhum sultan abu bakar dan menjadi perlembagaan negeri yang pertama di malaysia. jika dilihat secara keseluruhannya peruntukan-peruntukan yang ada didalam undang-undang tubuh ini, secara komprehensifnya ia telah menggariskan satu sistem perundangan yang jelas berkaitan kuasa raja dalam sistem pentadbiran negeri johor.
Perkara ini jelas berdasarkan bahagian pertama undang-undang tubuh.Ini yang memberikan tafsiran kepada perkataan “raja” iaitu:
“ YANG MAHA MULIA TUANKU”, “RAJA”, “RAJA YANG DIPERTUAN”, “SULTAN YANG DIPERTUAN”, DAN “SULTAN” MAKNANYA SULTAN YANG DIPERTUAN BAGI KERAJAAN DAN JAJAHAN JOHOR DAN SEGALA DAERAH TAKLUKNYA;
Berdasarkan peruntukan ini raja diberi kuasa untuk menjalankan fungsi dan tanggungjawabnya sebagai sultan bagi negeri johor.
Namun persoalan yang menjadi isu adalah, sejauh mana kuasa yang di Peruntukkan kepada raja dalam menjalankan kuasanya? Adakah raja Mempunyai kuasa eksekutif?
Bagi membincangkan isu ini, rujukan haruslah dibuat kepada bahagian dua Undang-undang tubuh kerajaan 1895. Fasal 7(1) memperuntukkan bahawa:-
7(1) RAJA HENDAKLAH MENGIKUT NASIHAT
“PADA MENJALANKAN KEWAJIPANNYA MENURUT UNDANG-UNDANG TUBUH INI ATAU SEBARANG UNDANG-UNDANG ATAU SEBAGAI SEORANG AHLI MAJLIS RAJA-RAJA MAKA RAJA HENDAKLAH MENGIKUT NASIHAT MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN ATAU NASIHAT SESEORANG AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN YANG MENJALANKAN KEWAJIPANNYA MENURUT KUASA AM MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN DIKECUALIKAN JIKA ADA LAIN-LAIN SYARAT DIUNTUKKAN OLEH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN ATAU OLEH UNDANG-UNDANG TUBUH INI; TETAPI ADALAH IA BERHAK BOLEH MEMINTA APA JUA KETERANGAN YANG ADA PADA MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN BERKENAAN DENGAN PEMERINTAHAN NEGERI INI”
Perkara berkaitan ini juga adalah selaras dengan perlembagaan Persekutuan dibawah artikel 40 yang mana memperuntukkan bahawa yang Dipertuan agong hendaklah bertindak atas nasihat.
Selanjutnya, dibawah fasal 7(2) undang-undang tubuh kerajaan 1895 Menjelaskan bahawa raja hanya mempunyai kuasa budi bicaranya sendiri Dalam 7 perkara sahaja iaitu:
1. Melantik menteri besar
2. Menangguhkan persetujuan terhadap permintaan meminta dimansuhkan Dewan negeri
3. Meminta diadakan mesyuarat majlis raja-raja yang semata-mata berkenaan Dengan perkara-perkara kebebasan-kebebasan, taraf kedudukan, kehormatan Dan kebesaran duli-duli yang maha mulia atau berkenaan dengan perkara-Perkara, upacara-upacara atau istiadat agama
4. Apa-apa jua kewajipan sebagai ketua agama islam atau berkenaan dengan adat Istiadat orang melayu
5. Melantik ganti atau ganti-gantinya, permaisuri, pemangku raja atau jumaah Pangkuan raja
6. Melantik orang menjadi orang besar-besar negeri dan dato’-dato’ dan Menetapkan kewajipannya
7. Membuat peraturan berkenaan dengan majlis-majlis diraja dan istana
Berdasarkan peruntukan undang-undang yang telah disebutkan Sebentar tadi, jelas bahawa konsep raja berperlembagaan di johor tidak SAMA SEKALI MEMBERI KUASA EKSEKUTIF KEPADA RAJA
Mungkin hujah yg saya kemukakan ini hanya bersifat akademik memandangkan bahawa terdapat pelbagai tohmahan dan kekeliruan yang timbul bagi enakmen ini. Dan bagi maksud untuk memperkukuh dan memelihara sistem raja berpelembagaan di negeri johor ini maka saya maklumkan kepaga dewan yang mulia ini kita akan lakukan pindaan. Pindaan akan dibuat melalui enakmen yang akan dibentangkan pada hari esok. Khususnya yang melibatkan peruntukan yang menyentuh peranan raja. Ada yang akan dipinda dengan menyatakan secara khusus peranan peranan raja adalah atas nasihat menteri besar, khususnya dari segi perlantikan. dan yang paling penting lain lain fasal semuanya ditiadakan hanya itu saja yang menyentuh pada raja iaitu raja melantik dengan nasihat menteri besar lain lain semua digantikan dengan pihak berkuasa negeri. Apa sebab kita lakukan ini? Semua ini adalah untuk menunjukan bahawa kerajaan berniat ikhlas dan tidak berniat memberi kuasa eksekutif kepada raja dan mengganggu gugat sistem raja berpelembagaan walaupun kandungan enakmen ini serupa dengan enakmen yang terdapat yang kita luluskan dahulu yang serupa dengan beberapa peruntukan yang memang terdapat dalam akta akta peringkat persekutuan. Apatah lagi tidak timbul apa apa masalah bagi kita menyokong enakmen ini dan
Kerana ia adalah untuk rakyat Demi rakyat bagi rakyat!
Jadi kita akan tgk esok pembangkang sokong ataupun tidak.
Sumber :
Mufakat
UM
NO
Johor.
Selasa, 3 Jun 2014
ADUN N47 KEMPAS : SUARA BLOGER DI BAWA KE DEWAN
SUDAH CELIK dan AMAT PRIHATIN untuk bersama sama menjaga Bumi Malaysia dari "DIROGOL" OLEH orang-orang Asing bersama-sama bersama-sama beberapa manusia yang tamak mengumpul wang pribadi sehingga melupakan kepentingan Rakyat, Negara dan Orang-orang Melayu.
TETAPI KAMI SEMUA GEMBIRA bagai ada cahaya "pembelaan rakyat di Selatan setelah membaca teks ucapan seorang Wakil Rakyat di DUN Johor pada 1hb Jun 2014. Kami berharap lebih ramai Wakil Rakyat Berkualiti dilahirkan Demi Kepentingan Rakyat dan Maruah Negara. TAHNIAH!!! MARILAH Kita nilai dan renungkan.......
" Teks Ucapan
Ahli Dewan Undangan Negeri N47 Kempas
YB DatukTengku Putra Haron Aminurrashid bin Tan Sri Tengku Hamid Jumat
di Dewan Undangan Johor, 1hb Jun 2014/ 2 Sha'ban 1432H
Bismillahirahmanir Rahim.
Assalamualaikum Wbt Dan Salam Sejahtera.
Yang Berhormat Datuk Speaker,
1. Izinkan saya bagi pihak rakyat diKempas merakamkan ucapan terima kaseh kami kerana diberi peluang mengambil bahagian dalam perbahasan menjunjung kasih di atas titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan di bangunan Sultan Ibrahim tempoh hari.
2. Saya telah hayati dengan penuh keprihatinan titah ucapan Ke Bawah Duli Tuanku. Ternyata DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar amat peka dengan situasi negara khususnya di negeri Johor Darul Taqzim.
3. Anak Johor terus menjunjung duli bersetia kepada Baginda Sultan.
Datuk Speaker
4. Sejujurnya, saya mewakili rakyat Johor di bumi Kempas mengucapkan syabas kepada Dato’ Menteri Besar yang melafazkan ikrar dan janjinya untuk tidak mengizinkan pembinaan gedung perjudian berupa “casino” di mana-mana tempat di bumi Johor ini.
5. Sebagai rakyat negeri Johor, kami merasa lega dan amat bersyukur kerana memiliki seorang Menteri Besar yang kental jiwa raganya untuk tidak merelakan sebarang elemen kemungkaran berlaku di negeri ini.
6. Namun begitu, adalah menjadi harapan kita agar lafaz ikrar Datuk Menteri Besar diterjemahkan secara total, di mana selain tidak mengizinkan pusat perjudian ala casino dibangunkan, kita juga mahukan sebarang kegiatan perjudian seperti bercorak mesin judi yang masih terdapat di beberapa premis atau rumah kedai segera dihapuskan tanpa sebarang toleransi, samada oleh pengusaha kecil mahupun syarikat2 besar yang sudahpun bertapak di Johor sebagai yang mempunyai lesen dan sudah tentunya berkeyakinan akan mendapat kelulusan dari pejabat daerah untuk berfungsi dimasa akan datang.
7. Kebimbangan saya berputik apabila sejak akhir akhir ini, bumi Johor sudah dilihat sebagai destinasi tumpuan kalangan beberapa orang “Tauke Perjudian” berlesen yang berselindung disebalik melakukan pelaburan hartanah. Jika kita tidak bersiap siaga, ada kemungkinan mereka turut membangunkan perisian perjudian di tempat yang sudah pun berlesen menjual arak secara terbuka.
8. Janganlah mentang mentang tempat tersebut di benarkan menjual arak secara terbuka, kita bagi pula permit membuka tempat "slot machine" dengan izin di tempat yang sama. Ingatlah jangan kita cuba mengalihkan dosa kita kepada kerajaan pusat semata2 kerana lesen itu dikeluarkan oleh mereka. Perlu kita ingat bahawa jika permit tidak di keluarkan oleh pejabat daerah, walaupun ada lesen dari kerajaan pusatpun, mereka tidak boleh beroperasi mengikut kepada undang undang.
9. Sia-sia sahjalah jika kita berusaha untuk menukarkan hari percutian kita kepada hari Jumaat untuk mendaulatkan Agama Islam di negeri Johor ini, jikalau kita benarkan pula tauke perjudian memulakan empayar perniagaannya disini.
10. Bukanlah menjadi hasrat saya untuk menzahirkan rasa tidak yakin di atas kepekaan serta ketegasan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar, namun ada kalanya kita harus saling tegur menegur dan ingat mengingati antara satu sama lain.
11. Saya ingin menyarankan dalam kita menjanjikan bumi Johor ini terhindar dari sebarang elemen perjudian yang mungkin cuba di bawa oleh pelabur dari luar atas nama pembangunan, seharusnya setiap kegiatan ekonomi hendaklah dikongsi sama rata sama rasa.
YB Datuk Speaker
12. Kekayaan bumi Johor seharusnya dinikmati oleh warga Johor yang sentiasa taat setia selama ini terhadap kerajaan Barisan Nasional. Kesetiaan, ketaatan dan kemurnian hati warga Johor jangan sekali-kali dirobek apabila kita melayan orang asing atas nama mengamit pelaburan.
13. Walaupun kita mengalu-alukan pelaburan asing ke bumi Johor dari negara mana sekali pun, kita seharusnya bijak menilai pelaburan asing tersebut. Soalan utama yang harus dijawab adalah samada pelaburan tersebut boleh memenafaatkan rakyat Johor seperti menyediakan peluang2 pekerjaan, menjana peluang perniagaan industri kecil, dan sederhana, di sektor perkhidmatan sokongan (support services) melalui kerjasama dengan syarikat tempatan, pemindahan teknologi dan sebagainya.
14. Penjualan hartanah kepada pelabur asing tidak dilihat seperti mempunyai nilai tambahan secara langsung maupun tidak langsung kepada rakyat dibumi Johor. Sebaliknya ia hanya menguntungkan pihak yang membuat transaksi tersebut dan sekaligus menghijrahkan Rakyat yang kurang berkemampuan ke kawasan2 luar bandar dan terpencil kerana kos kehidupan dikawasan bandar sudah tentunya akan meningkat kelak. Ini belum lagi diambil kira budaya yang hendak di bawa oleh warga asing yang mungkin tidak serasi dengan Rakyat tempatan, jika mereka berhasrat untuk membanjiri kawasan dan bandaraya yang terlibat.
Datuk Speaker
15. Baru baru ini saya juga terbaca laporan berita di dalam dan luar negara mengenai ujudnya percaturan kuasa asing terhadap untung nasib bumi bertuah ini.
16. Laman sesawang luar negara tersebut menyiarkan berita seorang hartawan hebat dari negara jiran telah memeterai memorandum persefahaman @ MOU dengan pihak tempatan di Johor bagi mengujudkan sebuah syarikat keselamatan di Wilayah Pembangunan Iskandar.
17. Khabarnya syarikat milik jutawan itu juga sedang “mengintai” peluang melebarkan jaringan perniagaannya bukan hanya untuk membekalkan tenaga pengawal keselamatan dengan kekuatan sejumlah enam ratus orang lengkap bersenjata, malahan ia bakal mengujudkan jaringan peralatan serba canggih termasuk sistem perisikan.
18. Pasukan kawalan keselamatan milik jutawan tersebut hampir menyamai satu batalion pasukan tentera, bakal berada di Wilayah Pembangunan Iskandar, jika beliau berjaya memperolehi kontrak tersebut.
19. Dan jika tidak silap kefahaman saya, berita tersebut turut menyatakan syarikat milik jutawan negara jiran itu juga, di jangka memperolehi kontrak untuk membekalkan anggota dan sistem keselamatan dan jaringan peralatan di negeri Pulau Pinang dan ibunegara kita Kuala Lumpur atas nama perkongsian intelektual. Fikirkanlah, Wilayah Iskandar, Pulau Pinang dan Kualal Lumpur, Tiga wilayah yang strategic yang boleh menyenangkan kegiatan "international sabotage" jika perlu.
20. Dan jika benarlah seperti yang diberitakan, ini bererti negeri Johor tidak lagi berperanan sebagai benteng utama negara. Malahan negeri Johor berkemungkinan menjadi jambatan terpenting bagi negara ini melebarkan jaringan wilayahnya secara langsung.
21. Dengan menerima pakai sistem keselamatan serta kehadiran gerombolan pengawal keselamatan milik syarikat tersebut di bumi ini nanti, dapatkah di jamin bahawa setiap rahsia kerajaan terpelihara dari sebarang kegiatan intipan? Mampukah pihak berwajib yang bertanggung jawab terhadap kedaulatan dan kerahsiaan negara menjamin kesiagaan kita?
22. Janganlah hendaknya percaturan politik serta salah urus tadbir meletakkan untung nasib masa depan kepimpinan, bangsa dan rakyat Johor berada di laluan sukar dan menghampiri suatu jurang kehancuran yang sebenarnya boleh kita elakkan sekarang sebelum ianya terjadi. Insh'Allah.
Datuk Speaker
23. Kempas Menjunjung Kaseh sekali lagi keatas Titah Ucapan KBDYMM Baginda Sultan tempuh hari tentang Pulau Batu Putih. Kita telah pun kehilangan hak kedaulatan kita di atas Pulau Batu Putih yang kini dikenali sebagai “Pedra Branca” kepada Singapura apabila pasukan Peguam Negara yang arif lagi bijak pandai tewas perbicaraan di International Court of Justice di The Hague.
24. Jikalau Pulau Batu Putih yang secara fisikalnya kita boleh lihat, boleh terlepas dari tangan kita, dan terpaksa diusahakan Insh'Allah untuk memenanginya kembali, bagaimanakah dan dimanakah kita merujuk jika kita kehilangan sebahagian atau keseluruhan kuasa dan keselamatan negeri kita kerana perisikan musuh yang tidak boleh dilihat secara fizikal?Adakah kita bersedia untuk kehilangan sekali lagi sebahagian besar dari kedaulatan Negeri kita?
25. Adakah kita hendak berjudi pula dengan kemerdekaan yang kita kecapi selama ini, dengan memberi kuasa asing yang sudah tentunya tidak ada ketaat-setiaannya kepada negari kita dan memberinya ruang untuk menyusup dan merisik segala rahsia kerajaan dan rakyat negeri Johor ini?
Naudzubillahiminaalzalik.
26. Jika ianya berlaku, maka tiada satu mahklukpun dimukabumi Allah ini, yang boleh memulihkannya kembali, kerana mengikut kepada maksud suatu firman Allah SWT, "Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu sehingga kaum itu merubah nasib mereka sendiri."
27. Dari itu kitalah yang harus berusaha dahulu untuk menjaga keselamatan negeri kita, sebelum kita bertawakal kepada Allah SWT.
28. Berbekalkan pengalaman serba merencam dan kepelbagaian kontroversi, apakah kehadiran jutawan yang memeterai memorandum persefahaman bersama pihak tempatan itu boleh sekadar dipandang sepi serta tidak wajar dipertikaikan?
YB Datuk Speaker,
29. Dalam kerancakkan kita membangunkan hartanah dan lain2 pelaburan di Johor ini khususnya di kawasan saya di Kempas, saya menuntut agar kejujuran, ketegasan serta keikhlasan pentadbiran Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar tidak akan merelakan mana-mana pihak untuk membuat rakyat Johor, khususnya di bumi Kempas menitiskan airmata mereka.
30. Sesungguhnya apabila kita melaungkan “ Luaskan Kuasamu ” yang sudahpun menjadi mantra Keramat kita, Wajiblah Kerajaan Negeri ini menentukan bahawa laungan itu adalah exclusive dan khusus hanya untuk rakyat negeri ini sahaja dan bukan nya suatu undangan terbuka kepada mana2 warga asing untuk Meluaskan Kuasanya dibumi Johor ini.
31. Kempas Berdo'a, Jangan Sampai Rakyat diNegeri Johor ini Hanya Menang Bersorak Tetapi Negerinya Tergadai.!! .Barang Di Jauhkan Allah.
Akhirkata YB Datuk Speaker, Luaskan KuasaMu! Kempas Mohon Menyokong.
Wabillahi Taufik Walhidayah, Wasalamualaikum WBT. "