Ahad, 10 November 2013

TERSUNGKURNYA MAT SABU

Muktamar PAS ke 59 yang bakal berlangsung dari 22 hingga 24 November ini di jangka menjadi titik terakhir Mat Sabu menjadi Timbalan Presiden PAS. Pada pemilihan kali ini Mat Sabu akan di tentang oleh Dato' Nik Muhamad Ammar Bin Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Ramai perwakilan dari akar umbi PAS di jangka cuba mengembalikan Pemerintahan PAS ketangan ulama' atau golongan berpendidikan Agama. Jika ini berlaku maka betullah apa yang di katakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang semasa mengulas barisan kepimpinan PAS selapas Muktamar ke 58 bahawa barisan itu hanyalah barisan untuk Pilihanraya.

PRU 13 sudah berlalu, prestasi PAS masih di takuk lama, khidmat Mat Sabu nampaknya sudah tidak di perlukan lagi.....Mungkinkah golongan anuwarinas mungkin hilang dalam PAS?.

Tiada ulasan: