Manifesto Pakatan Pembangkang langsung tidak menampakkan ianya di buat dengan erti "pakatan" yang sebenar, kenapa MPG berkata begitu? Jawapan sangat mudah bila dalam Manifesto itu tiada satu pun menyebut soal negara Islam dan hukum Hudud. Berpuluh-puluh tahun PAS bertegas mahu laksana hukum hudud
tetapi kini tiada sepatah pun mengenainya. Tidak perasan kah pemimpin PAS tentang perkara itu?. Adakah memang benar PAS hari ini sudah jauh terpesong dengan dasar dan tujuan penubuhan PAS tahun 1955?.
Jika begitu apa tujuan PAS melaung-laungkan hukum hudud kalau mereka tidak mahu laksanakan?. Apakah betul seperti apa yang di katakan oleh Tengku Razaleigh
Hamzah bahawa PAS tidak berani atau ikhlas untuk melaksanakannya walaupun pernah
meluluskan enakmen mengenainya yang diperkenan Sultan Kelantan.
“Semuanya sudah berkedut. Pelbagai dalih diberikan, termasuk
berbohong macam-macam. PAS tidak laksanakan hukum hudud kerana awal-awal
lagi mereka tidak ada cadangan untuk buat hukum ini".
Kenyataan yang dibuat Ku Li pada 1999 masih relevan pada hari
ini. PAS dikatakan membuat hukum hudud hanya untuk memenuhi cabaran Tun
Dr Mahathir Mohamad yang dibuat di Pasir Gudang, Johor pada 17 April
1992.
Mana dia janji untuk
melaksanakan dasar peraturan Islam dalam semua urusan pemerintahannya,
mengenai perundangan, pentadbiran dan masyarakatnya? Mana dia rancangan
nak basmi kemiskinan dengan pelbagai skim pembasmian dan sebagainya
ala-Islam? Apa yang dikatakan model negeri Islam yang dilaungkan itu
tidak juga terlaksana.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan