Sabtu, 19 Januari 2013

PERINGATAN BEKAS PERDANA MENTERI KEPADA ORANG MELAYU

“Orang Melayu ‘murah hati’. Kita sedia berkongsi tanahair, mengekalkan identiti, bahasa dan budaya merea. Kemudian kita kongsi-kuasa dengan mereka bukan pri-bumi negeri ini. Orang Melayu benarkan orang asing ini bebas berniaga dan mengumpulkan harta. Orang Melayu tidak pernah meminta apa apa dari mereka”.

“Malangnya mereka tidak menunjukan kesyukuran. Bukan sahaja mereka sudah menguasai 70% ekonomi. Kini mereka ingin megambil kuasa dari kita pula. Apabila kita mempertahankan apa yang hak bagi kita (sebagaimana yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia), kita dianggap rasis. Kita dianggap ‘rasis’!”.

Sebelum itu, beliau menjelaskan dalam amalan biasa banyak negara negara lain apabila pri-bumi mengambil kuasa dari kuasa penjajah, mereka mengusirkan keluar orang orang asing dan bukan pri-bumi.

“Contohnya negara negaara Afrika dan Burma. Orang India diusir, walaupun mereka golongan peniaga. Kini mereka menafikan hak golongan Rohingya”.

Tun Dr Mahathir Mohamad juga menjelaskan Ketua Pembangkang adalah bekas-banduan-salah-guna-kuasa Anwar Ibrahim asalkan menunjukan kecenderungan sebagai pemimpin belia Islam.

“Masa itu, untuk dia kehadapan dalam politik, dia perlu pilih antara PAS atau UMNO. Dia memilih UMNO. Ini kerana hanya melalui UMNO sahaja dia boleh menjadi Perdana Menteri. Kalau dia masuk PAS, bayangkan sampai tahap mana dia boleh sampai?”
 
Beliau juga membuat peringatan agar orang Melayu tidak membuat apa apa keputusan hanya berdasarkan emosi semata mata. “

Kita perlu buat keputusan yang ada emosi, tapi bersandarkan dengan akal dan logik. Kalau kita buat keputusan berdasarkan emosi semata mata, kita akan menjadi taksub dan hilang pertimbangan”.

“PAS atau Pan-Malaysian Islamic Party (PIMP) ini ditubuhkan bukan kerana memperjuangkan Islam. Ianya ditubuhkan kerana golongan ulama dalam UMNO mintak 10 kerusi dalam Majlis Perwakilan Persekutuan. Tunku Abdul Rahma Putra ketika itu berkata ‘Kita hendak mentadbir orang Melayu. Kita bukan nak baca doa’. Maka mereka merajuk dan terus menubuhkan PIMP. British segera meluluskan parti baru ini. Ini kerana PIMP boleh memecahkan perpaduan orang Melayu, yang begitu pada ketika itu”.

“Saya sudah berada disitu (pada masa itu)”.“Kita fikirkan betul betul. Kalau kita undi selain dari UMNO/BN, percayalah orang Melayu akan hilang dari mukabumi ini”.

Tiada ulasan: