Rabu, 5 September 2012

PENJELASAN PAKAR SEJARAH BUKTI IDEOLOGI KOMUNIS MASIH BERTAPAK DI NEGARA INI

Dakwaan kumpulan yang mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya' pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka Khamis lalu bagi menggantikan Jalur Gemilang kononnya ia bendera asal Tanah Melayu disanggah pakar sejarah.

Bukan itu sahaja, pakar sejarah turut menggelar kumpulan tersebut sebagai jahil sejarah tanah air.

Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, Tanah Melayu tidak pernah menggunakan bendera tersebut sebagai bendera rasmi walaupun ketika dijajah.
Menurut beliau,warna merah putih yang dinamakan Sang Saka itu adalah bendera yang digunakan kumpulan menyokong pembentukan Indonesia Raya dan sentimennya dibawa pertama kali ke Tanah Melayu oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938 pimpinan Ibrahim Yaakob.
 
"Perkara yang diperjuangkan kumpulan KMM ini adalah memerdekakan Tanah Melayu tetapi dengan cara bergabung dengan Republik Indonesia Raya atau Melayu Raya.

Namun majoriti orang melayu di Tanah Melayu ketika itu tidak bersetuju perjuangan mereka kerana orang Melayu mendukung institusi Raja-Raja Melayu dan Islam,kerana itu majoriti memilih perjuangan Umno," kata beliau.

Menurut beliau lagi, selepas KMM diharamkan, ideologi itu dibawa pula Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Mokhtaruddin Lasso, Dr Burhanuddin Helmi dan Ahmad Boestamam.
 
Mereka menggunakan bendera Sang Saka ini dalam ceramah mereka, namun perjuangan mereka ini ditolak majoriti rakyat Tanah Melayu tetapi saki baki pendukung ideologi itu hari ini cuba menghidupkannya semula," katanya.
 
Hishamuddin Rais dan A.Samad Said antara dua individu yang di percayai masih menebal ideologinya dengan perjuangan KMM dan PKMM.

Tiada ulasan: