Memang benar sepertimana kata bekas pemimpin tertinggi PAS yang dizalimi iaitu Dato' Dr.Hassan Ali. Agenda pembangkang adalah untuk menghapuskan ISLAM, MELAYU DAN RAJA.
1. Hukum hudud Islam di permainkan, walaupun enekmen hukum syariah kelantan yang mengandungi hukum hudud telah di luluskan DUN Kelantan sejak 1993 namun hingga sekarang masih tidak di laksanakan. (Agenda Politik PAS memperalatkan Islam untuk tujuan politiknya).
Kerajaan Kelantan terus berdolak-dalik laksana hudud
KOTA BHARU 31 Ogos - Pelaksanaan undang-undang syariah, Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan atau hukum hudud di negeri ini kelihatan masih samar biarpun mendapat desakan banyak pihak supaya ia dikuatkuasakan sepenuhnya bagi mengatasi masalah sosial yang dikatakan semakin serius terutama membabitkan kes ragut.Ia berdasarkan kenyataan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob bahawa pelaksanaan undang-undang tersebut masih di peringkat dalaman Jawatankuasa Teknikal Hudud.
Untuk rekod, jawatankuasa tersebut ditubuhkan pada 4 Oktober 2011 oleh kerajaan Pas Kelantan untuk mengkaji pelaksanaan enakmen itu dan sehingga hari ini ia masih belum bermesyuarat.
Ahmad yang juga pengerusi jawatankuasa tersebut berkata, pihaknya akan mengadakan sidang meja bulat terlebih dahulu bagi membincangkan semua perkara membabitkan pelaksanaan hukum Allah itu.
(Sumber : Utusan Malaysia)
2. Penghapusan Bangsa dengan menghapuskan panji-panji negara,lenyap jalur gemilang lenyap sejarah bangsa melayu.
Tindakan biadab peserta Himpunan Janji Bersih
Bendera merah putih seakan bendera Singapura itu dikibarkan di khalayak ramai termasuk pengedaran risalah menukar Jalur Gemilang kepada bendera tersebut. Risalah tersebut jelas mengajak rakyat untuk mengatakan tidak kepada Jalur Gemilang dan menyokong bendera merah putih itu.
Tahukah kamu semua, rakyat negara lain hormat bendera sampaikan mereka tidak mahu bendera tersentuh bumi. Begitulah hormatnya rakyat negara lain kepada bendera mereka.
Kita pula, bendera dihina pun kita diamkan sahaja? Kalau negara lain, sudah tentu yang menghina bendera akan dikenakan tindakan berat, katanya.
Inilah agenda DAP,menghapuskan lambang negara bangsa supaya bangsa kita juga terhapus.
3. Penghapusan Sultan / Raja.
Tidak maklum, jemput Tuanku amalan biasa - MB
SHAH ALAM 31 Ogos - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap tindakan tidak memaklum serta menjemput Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat ke sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang dianjurkan kerajaan negeri adalah amalan biasa.Menurutnya, baginda memang tiada dalam senarai tetamu kehormat yang dijemput kerajaan negeri untuk sambutan berkenaan yang dihadiri Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Penasihat Ekonomi Selangor.
"Untuk tidak menjemput Tuanku Sultan ini adalah memang biasa dalam setiap sambutan kerajaan negeri pada sambutan ulang tahun kemerdekaan," katanya.
Tuan punya negeri tidak di maklum/ di jemput lagi dalam majlis besar negeri.adakah ini amalan biasa?.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan