Sabtu, 10 Julai 2010

PKR BELUM SELESAI PEMBAHAGIAN HARTA PERANG


PRU 12 Sudah lama berlalu , PKR telah berjaya menjadi jagoan Pakatan Haram di Selangor kerana majoriti kerusi PKR melebihi kerusi-kerusi DUN Pembangkang yang lain. Sepatutnya inilah peluang untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa PKR adalah sebuah parti yang betul-betul memperjuangkan order Malaysia Baru, yang menjadi parti atau kerajaan alternatif kepada rakyat Malaysia.

Tapi malangnya segala impian pengundi yang memilih PKR di Selangor semasa PRU 12 lalu, nampaknya di persia-siakan oleh pemimpin PKR sendiri kerana terlalu asyik membahagikan harta rampasan perang hingga isu terbaharu ini MB Selangor Khalid Gagap terpaksa mengosongkan jawatan Pengerusi PKR negeri bagi memberi laluan kepada Azmin Bacul mengumpul segala kekayaan negeri untuk persediaan PRU 13. Kerana pemimpin de factor PKR tidak percaya kepada Khalid Gagap merompak hak rakyat untuk PKR, Khalid Gagap memang telah merompak hak rakyat selangor tetapi hasil rompakkan itu tidak masuk dalam kantong PKR tapi masuk dalam kantung Khalid Sendiri, dari kes rompak lembu PKNS hinggalah rompak Pasir, semuanya tidak masuk kantung PKR.

Melihat situasi ini pemimpin de factor PKR, Al-Juburi wal Yahud merasa risau dan bimbang PKR akan bankrup menjelang PRU 13, apa tidaknya, lepas PRU 12 sahaja berapa ratus juta sudah di habis oleh PKR untuk melayan Pilihanraya Kecil, berapa puluh juta pula menanggung Raja Petra dan Bala di London, berapa juta telah dihabiskan untuk kempen najib altantuya, berapa juta pula habis melobi yahudi untuk mintak maaf, berapa juta pula terpaksa di habiskan untuk membayar peguam OKU mengelak kes liwat. Jadi sebelum PKR betul-betul bankrup hasil negeri termaju di Malaysia ini perlu di kikis dan di ratah hingga habis. Hinggakan harta anak yatim juga di rampas. Mana al- Juburi ada wang sebanyak itu kalau bukan dari hasil rompakan dan hasil mencagarkan  negara kepada kuasa asing?.

Inilah nilai yang perlu di bayar oleh rakyat Selangor yang terlalu gairah mencari alternatif pengganti kepada kerajaan Barisan Nasional .Selangor yang suatu masa dulu di janjikan sebagai negeri bebas arak dan maksiat pun akhirnya menjadi negeri yang paling banyak pusat urut, kongsi gelap dan judi. Di Selangor nasi sudah menjadi bubur, tapi ianya menjadi peringatan dan pengajaran kepada negeri-negeri lain supaya tidak lagi menjadi seperti Negeri Selangor pada PRU 13 nanti.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nah, biag pi hangpa orang selangor. kalau nak macam ni atau lebih teruk lagi hangpa pilih la lagi PKR PRU13 nanti. Biag bagi jalan raya pun berlubang2 pulak. haha

-art-