Ahad, 6 Mac 2011

SAMAN EKOR.....SALAH TETAP SALAH,

Jangan jadi insan yang tidak boleh terima hakikat kesalahan. Saman ekor adalah istilah bagi saman yang diterima sedangkan pesalah tidak tahu pada masa kesalahan dilakukan. Pesalah dapat tahu bahawa dia melakukan satu kesalahan lalu lintas pada sekian tarikh, hari dan masa sekian apabila dapat penyata saman

Kita diajar mengenai peraturan lalu lintas, kepatuhan kepada undang-undang jalan raya, berhemah ketika memandu. Kalau memandu dalam keadaan terlalu laju ada kemungkinan membawa kepada mudarat pada diri sendiri,keluarga dan mengundang musibah kepada pengguna jalan raya yang lain. Islam mengajar umatnya supaya tidak mengundang kemudaratan dan tidak mendedahkan orang kepada kemudaratan.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: ...dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke Dalam bahaya kebinasaan; dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi mereka yang berusaha memperbaiki amalannya. (al-Baqarah: 195).
Islam pastinya tidak mengizinkan umatnya melakukan sesuatu yang bisa mengundang kemudaratan.
 
Hari ini bila pesalah-pesalah trafik diberi peluang untuk membayar kompaun dengan tawaran 50% ramai yang berpusu-pusu ke bahagian trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah seluruh negara bagi tujuan melangsaikan saman.
Saya fikir dalam hal ini kita harus rasional dalam memberi pandangan sama ada dalam sudut undang-undang mahupun kemasyarakatan. Ini bukan isu untuk dimenangi oleh ahli politik untuk menunjukkan dialah juara.
Dalam Islam juga setiap kesalahan ada hukuman dan balasannya, bezanya cepat atau lambat.

Mungkin dalam hal ini pihak berkuasa harus ada medium yang mesra pesalah bagi menjaga kebajikan mereka yang benar-benar tidak mampu membayar saman.Cadangan saya agar mereka yang tidak mampu membayar saman diperintah melakukan kerja-kerja amal. Mungkin boleh diberi peluang untuk membayar secara ansuran.

Tiada ulasan: