Sabtu, 14 Februari 2015

SANGGUPKAH ANUWAR MENGAKU SALAH DI HADAPAN LEMBAGA PENGAMPUNAN?

Selepas keputusan hakim mahkamah persekutuan yang mensabitkan ketua pembangkang bersalah meliwat, Maka Anuwar dan peguam peguam upahannya tidak boleh lagi menjaja kes liwatnya ke mana mana mahkamah lagi dalam ertikata yang mudah penjara Sg.Buluhlah tempat kediamannya untuk 5 tahun mendatang.

Apapun cuma ada satu kaedah untuk mengurangkan tempoh tersebut atau melangkaui keputusan hakim mahkamah persekutuan tersebut iaitu dengan cara pengampunan daripada Sultan atau Raja-Raja. Oleh kerana kes liwat berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur maka pengampunan hanya boleh di lakukan oleh Kebawah duli Yang Di pertuan Agong Sahaja.

Pengampunan dari Yang Di Pertuan Agong tertakluk kepada perlembagaan persekutuan bahagian iv :Perkara 42 : TEKAN SINI

Memanggil Obama atau kerajaan Amerika campurtangan dalam keputusan Mahkamah Persekutuan adalah sia-sia.APAPUN SEBELUM MINTA AMPUN SESEORANG ITU MESTI MENGAKU KESALAHANNYA DAHULU. SANGGUPKAH ANUWAR MENGAKU KESALAHANNYA DI HADAPAN LEMBAGA PENGAMPUNAN?


1 ulasan:

mat13 berkata...

Ehh kata nak hapuskan institiusi raja2 ni nak minta pengampunan dengan raja2 pulak.