Selasa, 1 Januari 2013

AMANAT HJ.HADI TU BETUL YANG BANGANGNYA PENYOKONG PAS

Setelah membaca salinan surat rasmi Majlis Agama Islam dan adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengenai keputusan mesyuarat isu kafir mengkafir Hj.Hadi Awang pada tahun 1981. Baru lah terang lagi benderang bahawa Hj.Hadi tiada membuat sebarang kesalahan (maksum sepertimana kata penyangak PAS kat kawasan aku).

Dah 31 tahun amanat itu di keluarkan namun masih ramai penyokong taksub PAS menatang amanat itu macam menatang minyak yang penuh, tak berani nak fikir atau bahaskan secara ilmiah walaupun ramai pengikut PAS yang ada sikit ilmu, akhirnya sampai sekarang masih di "fool" kan oleh pemimin mereka.

MPG ulas sikit amanat hj.Hadi itu mudah-mudahan ianya memberi ilmu kepada para pengikut taksub PAS dan terus kembali kepangkal jalan, jangan kafirkan orang lagi eehhh.

1. Hj.Hadi kata tak sah sembahyang belakang orang barisan - BETULLAH TU KALAU SEMBAHYANG BERIMAMKAN ORANG MCA,MIC ATAU ORANG BUKAN ISLAM DALAM PARTI BARISAN NASIONAL SAMPAI KIAMAT PUN TAK SAH. Apa punya banganglah pengikut PAS nak faham perkara ini, yang perginya buat sembahyang dua imam tu pasal apa, tak guna akal ke menilai apa yang Hj.Hadi cakapkan.
 
 2. Hj.Hadi kata haram makan daging sembelihan orang Barisan - BETUL LAH TU ,MEMANG HARAM PUN HUKUMNYA KALAU ORANG ISLAM MAKAN DAGING SEMBELIHAN CHUA SOI LEK, G.PALANIVEL,DAN LAIN SEMBELIHAN YANG BUKAN DENGAN NAMA ALLAH DAN SYARAT-SYARAT SEMBELIHAN YANG DI AJARKAN OLEH ISLAM, yang juak-juak PAS kata haram makan daging sembelihan orang Islam atau imam dari parti  UMNO apa hal...kenapa sempit sangat berfikir?.
 
3. Hj.Hadi kata tak sah nikah yang di akadkan oleh orang barisan - BETUL JUGAK LAH TU, MEMANG TAK SAH PUN KALAU SYARAT-SYARAT SEBAGAI JURU NIKAH ISLAM ITU TIDAK DI PATUHI, KAN ORANG BARISAN ITU MEMANG TERDIRI DARI PELBAGAI KAUM DAN AGAMA. Apa payah sangat nak faham, yang suruh mak bapak kau orang nikah semula apa hal?.kan tak pasal-pasal kau orang dapat title anak haram.
 
4. Hj.Hadi kata Tak boleh di tanam mayat orang Barisan di perkuburan Islam, BETULLAH TU, ITU SEBAB MENDIANG KENG YIK (PRESIDEN GERAKKAN) TAK DI TANAM DI KUBUR ORANG ISLAM, Persoalan mudah yang sengaja cai PAS tak mahu berfikir dan membiarkan diri di keldaikan.
 
5. Hj.Hadi kata Orang Barisan tak payah sembahyang,puasa, naik haji - BETUL JUGA LAH TU, ORANG BARISAN YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM TAK PAYAH BUAT SEMUA ITU SEBAB BUKAN TUNTUTAN AGAMA MEREKA, CUMA ORANG UMNO DALAM BARISAN MESTI BUAT SEMUA ITU, Bab ini pun penyokong taksub PAS tak leh nak fikir, sampai mengkafirkan semua orang Islam dalam Barisan.

Jadi kesimpulannya HADI AWANG TAK SALAH YANG SALAH PENGIKUT PAS YANG PERCAYA KATA-KATANYA YANG MEMBUTA TULI,.....Tak mahu guna akal berfikir bila pemimpin mereka berfatwa, inilah punca utama Penyokong PAS terus jadi TONGGONG.

Tiada ulasan: